tadi blogwalking sebentar , terjumpa satu post yang sangat hebat penulisan nya bagi aku . SUBHANALLAH. cara dia mendefinisikan erti CINTA ALLAH sangat berkesan , semoga usaha penulis blog itu untuk sampaikan mesej dakwah nya tercapai . INSYAALLAH. =)
Bingkisan nya yang bermakna :
" CINTA. Aku kata, cinta itu DIA. Tidak ada dan tidak pernah akan ada sebenarnya CINTA MANUSIA. Semuanya, seluruhnya, semata-mata adalah CINTANYA. Hari ini, tumbuhnya cinta dalam hati kita kepada sesiapa pun, adalah titisan dari selautan CINTA Allah kepada kita. Allah nak bagitau manusia macam mana perasaannya bila DIA mencintai KITA. Lalu Dia letak perasaan tu sikit dalam hati kita, sikit dari sebesar-besar cintaNya kepada kita, untuk tunjuk pada kita macam mana rasanya mencintai seseorang. Kalau bercinta sesama manusia pun dah sangat mengangaukan, apatah lagi cinta Allah kepada kita, Allah Yang Maha Mencintai tu. Cinta tu perasaan. Macam benci, marah, gembira, sedih, setia- Cinta pun begitu. Bisa datang dan pergi, bisa muncul dan hilang kembali, bisa tinggi dan merendah kembali. Kerana cinta bukan milik kita dan tak pernah menjadi milik kita. "
"Ketahuilah, betapakah banyak hati-hati yang mekar dengan perasaan cinta yang amat berat dan sarat, dan kerana merasakan itulah tanda cinta Ilahi, lantas dipelihara hati itu sedaya upaya, ditahan perasaan yang membara di dada, ditangisi waktu-waktu sukar tatkala cinta itu benar-benar menggegar jiwa dan membungakan rindu yang nyata..namun kerana besarnya cita-cita untuk meraih redhaNya, lantas dihadapi semua itu dengan penuh kesabaran yang mulia. "
SUBHANALLAH.. seandainya aku mampu mengukirkan setiap titipan dengan sebegitu indah . *lepas ni kena banyak membaca,kena tambah kosa kata* .. ;p
:::Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu” :::
Kerana CINTA ini aku menulis,.. Allah, saksikanlah.
Kerana CINTA ini aku menulis,.. Allah, saksikanlah.
No comments:
Post a Comment