Saturday, 28 August 2010

Pemergian

Bismillahirrahmanirrahim..

Lebih kurang pukul 5 petang semalam mendapat berita pemergian atok andak ke rahmatullah..
terkejut kami bukan kepalang , lebih lebih lagi nenek tersayang .. tidak menyangka pemergian abang nya sebegini cepat . Padahal baru tengah hari itu dia pergi menziarahi arwah nya di hospital putrajaya , sempat lagi dia bercakap menanyakan khabar. tapi takdir Allah lebih menyayangi arwah yang pergi meninggalkan kami dulu . Innalillah ... ='(

Malam itu , selepas pulang dari terawih , kira kira pukul 10.30 , ayah , nenek dan aku bergegas balik ke kampung di Bukit Rambai , utk menanti ketibaan jenazah dari putrajaya. Sepanjang perjalanan nenek lebih banyak mendiamkan diri , sekali sekala terdengar dia bercerita bagaimana keadaan arwah ketika masih dalam tahanan wad di hospital . aku cuma dengar tanpa mencelah. dalam hati ku sedekahkan doa semoga roh arwah tenang di 'sana' .

Kami tiba di rumah arwah seketika kemudian . kelihatan sudah ramai sanak saudara menanti di luar . jenazah sudah sampai . aku menuntuni nenek masuk ke dalam rumah . setelah bersalaman dengan semua tetamu wanita di situ , kami duduk di satu sudut , nenek kemudian bertanyakan sesuatu kepada anak buah nya di situ .

Aku melihat jenazah arwah . sebak tiba tiba. walaupun aku tidak selalu berjumpa dengan arwah , mentelahan pula aku jarang pergi ke rumahnya sejak mula bersekolah menengah ,tapi ada sesuatu perasaan yang menggamit duka .

tetamu mula ramai . bacaan yassin dimulakan . semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah hendaknya. pemergian nya di bulan ramadan , bulan pembebasan siksaan kubur , malam jumaat , semoga ia suatu petanda yang arwah tergolong dalam golongan yang dilindungi Allah SWT. insha Allah .

Nenek andak ditenangkan oleh anak menantu nya ." bertahun tahun hidup bersama ,dari muda sehingga tua , tiba ajal si suami pergi dahulu . bagaimana agaknya hari hari yang akan ditempuh nenek selepas ini? " aku terfikir sendiri .
Perpisahan yang melibatkan hidup dan mati lebih terasa "sakit"nya berbanding berpisah kerana putus cinta . Ya Allah ..kuatkan lah nenek andak supaya tabah mengharungi detik detik hidup nya selepas ini .

usai membaca surah yassin , aku dan nenek meminta izin untuk pulang memandangkan waktu sudah menginjak pukul 12.30 tengah malam dan ayah ku perlu bekerja keesokan hari.

pagi tadi , pagi jumaat . aku , nenek dan ibu bersiap siap untuk ke rumah arwah . Jenazah akan dikebumikan pagi ini sebelum solat jumaat . rata rata saudara dari jauh sudah datang . lebih kurang pukul 12 tgh hari , jenazah selamat dikebumikan .


Ya Allah , tempatkan lah roh arwah di kalangan para solihin . amin .
Al-fatihah .



p/s : ouh tidak . 15 tahun . T___T * haihh~

No comments: