Thursday, 17 May 2012

Secebis untuk dikenang

Bismillahirrahmanirrahim.

belek belek buku nota kecil, sehelai daun maple kering jatuh.

...kenangan dari Granada. Hadiah dari Al Hambra.

Allah.
rindu.

Jumpa lagi sesuatu,

"... bagaimana tadi, dada sudah panas, mata sudah bergenang,
tapi kemudian tergelak lucu.

begitulah,
Perempuan.

makhluk indah,
yang Tuhan cipta.

~SR 05032012
-汉语课 301 教室  "

Rupanya aku masih punya tabiat menconteng.



Maaf, kebutuhan di medan realiti sedang kritikal. Balik ke sini untuk menjenguk. InshaAllah, andai masih punya masa, akan dicoret barang sepatah dua.

Kepercayaanku :

"Didiklah mad’umu seperti seorang manusia. Bukan seperti robot tidak bernyawa. Bercakap dengan lembut dan tenang tidak beerti tidak mampu kelihatan tegas dan disiplin. Bersuara rendah dan tidak banyak berkata-kata bukan beerti tak buat kerja.

Kerana aku terlalu percaya, bahawa kelembutan dan kasih sayang selalu lebih mampu mengubah manusia.Kerana di situ, letaknya fitrah seorang mutarobbi yang ingin disayangi murobbinya."
-jzkk ukhti :')


Allah hafeez.
Fi amanillah.

17 Mei, 2012
Beijing,

3 comments:

fatinmarini said...

Allahu. Usai solat maghrib tadi, sangatsangat teringatkan awak, syafiqah. Rindu tulisan awak. Rindu awak. Tak sangka sungguh bila buka blog tadi, blog list tunjuk yg awak dah update. Indescribable happiness! :'D

Apa pun jua yg awak sedang perbuat di sana, moga sentiasa dalam perlindunganNya. *hugs*

aku.hamba.abdi said...

tapi kadangkala saya lemas dalam kelembutan.

dan terlebih sering mereka rasa itu masalah saya.

sedih juga bila tak mampu tak mmpu menjadi selembut itu.

Unknown said...

Subhanallah,
penulisan anda sangat OSEM!

Menusuk hati.
...........
Teruskan berkarya!