Sunday, 30 October 2011

Bidadari yang Terlupa

Bismillahirrahmanirrahim..

Dia seorang bidadari,
cantiknya bukan pada luaran,
indah dirinya kerana Islam dan iman,

tetapi bidadari ini sering terlupa,
bahawa dirinya lebih mahal dari permata,
dirinya lebih diinginkan dari segala kekayaan dunia.

lalu bidadari ini ku lihat sering bersedih,
kerana dirinya tidak sebaik sahabat yang lain,
dirinya tidak rupawan seperti bulan di langit,
dirinya tidak seteguh gunung di bumi.

dia terlupa, dirinya sangat berharga.
dia terlupa, Allah tidak memandang paras rupa tetapi hatinya.
dia terlupa, bahawa penduduk di langit cemburukan dirinya,
kerana Allah begitu menyayangi bidadari yang terlupa ini.

wahai bidadari, sedarkah dirimu, kamu sangat berharga?
wahai bidadari, pandanglah hatimu, dan engkau akan temukan jawapannya di sana.
wahai bidadari, kekuatanmu bukan terletak pada jasad,tetapi pada jiwa yang mampu menahan beban dan ujian,
wahai bidadari, engkau mampu bertahan di atas sebuah kehilangan, tabah menanggung segunung kerinduan.
dan yang paling penting sekali wahai bidadariku,
kehilanganmu adalah keruntuhan sebuah masyarakat,
kehilanganmu, hilanglah seri di dunia yang singkat,
kehilanganmu, tiadalah lagi penyambung generasi ar rijjal.

Yakinlah wahai bidadari,
jika balasan untukmu bukan di sini, pasti di syurga firdausi,
lengkapkanlah ilmu di dadamu, jadilah seorang yang solehah dan muslihah,
seorang yang bisa membawa perubahan walau di dalam relung keadaan yang bagaimana sekalipun.
Allah pasti menemani. :) Insha-Allah.

jadilah kamu bidadari yang disayangi Al-Khaliq,
sehinggakan bidadari tercantik di syurga pun cemburukanmu.
wahai ukhti, kamu sangat istimewa, tahu? :)

SR
30102011

mohon doanya,
mood imtihan.
semoga kita semua menjadi bidadari terpilih.
insha-Allah :)
Baca: Istimewanya Wanita

Erti Indah dalam Tarbiyyah

Bismillahirrahmanirrahim..

Bas itu mula kosong,selepas menurunkan penumpang di stesen sebelumnya.Setelah swap kad bas, dia menapaki tangga dan mencari-cari tempat duduk yang selesa.Di situ, sebelah tingkap.

Duduk,menghempas tubuh.Penat.Sedikit keluh dilepaskan.Bas mula bergerak terus ke destinasi berikut.

Hari ini hari yang panjang.Seharian berpuasa,namun tidak terasa.Barangkali sebab itulah ramai kawan-kawannya memilih untuk berpuasa di waktu musim begini.Syita.Musim sejuk di Beijing agak luarbiasa.Sangat sejuk.Alhamdulillah,tidak lupa untuk bersyukur.

Jalan pulang.Cuaca semakin sejuk,waktu menginjak ke pukul 8 malam. Ipod terpasang di telinga, ceramah dari Ustaz Fauzi. SOS.Pandangan dilempar luas luas ke luar tingkap. Berwap. Sedikit ditarik.Angin malam yang sejuk mengelus pipi, hujung tudungnya menari-nari, segera ditarik jaket ke dada.Sejuk malam ni.

Kota Beijing mula lengang.Kereta sudah tidak sesesak petang tadi, waktu puncak ketika habis waktu pejabat.
Inilah dunianya.Dunia yang mengajar dia erti hidup. Erti yang mungkin tidak akan dirasainya di bumi kelahirannya sendiri. Pelik. Baru mengenal diri setelah hidup habis 19tahun. Masih lagi bersyukur.Alhamdulillah.setidaknya kini  dia sudah mengenali dirinya.

Kota Beijing, peradaban lebih 3000tahun, menulis banyak cerita suka duka. "Masa yang diberkati" .Masih diingat lagi kata-kata kakak sewaktu program gathering musim luruh lalu. Tahun ini tahun ketiganya di bumi China, semoga masa-masa itu terus diberkati. 

Da'wah. Tarbiyyah. Menggerakkan perubahan. dahulu dan kini, kian berbeza.Proses itu sentiasa berjalan,seperti roda yang berputar,tiada pernah berhenti di satu tahap. Islam itu untuk semua bukan?

