Tuesday, 2 November 2010

Monolog ( 补写)

Bismillah..

Surau.Tingkat 4.Zuhur. Waktu puncak bagi mereka yang keluar makan tengah hari.
Aku di sini, meneleku sendirian. Berdiri di tepi jendela, menjenguk ke tingkat bawah.
Di situ, aku lihat pelajar dari pelbagai ceruk dunia berpusu-pusu keluar masuk dari fakulti
bangunan. Setiap daripada mereka memiliki ekspresi seiras walau tidak serupa. Mereka
tersenyum. Bergelak ketawa. Namun , ada suatu 'kekosongan' dalam senyuman itu, dalam deraian tawa itu.

Teringat aku ketika dalam program KILAT tempoh hari, salah seorang fasi yang menyampaikan tajuk GHAZWUL FIKR (argh.aku lupa lagi namanya.) Dia pernah berkata, cuba letakkan diri kita di atas paras yang tinggi dan lihatlah ragam manusia di bawah mu. Ya, aku mengalaminya sekarang. Di tengah-tengah kesibukan hiruk pikuk kota Beijing, ku berhenti sambil memerhati gelagat orang sekeliling . Mereka terlalu sibuk sehingga mengabaikan kehadiran aku di situ. Suasana senyap sunyi.
Aku melihat mereka ibarat robot yang telah ditetapkan kadar dan rutinnya setiap hari. Hari-hari melakukan pekerjaan/aktivit yang sama. Tidak kah mereka bosan?
Mungkin robot-robot ini cuba mencari keseronokan dalam hiburan seperti clubbing, jamming, and so on. Tapi itu hanya mengisi kekosongan jasad mereka, bukannya jiwa. Seperti suatu lubang hitam yang memakan diri.

Mahu sahaja aku berteriak kepada mereka. " Hey robot ! Sedar lah! " mereka cuma akan membalas dengan pandangan kosong. Sedar dari apa? Lalu mereka terus berjalan dan mencari lagi , apa mungkin ada cahaya yang menerangi lubang gelap dalam diri mereka itu.


"Jika Allah mengkehendaki kebaikan kepadanya, maka dia akan diberi kefahaman di dalam Addin."

"Sungguh engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang orang yang mahu menerima petunjuk . " (28:56)

No comments: