Friday, 2 March 2012

Gadis Matahari

Bismillahirrahmanirrahim..

Kerana dalam redup sinar matamu,
aku terbias Tuhan.
--hampir sekali.

Pagi tadi subuh,
menghantar kakak naqibah pulang ke negara matahari terbit.
diiringi salji renyai di musim bunga.

Aku senyum sahaja.
tidak terluah.

Ini adalah perpisahan kami.
Perpisahan kerana Allah tentunya.

Dia akan pulang ke Malaysia untuk kebaikan.
dan akhir, kami perlu bersedia berganti murobbi.

dan dia,
akan meneruskan perjuangan di medan realiti.
Medan yang 'menumbangkan' betapa ramai dai'e-dai'e yang dahulunya bergerak kencang di jalan ini.

Menakutkan.
tapi itulah hakikat perjuangan.

Doakan kami kuat di sini ye kak?
Menjadi assabiqun awwalun di waqi'e yang baru di'buka' bukan senang.
diulang,
#BUKAN SENANG.

tapi tak mustahil, inshaAllah biidznillah.
madrasah tarbiyyah yang baru dibina selama dua tahun,
semoga melahirkan golongan qaidah sulbah seperti acuan Al Quran.

dia, yang datang bersama matahari.


Langit dhuha mendung di luar,
sedang hati aku hujan di dalam
belum sempat mutiara jernih jatuh di bumi
ia lantas bertukar menjadi bunga,
bunga salji.

lalu aku mengerti,
dia adalah hadiah dari Ilahi.
seperti salji adalah nikmat untuk bumi tandus di sini.
#jiwa tandus tanpa tarbiyyah.
terima kasih Tuhan,
sebab hantar dia.

sayang kerana Allah,
Beijing,China
02032012


oh ya, kami berkongsi nama yang sama.
*sebakrindu*








2 comments:

shamad assufi said...

dalam setiap sujud dan doa,
semoga allah merahmati jiwa dia.
simpan rindu itu rapi di dalam hati,
bekalan kekuatan utk meniti hari2 yg menanti.
sungguh,cinta dan sayang kita terhadapnya kerana Allah.
cinta kita kerana Allah.
kerana Allah.
semoga ^^

kruN. said...

insyaAllah.. kita sama-sama ye syafiqah? :') kakak2 kami pun dah pulang.. kita dalam satu kapal.. saya pegang tgn awak kemudi kapal ni, awak pun jgn lepaskan tangan saya :'))))