Tarbiyyah, mengajar dia erti matang dan kedewasaan.Matang, memandang dunia dengan kaca mata dakwah,itu yang dipegangnya erat.Dunia perlu diubah, dengan mengubah pemikiran masyarakat melalui tarbiyyah.Islam perlu dibina, dengan membinanya di dalam diri individu,barulah Islam akan tertegak kukuh di atas bumi.Pernah seorang ukhti menegurnya dan memanggilnya 'kakak' walau ukhti itu kini bakal tamat pengajian ijazahnya.Senyum sahaja.Tidak membantah, memang dirinya suka dipanggil begitu.Pernah juga sahabat yang baru dikenali meneka umurnya,lebih tua berbanding sebenar.Masih senyum.Dia selesa begitu.Matang mungkin? err. InsyaAllah. Moga-moga. Dia menyimpan cita-cita besar untuk ummah.Dia sedang membina satu tumuhat di dalam dirinya.Mahu mengubah dunia.Serius dengan kerja dakwah.Senyum dan lembut hati ketika menjalani tarbiyyah.

Tarbiyyah mengajarnya bahawa hati itu boleh menjadi 'besar'. Kenapa? bagaimana? tidak percaya?
Hati dulu hanya boleh diisi dengan cinta untuk ibu, ayah, adik adik,saudara mara,sahabat rapat. Hati kecil hanya boleh diisi dengan kasih sayang yang sedikit.Cinta itu tidak menyeluruh. Tetapi apabila ia ditarbiyyah, ia menjadi 'besar'.Cintanya kini boleh dikongsi hatta dengan sahabat yang baru dikenali.Hatinya boleh mencintai manusia lain yang diikat dengan talian akidah dan matlamat perjuangan yang sama.Hatinya kini belajar menerima dan berlapang dada walau diuji sekuat mana. Itulah indahnya TARBIYYAH.

Tarbiyyah juga telah mencoretkan pelbagai kisah cinta yang ajaib dari seluruh dunia. Hanya dalam tarbiyyah, kita boleh merasai nikmat rindu terhadap sahabat yang tidak pernah berjumpa jasad, hanya ditemukan dalam doa, dalam maya. Hanya dalam tarbiyyah, kita boleh merasai nikmatnya cinta walau pertama kali berjumpa, bahkan rasa cinta itu dibawa berpanjangan. Pelik.memang pelik. tapi itulah, indahnya tarbiyyah. 

"为公桥站到了,乘客下车请刷卡” Bas berhenti di depan stesen universiti.Sudah sampai.
Lompat ke tanah. Alhamdulillah. Selamat akhirnya. 

hidup terlalu indah untuk dibiarkan berlalu tanpa makna.
dakwah terlalu manis untuk diisi dengan pahitnya kecewa.
syurga terlalu jauh jika hanya diangankan.

-sr-
permudahkan segalanya ya Allah.
30102011



Sunday, 23 October 2011

Kisah Cinta Musim Luruh

Bismillahirrahmanirrahim..

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakhbar
segala puji bagi Allah, atas nikmat yang melimpah ruah..
MashaAllah..

Semalam hari yang amat bermakna,
hari yang menyaksikan sambungan daripada kisah kisah cinta,
ya,aku jatuh cinta sekali lagi,
mudah benar kan?
kerana cinta Allah itu tidak pernah mengecewakan.

terima kasih Tuhan,
sebab hantar mereka,
terima kasih Tuhan,
sebab masih peduli akan hamba,
terima kasih Tuhan,
kerana masih tidak jemu memujuk dan menghantar sahabat-sahabat dan adik adik yang membawa kembali himmah yang seakan pudar.

daun merah kuning tasik hijau tenang,
semuanya menjadi saksi,
kami berkumpul atas namaMu Tuhan.

terima kasih sekali lagi,
kerana permudahkan,Allahu Rabbi,
tatkala hati merintih kefuturan yang teramat,
Engkau lantas menghantar jundi-jundi untuk menaikkan semangat.

dan tidak akan pernah serik ucapkan syukur menyembah sujud di hadapan arasyMu ya Tuhan.


ZiZhuYuan GongYuan 

dedaun merah kuning tasik hijau


rimbun buluh

tazkirah tentang berbakti pada ibu bapa


quran dan nota

Islam masih dianggap pelik. -.-"


<3 ^^

jadilah kamu barisan yang tersusun kukuh.

games : Kasut Siapakah?

