"Jika kamu tidak mengisi masamu dengan Islam, maka jahiliyyah akan mengisinya."
teringat pesan kakak dulu, sebelum dia pergi.
Jahiliyyah yang tersusun akan mengalahkan Islam yang tidak tersusun.
Masih hijau usiaku ketika itu, tidak memahami erti tarbiyyah dan dakwah sebenar, sehinggalah aku memaknainya dengan jiwa dan kehidupanku sendiri. Dan kini, sudah menggalas tugas murobbi, inshaAllah,biidznillah.
Betapa ramai jiwa jiwa yang sedang berlari kencang di atas jalan ini, hebat mashaAllah logam mereka. Ada yang mahir photography, ada yang mahir videography, ada yang profesional dalam karier, ada yang talented dalam lakonan dan pengacaraan, ada yang hebat berhujah dan menyampaikan ceramah, tidak kurang juga yang menulis puisi dan lagu. Kalau nak dihitung-hitung, nescaya tidak tertulis segala-nama yang ada. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tarbiyyah kita sudah meresap ke serata pelusuk dunia.
Merenung diri. Kosong. Apa yang ada dalam diri untuk dipersembahkan di jalan ini?
Hampa. masih tercari-cari. dilihat kiri ke kanan, depan ke belakang. Apa yang aku ada?
Menyelusuri seerah kehidupan Rasulallah saw dan para sahabat assabiqun awwalun, lebih lebih lagi golongan 3 peratus yang menerima Islam di Kota Mekah,mereka golongan Muhajirin. Apa yang menjadikan mereka sebegitu logam sehingga dapat mengubah dunia? adakah mereka juga mahir bermain kamera ? adakah mereka semua mahir berhujah dan berceramah ? adakah mereka masing-masing pandai menulis menyentuh jiwa?
TIDAK.
yang menjadikan mereka sebegitu hebat bukanlah segala bentuk logam yang ada. Tetapi adalah aqidah yang jitu dan keindahan iman terhadap Allah azzawajalla. MashaAllah, sehingga rela dada dihimpit batu sepanas api, hingga mata dikorek buta, hingga dipanggang di atas api lalu lemak menitis memadamkan bara, juga sehingga rela diri disula. Tetap tidak goyah iman di dada.
Iya, kita mungkin tidak sepandai mereka, kita mungkin tidak berbakat seperti mereka. Mengapa perlu cemburu? mereka juga bekerja untuk Islam, mereka juga menyumbang demi dakwah.
Wahai dai'e, kerja-kerja itu semua, yang menulis, yang berlakon, yang berceramah, yang membuat video, yang mengambil foto, itu semua kerja ramai orang boleh buat. Tetapi kerja-kerja menyantuni mad'u, membina individu muslim dalam diri anak-anak usrah, berkunjung ke rumah mutarobbi dan menyantuni ibu bapa mereka yang menghalang dakwah, membuat usrah dari satu kabilah ke kabilah yang lain, kerja-kerja ini semua, berapa ramai yang sanggup buat? Tidak kah engkau mahu menawarkan diri untuk kerja-kerja yang tak pernah berhenti ini?
Kerja kita masih banyak. Janganlah menganggap sesetengah kerja itu sudah selesai lantaran ada figur-figur dakwah yang hebat sudah menguasainya. Kerja-kerja asas kita adalah menyantuni mad'u, menyentuh hati mutarobbi, membina individu muslim, takkan pernah selesai dengan hanya menulis, membuat video, mengambil gambar, menyampaikan ceramah umum sahaja. Kerja "follow up" itu lah yang penting sebenarnya.
Aku tidak mengatakan bahawa logam menulis, videography itu semua salah, TIDAK SAMA SEKALI. Malahan, kerja-kerja ini sangatlah menyumbang untuk menyampaikan dakwah kita kepada masyarakat umum. Cumanya wahai dai'e, berhentilah mencemburui sahabat yang lain, setiap daripada kita memainkan peranan penting dalam kerja pentarbiyyahan manusia ini. Berbekalkan Allah di dalam hati, jadikan iman dan amalmu seiring , kerana amal yang lahir dari iman yang indah, akan menyentuh hati dan jiwa manusia.
Kerana itu, aku menulis, bukan untuk nama, jauh sekali untuk dikenali. Aku menulis kerana merasai kebutuhan kerja-kerja pengislahan manusia, dan khususnya untuk diri sendiri yang mudah lalai alpa. Semoga ini menjadi manfaat buat para dai'e yang sama-sama bekerja di medan dakwah ini.
InshaAllah, suatu hari nanti, mungkin kita akan berjumpa di medan yang sama.
kalau tak di dunia, di syurga nanti kan?
Semoga. Biidznillah.
Sungguhlah, tarbiyyah ini benar-benar mematangkan jiwa. :') |
Ana ukhtukumfillah,
~Qautsar~
00:43, Haidian,
Beijing,China
2 comments:
Janganlah menganggap sesetengah kerja itu sudah selesai lantaran ada figur-figur dakwah yang hebat sudah menguasainya.
apa yg kak syafiqah maksudkan dgn yang ini.?
Shairazi sharizan,
Maksud akak di sini,
mungkin dalam contoh bidang pengacaraan, bidang penulisan, sudah ada figur figur atau nama-nama besar yang menonjol dalam bidang tersebut, sesetengah orang menganggap sudah cukup dengan adanya nama besar tadi. tidak perlu ia susah payah pelopori lagi bidang dakwah ini.
begitulah.
inshaallah. kena perbetulkan persepsi orang terhadap medan dakwah :)
Post a Comment