Wednesday, 3 August 2011

Ku temukan Dia

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam barakah ketiga. 030811
mencari-cari di mana diri sebenar.
di sebalik tulisan.
di sebalik timbunan buku tarbawi yang menanti di baca.
ku temukan cintaNya di sana.

''Terima kasih Tuhan.
kerana hantar dia.
Terima kasih Tuhan,
kerana buka hati.''
-Fend. Contengan Jalanan.

Berkisar kisar di atas paksi yang sama.
Setiap cerita, setiap alur kisah perjalanan.
Tukang karut dan asbab yang berbeza, tetapi masih tetap sama.
kerana ini adalah Travelog Cinta paling agung.
Bahasa Cinta. Al Furqan.

Lemparkan walau dari cakerawala gemilang di luar alam,
tetap. dan pasti.
kepala yang sentiasa tinggi mendongak menjulang langit itu,
ia akan pulang tunduk sujud pada yang Satu.

ingin berkongsi sebuah puisi dari seorang ukhti, mashaAllah, sangat menyentuh hati. :')


Travelog Pemburu Cinta 1



Cinta,
ia bukan cinta pandang pertama.
Bahkan ia cinta yang telah lama mengikat.
diri.

Cuma,
barangkali kita lupa.
Mungkin pada dangkal fikiran kita.
Sesempit ruang dua biji mata yang melihat.
Sekelumit ruang gelombang dua telinga yang mendengar.
Dengan mata hati yang kian tumpul.
Kita jadi alpa,
hingga terputus cinta.

Namun,
bila habuk di jendela hati itu terkuis sedikit.
Sinar cahaya menerobos menerangi gelap kelam
ruang bernama hati.

Gegar, dan gegar.
Akan diri.
Bila tegak dibelakang , suara iman melaung
" Arrahmanir Rohiim "
Mengagungkan Pencinta segala Cinta.

Cinta siapa yang kuharap lagi ?
Jika dikumpulkan seluruh alam buana semesta,
Hanya sepersepuluh sifat rahmatnya.

Menagih kasih?
Ya, kasih ini yang perlu ku tagih.
sedang ku tahu ia tak mudah di raih.



harta yang paling berharga,hatta lebih mahal dari seluruh isi dunia. " Hidayah"

Berdoalah,
moga moga hati ini masih tetap berjuang memburu Cinta.
bukan sebarang cinta.Cinta pada Yang Esa.
tiada makna sebuah kehidupan tanpa cinta itu.
dan siapa lah kita tanpa Dia.
sedangkan Dia bisa berdiri di sana.Hebat. 
tanpa kita.
kan?

8 comments:

nusrah said...

Assalamualaikum syafiqah,
alhamdulillah sihat.. :)
syafiqah?? lama tak dgr khabar. Lepas rindu dgn baca entri2 yg ada. Contengan jalanan, alhamdulillah dah baca. Sgt2 terkesan kat hati.

Moga Allah terus beri izin utk kita merasa cintaNYA. Bukan apa, kadg2 kita terlupa sesuatu - kita asyik meminta2 cinta Allah, tapi di mana pula cinta kita utk Allah. Sejauh mana tindak tanduk kita seiring dgn lafaz cinta.

Moga Allah terus bagi kekuatan utk kita terus beribadah. Jom kejar cinta dalam Ramadhan..! ;) ;)

LOVE FILLAH

syafa mohamed said...

Assalamualaikum syafiqah:)

syafa pun tak sabar untuk balik ke malaysia...banyak buku ditinggalkan dirumah,dah bersarang agaknya...

syafa belum baca buku tue..teringin^^

doakan kiter disini dapat mengisi ruang ramadhan sebaiknya yer..syafiqah juga:)

shairazi sharizan said...

salah letak CINTA sakit~~

MyIlham.com said...

salam. hm, indah bait2 puisinya. terus bercakap dgn hati..

p/s : tlg tukarkan link ilham fiq ahmad kepada myilham.com. blog tu dah xberoperasi. blog saudari sudah dilink kan. jzkk:)

syafiqah.rahmat said...

Ukhtu Nusrah,
waalaikumussalam awk! huuu.. sy pun rinduuuu nusrah, lama sangat tak online,tak dpt nk blas komen awak.. bes kan contengan jalanan tu? ^^ sy pun sukaaa sngat..

betul.. moga2 Allah berikan kemudahan untuk dapatkan cintaNya! love you fillah insyaAllah :)

syafiqah.rahmat said...

syafa !!

walaikumussalam wbt,
heee..sama lah kita, jom pulun habiskan baca buku!! ^^

insyaAllah.moga ramadhan ini ruang tarbiyyah terbaik untuk kita :)

syafiqah.rahmat said...

shairazi :)

betul. cinta Allah, tak pernah kecewa :)

syafiqah.rahmat said...

akhi,

Alhamdulillah.jzkk.. baik2 ..akan dilinkkan..insyaAllah :)