:)

kami <3 ;')

太极拳和功夫


mereka :') 

kami <3

buah hati saya <3

senyum segaris.

:)

Friday, 21 October 2011

要改变世界,首先要从改变自己做起

Bismillahirrahmanirrahim..


"Wahai jiwa yang mengerti, sesuaikanlah amal perbuatan lisan dan tulisan, lalu berbuatlah sesuai dengan kemampuan, bicaralah sepadan amalan, menulis sebatas amal pengetahuan. Selamatkanlah jiwa daripada mengatakan di luar batas kemampuan jasad mengerjakan."


dakwah itu bermula dengan diri sendiri.
sudah lama, jasad dibiar tanpa ruh,
gagahkan diri,
cuba berlari lagi.

sahabat, tunggu aku di garisan hadapan.

-Jumaat, 21102011

Thursday, 20 October 2011

Bicara Luruh

Bismillah...

Seronok, bahagia,
gelak ketawa.

ku cuba. walau kadangkala pandangan mata masih kosong tidak bertepi.
termenung, kejauhan.

selamat hari lahir sahabat, Nurul Yusra,
semoga diberkati usia, dan sehebat namamu,
Allahumma Ameen.
:)

masih lagi melihat, menafsir, dan belajar.
cuba mencari kekuatan di sebalik tulisan,
cuba berselindung di sebalik senyuman pudar,
masih mencuba, dan cuba.
rapuh di dalam.

kelesuan semasa mujahadah adalah kerana rosaknya langkah bermula.
kan? :'(

sedih,rasa diri ini tiada guna.(jangan tiru,saya memang agak depressed selalunya.)
rasa dosa menggunung tinggi menghempap dada.
sesak.

berikan aku sedikit cahayaMu ya Allah,
agar iman di dalam dada ini kembali bernafas dalam hidayah.


Gembira melihat sahabat sahabat semakin hebat di depan,
biarlah kali ini aku jadi penonton sahaja ya?

buat kamu, hanya mampu melihat dari jauh.
dalam doa, sentiasa.
semoga lebih hebat juga.

dedaun kuning menunggu masa,
ditiup angin jatuh menyembah,
melihat diri adakah sama.
akan dijemput pulang ke sana.

bicara luruh
-SR-
20102011
may Allah bless.

Wednesday, 19 October 2011

Dalam Sujud PadaMu

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam sujud itu,
ada doa, ada keluh kesah,
ada juga rintihan panjang yang tidak pernah hilang,
ada rasa yang tidak terbalas,
tenang.

Allah,
Engkau ciptakan hati ini,
menjadi raja di dalam jasadi,
tapi hati ini hitam dikotori,
oleh diriku yang tidak reti mensyukuri.

Apakah aku munafik ya Allah?
apakah aku fasik ya Allah?
sepertimana menangisnya sahabat Rasulullah saw, ketika membayangkan dirinya dijilat api pembakar Jahannam,
walhal merekalah sebaik-baik sahabat,
merekalah pertama-pertama yang beriman,
merekalah yang telah dijanjikan tempat.
Syurga.

Mahu sahaja aku lemparkan,
tetapi pasti,ia akan kembali mengejar,
mahu sahaja aku menjerit menangis sekuat,
tetapi pasti tiada siapa yang mahu perdengar,

dalam hiruk pikuk kota peradaban,
yang mereka julang kegemilangan,
aku rasa sunyi,
hanya akan hidup dengan iman.

tulisan bahasa jiwa,
ibarat kaca cermin yang menampakkan rasa,
dalam iman, ia naik,
dalam futur, ia rundum.
itulah,
hati.

Allah ya Rabbul Izzati,
hilangkan aku dalam sujud tangis padaMu,
hilangkan aku dalam sendu rintih keranaMu,
hilangkan, hilangkan.

dahi mencium tanah,
apakah jiwa sudah berserah?

Quran didakap erat,
apakah ruh sudah terlekat?

"Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sangat menyakitkan hati dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang musyrik. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan."
( Ali Imran 3: 186)

Sujudlah kamu menjadi penyembah Tuhan.

Hati itu belum ikhlas.
Rupanya musuh dalam tarbiyyah ini,
adalah diriku sendiri.
Allah Allah.....


