Monday, 13 February 2012

Khuda Hafiz!

Bismillahirrahmanirrahim..

"Sir, can you please take us to the airport? "

"Yes, come in. "

Pagi itu, bergerak sebelum subuh. Kakak Fatin sudah mengingatkan dari malam semalam, kami perlu bersiap-siap kemas semua barang untuk malam itu supaya tidak terkejar-kejar esoknya. Alhamdulillah, tiga teksi ditempah datang tepat pada masanya, untuk perjalanan kami akhawat seramai 11 orang. Hari itu hari terakhir kami di United Kingdom, selepas hampir 4 minggu berjaulah di negara Eropah. Dan pagi itu, berangkatlah kami untuk pulang ke 'medan sebenar'-- Beijing.

"Thank you sir. Bismillahirrahmanirrahim.." Saya mengucapkan basmallah sebelum menutup pintu teksi. Langsung pemandu teksi itu, seorang lelaki dalam lingkungan 30-an, tersenyum,

" I'd always love when you said that."

Erk. Terkedu .

" Oh ha, are you a Muslim? " saya bertanya.

" Alhamdulillah, I'm a Muslim InshaAllah. " jawabnya.

SubhanaAllah, perasaan bahawa kami bersaudara itu sejurus datang. Dia bertanyakan sama ada saya orang Malaysia, dan saya mengangguk dan mengiyakan. Kami mula bercerita tentang Islam di United Kingdom dan pengalamannya membesar di sana, berkeluarga dan mempunyai anak.

Keluarganya berasal dari Pakistan, kemudian berhijrah ke United Kingdom, bekerja di Leeds, dan dia dilahirkan di Leeds. Isterinya pula seorang gadis Pakistani , bagus pendidikan agamanya, dan berpindah ke Leeds selepas berkahwin. Mempunyai seorang anak perempuan.

"Do you often go back to your hometown? " Saya bertanya, perasaan inkuiri yang tinggi meluncurkan ayat bahasa Inggeris yang entah betul entah tidak. Lama sangat tak praktis nih! di China sangat susah jika mahu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

"Yes, but I don't like it much. They're just Muslim by names, but don't really practising it." jawabnya. Selamba. Saya yang duduk di sebelahnya pula yang terkejut.

" Why ? "

"Because they killed each other, no Islamic value, corruption are everywhere, crimes and so on."

MashaAllah! Bukankah itu masalah ummah kita sekarang? Saling berbunuhan kerana nama dan pangkat, tiada nilai-nilai Islam dalam kehidupan, rasuah dan jenayah berleluasa sebagainya.

" I would love to fine another Islamic country that have Islamic culture, to raise my kids there and bring my families too. "

Seorang pemandu teksi bercakap mengenai Islam kepada saya, dan sungguh, kata-katanya sangat mudah tetapi menusuk ke tangkai hati. Saya jadi malu sendiri.

" I'm not a good Muslim, but I try to be a good one. My wife is better than me, she have a lot of knowledge about Islam. I send my kid to the Mosque every week to learn Quran and 'ilm about Islam."

Wajahnya tersenyum apabila bercerita tentang keluarganya. Saya senyum mendengar. "Bahagia. " itu sahaja yang terlintas dalam fikiran ketika itu. Seorang lelaki memuji isterinya lebih baik dari dirinya di depan orang asing. Wallahi! Ada lagi ke lelaki yang akan melakukan perkara begini? tentu, tiada andai bukan Islam yang menjadi pegangannya.

Saya cuba bertanyakan bagaimana keadaan masyarakat di Leeds, dan apakah mereka menerima Islam dengan terbuka di sini. Menurutnya, di Leeds masyarakatnya menerima secara terbuka terhadap Islam dan mana-mana agama, tiada diskriminasi seperti yang dialami Muslim di Perancis. Wanitanya boleh berhijab dan menutup aurat, cuma terpulang atas mereka mahu atau tidak sahaja.

Tetapi satu yang dia tidak suka,  katanya mereka (bukan Islam) di sini terlalu sosial, dan wanitanya berpakaian tidak sopan. Sering pergi ke kelab untuk berparti , dan melakukan perbuatan tidak senonoh. Dia tidak mahu anaknya dibesarkan dalam keadaan seperti itu.

SubhanaAllah, besar sungguh jiwa Muslim ini.

Ketika kami semakin mampir ke Airport, dia bertanya, " Do u know who owns this airport? the Kafirs. The enemy of Islam. And  who's the enemy of Islam ? "

Saya memandangnya, cuba mentafsirkan soalan tadi.

"The Jews own this airport. "

Zass! Macam kena tampar. Kenapa lah saya lampi sangat? Hailaa..

"Okay we are here now. Alhamdulillah. "

Bagasi diturunkan dari kereta, selepas membayar harga teksi dan mengucapkan terima kasih, dia berkata kepada saya, " Khuda Hafiz. "

"Khuda Hafiz. " Saya menjawab. Senyum.

dalam hati tergelak kecil, untung juga saya tengok cerita Hindustan dulu dari kecil, boleh faham apa yang dia cuba sampaikan, kadang-kadang ada juga saya menggunakan bahasa Urdu , tapi tak banyak sangat , faham tu boleh lagi, nak bercakap tu memang tak lah.


ya, bumi ini mengajarkan saya sesuatu.


Khuda Hafiz. May Allah protects you.


semoga Allah memberkati lelaki itu dan keluarganya.


[kredit]
terfikir, bagaimana kita sebagai seorang Muslim pula? mampukah berfikir seperti lelaki itu?


Mungkin lepas ini boleh amalkan selalu,
"Khuda hafiz! " atau " Allah hafiz! "
macam comel je kan.
:)

-13022012-
Beijing, China.



3 comments:

Anonymous said...

Salam kak Syafiqah, nk bertanya, lagu apa yg akak letak dekat profile akak ye? Sedap sngt :)

Jazakillahu khairan

Infiru said...

Waalaikumussalam warahmatullah adik :)

oh lagu ni,
OST dari cerita City Hunter.
awak boleh search di Youtube, OST City Hunter.

:)

waiyyaki !

Nia Ridzwan said...

Allahu Allah.
indah, terus jatuh ego si suami apabila memuji isterinya.

tak mahu membesarkan anak dalam situasi yang penuh dipenuhi Islam pada nama tapi bukan Muslim tu, macam dalam novel Versus :)

Alhamdulillah, selesai jaulah. semoga banyak ibrah yang dikutip :)