Monday, 12 March 2012

Penulis dan Cinta

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku jatuh cinta sama bahasanya.

lembut, indah,
susun kata, gaya bahasa,
dan sastera.

Tambah indah jelita bila dipadankan dengan bahasa iman dan neraca Islamiyyah.

Itu,
Bahasa Indonesia.

********

Sesiapa sahaja bisa jadi penulis berjaya,
yang bukunya laris dijual peminatnya ribuan ramai.
tapi tidak semua bisa jadi penulis terbaik.
sekurangnya, bukan mata aku yang dikaburkan.

bagi aku,
penulis terbaik itu adalah mereka yang halus jiwa, walau terkekang kosa katanya.
penulis terbaik itu adalah mereka yang luas pengalamannya, walau hidup berkalang tanah berulamkan lelah,
tidak disaji dengan hujan emas dan juga kepingan kertas nilai.
penulis terbaik itu, bisa membawa kita menghayati kehidupannya, menyelusuri pemikirannya,
lalu terpacul satu kata,

"SubhanaAllah!"

Dia mungkin seorang pencopet, seorang pekebun, seorang penjaja , mahupun seniman jalanan, yang hari-hari mereka tidak lain hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. atau apa saja.Mungkin dia, yang kau hina, yang kau jelir bila memandang, tapi hati manusia, siapa yang memegang? engkau atau Tuhan?

Sungguh,
hidup ini perlu diberi erti.
erti yang beda.




Ingin berjaulah ke bumi Indonesia. Jika Tuhan izin, mahu belajar sastera di sana. InshaAllah.

semoga,
semoga.

4 comments:

cix said...

InshaAllah. Kita punya inginan yang sama.. :)

Faaein Talip Roy said...

Mau ikut juga..

jatuh cinta juga dengan setiap bait2 jiwa bahasanya itu..


p/s: lagu yang mendamaikan.. sukalah dengar.. apa nama tajuk lagu ni?

.:naqib saad:. said...

teringin nak pi indonesia juga
merasai kesusahan yang mereka rasa...

Yildirim Fateh said...

Tapi jangan selalu tulis dlm lughah indonesia. NAnti bILNk2 nak membacanya sambil Dr google turut menterjemah. ^^