Refleksi Iman :


‎"Sesungguhnya dalam hati terdapat luka yang tidak boleh dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah swt. Di dalamnya juga ada keterasingan yang tidak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada kesedihan yang tidak akan mampu dipadamkan kecuali oleh kebahagiaan yang memudah kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi denganNya. Di dalam hati juga terdapat kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju kepada Allah. Di dalam hati, juga terdapat gelojak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali dengan keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan denganNya." -Ibnul Qayyim al-Jauzi


Perlu kembali check hati sendiri.
semoga sahabat-sahabat lain teruskan berlari,
dan menjadi hebat di hujung nanti.
aku butuh waktu sendiri,
akan berusaha untuk kembali lagi.

tolong, tarik aku sekali nanti di pintu syurgaNya.

-19102011

Tuesday, 18 October 2011

Bukan berpura-pura malaikat

Bila jari menuding,
dan ketawa pun sinis,

picisan,
hati semakin terguris.

Hanya kerana kesilapan dosa lalu,
kamu memandang hina diriku.

penat,
mahu menjaga hati mereka.
Sedangkan hati ini dipijak hanya.

Allah,
butakan rasa ini.

hanya mampu berdoa, dan berlapang dada.
walau ku tahu tidak semudah yang dikata.
tiada rasa.

Mohon Doa

Bismillahirrahmanirrahim..

Wahai Dzat yang membolak balikkan hati, tetapkan lah ia di dalam keadaan ingin terus memeluk hidayahMu,
peliharalah ia daripada bermaksiat terhadapMu,..

Hari ini masih berbicara tentang hati, hati yang tercemar dikotori,
mulia sangatkah diri jika berada di kalangan orang-orang ditarbiyyah?
sedangkan 10 muwasofat masih lagi kau termengah-mengah.

Jangan memandang mulia diri seorang hamba,
hanya kerana ilmu dan hikmah yang disampaikannya,
ketahuilah, sungguh, hari ini kamu semua memandangnya tinggi bukan kerana kemuliaan diri,
tetapi kerana Allah telah menghijabkan aibnya dari pandangan kamu semua..
Dai'e itu sering menyeru da'wah, kerana di dalam tarbiyyah disitu dia mempelajari untuk mengubah dirinya,
tetapi janganlah kamu mengharapkan dia sebaik tulisannya,
janganlah menyangka dia telah sempurna muwasofat tarbiyyahnya,
jangan juga menganggap dia seperti malaikat yang tidak lelah menyembah sujud pada Tuhannya.,

janganlah menghukumnya kerana dosa-dosa lampau yang amat dikesalinya.
dai'e itu tetap manusia,

tetap berjiwa hamba,
tetap seorang pendosa.

cuma cuma,
dia masih berusaha untuk mengubah jahiliyyahnya,
dia masih tidak lupa siapa Tuhan dan maksud penciptaannya,
dia masih mahu cuba menggapai Mardhotillah dan Al Jannah,

di sini wahai sahabat,
diri ini tidak mengharapkan melangit pujian,
cuma ku mohon untuk didoakan,
agar diri dai'e ini tidak akan lelah dalam ujian,
tidak akan mudah berputus harapan,
ku mohon juga didoakan,
moga terus berada dalam jalan juang ini, demi mendapat restu redha Ilahi.
syukran fillah,
semoga Allah merahmati kita semua di dalam rahmatNya.

:')

Tulisan bahasa jiwa, hanya mampu dibaca oleh Tuhan.
dengarkanlah rintihan ini ya Allah,
diri ini masih membutuhkan secebis kekuatan,
agar hati ini tetap tenang dalam genggaman.
~SR~
18102011
Beijing,China.


‎"Yang sujud kepada Ilahi adalah yang bicaranya menyentuh hati." 
syukran ZA, kerana sentiasa bisa menyuntik semangat.
:')

Sunday, 16 October 2011

Himmah ‘Aliyah

Bismillahirrahmanirrahim..

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakhbar
Pujian hanya untuk Allah, ya dia yang pernah berkata.

Bulan, tunjukkan padaku sedikit wajahmu, agar aku bisa tahu malam ini tidak lagi kosong untukku,
Bintang, sinarkan sedikit dari gemerlap cahayamu, agar bisa aku melihat sedikit petunjuk di malam yang bisu.

Bukan mudah berada di jalan ini, bersyukurlah,
Bukan mudah dipilih untuk berada di dalam relung ini, bersyukurlah,
Bukan mudah untuk membawa jiwa menjadi hamba, bersyukurlah,
ya, syukur dalam nikmat,
syukur juga dalam ujian.
Alhamdulillah..

Orang-orang yang ditarbiyyah tidak semestinya adalah mereka yang baik-baik,
tetapi mereka adalah orang-orang yang berusaha gigih mahu menjadi baik.
kan?

