Sunday 10 October 2010

back :)

Bismillah..

Assalamulaikum.. sy dah 'balik' ~ lama kan tak update blog?saje nak buat kelainan sedikit , insyaAllah kurangkan merapu lebihkan yg meaningful . baru perasan byk post post yg ntah apa2 je. -_-" blog ni dah lari dari niat asal yg sebenar. Astagfirullahalazim..lalai sungguh hamba Mu ini ya Allah :(

Hao,skrg perbaharui niat asal,utk berkngsi ilmu dgn sahabat sekalian. :)

Niat & Hijrah


عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

rujukan dari http://islamic-way.webnode.com/hadis-pertama/


Ini hadis pertama dari Hadis 40 An Nawawi , mesti semua org pernah belajar kan. tipu gila tak belajar hadis ni menekan kan niat kita sbelum melakukan sesuatu, jika niat kita tak baik , ofcourse apa yg kita dapat kemudian itu tidak akan memanfaatkan kita. Maha Suci Allah, Dia mengetahui segala yg terlintas di hati kita kan. sebab Allah yg pegang hatihati hamba Nya sekalian. :) Seorang sahabat Rasulullah SAW pernah berkata, " Mari kita beriman(perbetulkan niat) sebentar dengan LAILAHAILLALLAH " . MasyaAllah.. bayangkan seorang sahabat Rasulullah yang begitu hebat iman dan sumbangan nya dalam menegakkan Islam,boleh berkata sedemikian, bayangkan kita yang punya selemah lemah iman ini pula. sangat sangatlah jauh.. tetapi pernah kita terfikir adakah perbuatan perbuatan yg kita lakukan sebelum ini adalah niat kerana Allah? mari kita perhatikan dalam kehidupan seorang pelajar , dia rajin belajar setiap hari dengan bersungguh sungguh, nota berbundel bundel , memang tip top lah , kalau budak malas tengok kompem mau menangis , "kenapalah aku tak rajin macam dia ni"  Allah SWT memberi ganjaran jihad bagi sesiapa yang menuntut ilmu ,dgn niat kerana Allah Taala.. tetapi jika pelajar tersebut niat belajar bagai nak rak sebab nak lulus exam , nak masuk universiti yang terkemuka, macam mana nak peroleh pahala jihad tersebut? jadi sebagai pelajar , first of all ,perbetulkan niat sebelum memulakan urusan setiap hari , insyaAllah andai kita niat lillahitaala , setiap urusan itu akan mudah dan berkat :) ini sebagai peringatan buat diriku juga.

sebenarnya hadis ini juga menyatakan tentang HIJRAH   tp aku tidak mengulas di entry ni, insyaAllah kalau ada rezeki akan bersambung nanti . andai kata pnjelasan aku kurang tepat atau salah , mohon maaf segalanya. masih lagi dalam proses belajar utk perbaiki diri. harap kita semua peroleh ssuatu yg bermanfaat dari ilmu yg dikongsi :)


last, nak ucap terima kasih . ^-^

 


1 comment:

Infiru said...

i got blog in chinese too..! ^^ mynciku.blogspot.com :)