Saturday, 21 August 2010

Sahabat






Dalam dunia ini , macam-macam orang kita akan jumpa
ada yang sangat peramah
jumpa je senyum tak lekang di bibir
siap peluk cium tak lepas *perempuan shj okay*
nak nak kalau tang bab gosip or fesyen
laju je die bercerita
ada juga yang selalu menjadi pendengar setia
berbgai masalah di luah namun keluhan tidak pernah dia keluarkan
setia dia mendengar tiap bait tutur dari kawan yang sedang kesedihan
kadang kala nasihat bernas diusulkan
buat pengubat hati si kawan

ALHAMDULILLAH
aku bersyukur kepada Allah
kerana dikurniakan sahabat buat peneman di kala senang dan lara
pada ketika aku bersedih
tidak putus nasihat dan pujukan dari kamu semua

"pka kne pcaye yang setiap yg ade dgn kite bukan utk slamanya..sama ada kita kehilangan nya sementara atau slmanya...ape pun yang terjadi ada hikmah.."

"ALLAH ada dgn kita....
rindu tu yang akan ajar kita erti kesabaran....takdir dalam hidup kita adalah takdir yang terindah...jadi pka bersabar la harungi nya...."

Ya Allah , peliharalah sahabat-sahabat ku ini dunia dan akhirat
berkati setiap amalan mereka
lindungi mereka dari malapetaka
ampunkan dosa-dosa mereka
sesungguhnya tanpa pertolongan dari Mu , aku tidak mungkin mampu hadapi ujian ini seorang diri

Doa ku titip kan buat para sahabat :

" Ya Allah…

Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang. "


  • Wanny Rahman
  • Aina Fadzila
  • Nurulain Zakaria
  • Nor Amalina
  • Wan Siti Khairunnisaa
  • Farah Ain
  • Farah Arizah
  • Nabila Izyani
  • Zarina Hanis
  • Tengku Shahirah
  • Saadiah
  • etc. *sory kalau takde dalam list , ttap syg korg sgt2 !! >,<
tak lupa juga pada sahabat sahabat ikhwah yang lain * maaf nama anda semua tidak disebut dalam post ini , bukan pilih kasih , tapi malas nak taip * kamu semua akan aku doakan juga. Ku panjatkan seribu kesyukuran kerana dipertemukan dengan kalian semua. :)
InsyaAllah mudah mudahan kita semua mendapat maghfirah Allah dan sehingga bertemu nanti di SyurgaNYA :)

2 comments:

Cidak said...

banyak orang,banyak ragam.

syafiqah.rahmat said...

betul betul . setuju..