#Every pious has a past, and every sinner has a future.

Dakwah manusia,adalah proses yang tidak mudah,dan pasti,yakin,confirm, akan bertemu dengan halangan dan tribulasi yang berbeda-beda, seperti mengalirnya air dari puncak yang tinggi yang mana ia dihalangi dengan batu bongkahan sungai. Ada orang memandang ia sebagai ujian dan halangan, ada juga yang memandangnya sebagai suatu bentuk penapisan. Ya, penapisan dari Allah, untuk melihat siapakah yang benar-benar layak mendokong dakwah ini hingga akhir nafas.

MashaAllah, SubhanaAllah.

Yang paling harus dijaga adalah, himmah - hamasah.
Himmah 'aliyah punya di dalam setiap hati manusia, cuma adakah ia dihala dan dikompaskan ke arah yang benar? itu juga tanggungjawab kita.

Himmah itu akan lahir dari hati, jika mahukan himmah, maka jagalah hati, jangan cemari ia dengan dosa dan maksiat. Jagalah hati, kerana dari situ terletaknya iman. Rosaknya hati, rosak lah langkah, rosaklah mujahadah.nauzubillahiminzalik.

Ajari jiwa untuk terbang tinggi agar ia tidak suka dengan kerendahan.

Bila kita mula fikirkan diri sendiri, maka tidak akan ada ruang untuk kita fikirkan hal-hal orang lain. Jangan sampai kita dilekakan dengan hal-hal remeh sehingga mengabaikan masalah umat yang lebih besar.

semoga bermujahadah menjaga hati. Yakinlah,Allah akan memberikan yang terbaik.

Langit malam, merah menampakkan awan.
Bulan masih tetap tersenyum malu.
Hati, semoga tetap tenang di sana.
Allahu Allah.
~SR~
16102011
Beijing,China




 

Saturday, 15 October 2011

Pesan Dari Syurga

Bismillah...







When two Muslims unite upon the truth of the Quran and Sunnah. They will love each other for the sake of Allah, and their hearts will be joined, even though they maybe worlds apart. Those who unite upon falsehood only ‘show’ unity, but in their hearts, there is no unity.


Dan orang-orang  yang berkata, 
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa."
( Al Furqan 25 :74)


“Biar hati yang satu itu retak menjadi dua untuk seketika sebab bila sudah sampai jodohmu, dua hati akan bertemu dan menjadi satu. Sehati, sejiwa, seiman dan seakidah.” -Ummi.
#islahnafsi

~SR~
15102011
Menggenggam awan,
 agar ia bisa sampaikan doaku pada Tuhan.





Friday, 14 October 2011

Untuk Mu Jiwa-jiwa Kami

Bismillah...

Dengan satu lafaz,
kami adalah ummat yang satu.

ya Allah, kirimkanlah jiwa-jiwa kami,
buat menjadi para mujahidin di bumi Al Quds.

satu Ummah satu Al Aqsa.

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu



Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamuuu



******


Ya Allah, moga rasa ini bukan seperti embun di dinihari,
yang akan sirna bila mentari pagi,
ya Allah, tanamkan dalam diri kami,
hamasah untuk terus berjihad menggenggam bumi Palestin,
ya Allah, kuatkanlah iman dan jiwa kami,
agar dapat kami mentarbiyyah dan terus mendidik lebih ramai mujahidin,
untuk dihantar ke medan jihad,
menyelamatkan bumi Al Quds dari kekejaman Yahudi Zionis.



Menyingkap kembali sejarah,
apabila batalion tentera dikerah ke Palestina,
dari Gerakan Ikhwanul Muslimin di bawah pimpinan Imam Hassan Al Banna,
betapa ramai ahli-ahli Ikhwan yang gugur syahid.
Tetapi itu sedikit tidak menggentarkan jiwa mujahid mereka,
yang begitu merindukan syurgaNya.

Para tentera Ikhwan yang gugur itu apabila ditemui,
kesemuanya ditembak dari arah hadapan,
kamu tahu apa maknanya?
MEREKA DITEMBAK KETIKA SEDANG MARA KEHADAPAN UNTUK MENENTANG TENTERA ISRAEL,
tidak ada yang melarikan diri,tidak ada yang menyerah kalah,
mereka melangkah dengan penuh keberanian,
keberanian kerana mahu menggenggam kembali bumi Palestin.
tetapi takdir mendahului,
panggilan dari Raja harus dipatuhi,
tentera dipanggil balik ke bumi Mesir tanpa disangka mereka ditahan dan dipenjarakan.
bertahun-tahun,
mereka masih tidak pudar semangat,
apabila penjara tahanan dijadikan pusat pentarbiyyahan,
padang pasir yang tandus dijadikan bumi hijau yang penuh barakah,
membina kekuatan jiwa,
dari celah jeriji besi bilik yang gelap.
meneruskan misi yang satu,
mengembalikan Islam di puncaknya bersama sistem Khilafah.

