Wednesday, 29 February 2012

Sesuatu Yang Diberi Nama

Bismillahirrahmanirrahim..


Nuh belum tahu bahawa banjir nantinya tumpah
ketika di gunung ia menggalang kapal dan ditertawa

Ibrahim belum tahu bahawa akan tercawis domba
ketika pisau nyaris memapas buah hatinya

Musa belum tahu bahawa lautan akan terbelah
saat ia diperintah memukulkan tongkatnya

di Badar, Muhammad berdoa, bahunya terguncang isak,
"Andai pasukan ini kalah, Kau takkan lagi disembah!"

lalu kita pun belajar,
alangkah agungnya Iman.

Senyum. 


derapan tapak musim hana semakin menghampiri,
lalu aku terhidu haruman benih bunga-bunga plum dan sakura,
yang menanti saat mekarnya mewarna bumi.

29022012
Beijing,China
2324







3 comments:

Cik Beah said...

assalamu'alaikum wbt dik syafiqah..

kak wee ni. masih ingat? :)

pertama kali menjejakkan kaki di blog kamu.

rupanya hebat berpuisi adik seorang ini ya.

suka bahasa indonesia juga? bunyinya agak pekat.

memang ada mengalir dalam darah atau selalu baca buku?

hairan. dan kagum!

:)))

Infiru said...

Wa'alaikumussalam warahmatullah kak wee~ ^^

Allah Allah,mestilah ingat pada akak comel ni :) err,malu la saya akak baca tulisan2 ntahpape kat sini T____T


Aah,saya suka bahasa indonesia ^^ hihi.takde pun kak, belajar sendiri sendiri ,tengok cerita, baca buku. And, buku2 fikrah kita kan banyak dibawah translation bahasa indonesia :) kagum sangat bahasa yang lembut ni :')

Cik Beah said...

buat apa hendak malu dik? haha. kakak lagilah selalu ngobrol hal yang bingung-bingung di teratak kakak sendiri.

aha.

kita jatuh cinta kepada bahasa ini, kerana lembutnya masih terjaga rapi dan manisnya masih boleh kita cicipi sampai ke hari ini.

kerna bahasa kita sendiri, sudah hampir-hampir mahu rosak. atau barangkali, kita sendiri jugalah antara orang yang merosakannya.

aha!

maaf ya dik. kakak pinjam sedikit ruang di rumah indahmu ini untuk bicara hanya sebagai manusia biasa yang cintakan sastera.

maaf kalau ada yang tersinggung! ;)))