"Ada kerja yang lebih besar daripada kita berjihad di bumi Palestin sekarang."
-Kata kata dari Imam As Syahid Hassan Al Banna ketika tentera Ikhwan dipanggil balik ke Mesir,
dan kerja itu masih diteruskan sehingga sekarang,
iaitu mentarbiyyah masyarakat.

Tarbiyyah,yang menjadikan kita daripada masyarakat jahiliyyah kepada khairul Ummah.
Andai tarbiyyah itu sudah tertanam dalam masyarakat, maka apabila masanya tiba,
panggillah dari segenap pelusuk dunia sekalipun,
kamu akan dapat mengumpulkan sekumpulan jundullah yang siap sedia untuk menyambut seruan jihad di saff paling hadapan, hatta dihantar ke bumi mana pun yang Islam perlukan.

Selepas kejatuhan Housni Mubarak di Mesir Februari lalu,
Ikhwan Muslimin tidak menyatakan hasrat untuk mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan Mesir sekarang, kerana mereka yakin dan berpegang teguh dengan fikrah yang mereka bawa dalam dakwah IM di bawah pimpinan Imam Hassan Al Banna lagi.

Mengapa? Kata mereka, Masyarakat masih perlukan tarbiyyah.
Masanya belum tiba.Andai Ikhwan Muslimin berjaya naik menjadi sebuah daulah,
bersediakah dunia menerima sistem khilafah?

MashaAllah Allahuakhbar! 
jawapan itulah yang Barat gerunkan.


Ya Allah, jadikan jiwa-jiwa kami seperti jiwa Salahuddin al Ayubi,
seperti jiwanya Syaikh Ahmad Yassin,
dan seperti jiwanya Syaikh Dr Rantisi.

~SR~
Malam Palestina,
Beijing, China.
Perjalanan ini semakin menuju ke destinasinya.
Yakinlah,Islam pasti menang.
dan bumi al Quds milik kita lagi.
InsyaAllah.
:)





Wednesday, 12 October 2011

Bicara Tentang Tuhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Berbicara tentang Tuhan,
kamu tanyakan padaku tentang Dia,
Dia yang baru ku kenali setahun yang lalu.

Dia, yang aku kenal,
Ar Rahman, Maha Pengasih,
Ar Rahim, Maha Penyayang,
yang Maha Menerima Taubat,
yang Maha Pemberi Rezeki,
dan berbagai lagi asma yang diberikan,
nama-nama terbaik dari segala yang terbaik.

Dia, yang baru ku kenal,
jika engkau datang kepadaNya dengan segunung dosa,
nescaya dengan rahmat Dia akan memberikan keampunan kepadamu seluas langit dan bumi.
Dia, yang baru ku kenal,
jika engkau berusaha selangkah untuk mendekatinya,
nescaya Dia tidak akan ragu untuk berlari seribu langkah untuk mendapatkanmu.
Dia, yang baru ku kenal,
jika engkau bersedih kecewa berdukacita dengan ujian dunia,
dan engkau bertawakal padaNya, nescaya Dia pasti akan mengeluarkanmu dari kesukaran dan diberikan nikmat yang tiada taranya.

Masya Allah.
SubhanAllah,
Alhamdulillah,
Allahuakhbar!

Ilmunya kalau mahu dituliskan, pasti habis selautan air menjadi tinta, pohon pohon menjadi kalam,
Rahmatnya kalau mahu dihitung, pasti tidak tertanggung oleh dunia, kerana hanya syurga sahaja tempat selayak.
Azabnya kalau mahu dikhabar, pasti tidak mampu engkau membayangkan bagaimana siksaNya bagi mereka yang kufur dan ingkar perintah larangan.

Aku suka lontarkan pertanyaan di atas pertanyaan.
Apakah kamu bahagia hidup tidak bertuhan?
apakah makna bebas jika tiada sempadan?
apakah erti sempurna jika tiada keadilan?- syurga, neraka

Bagaimana aku harus mulakan kisah cerita cinta ini? tidak akan mampu dengan hanya sebaris dua.
hatta sampai esok entah kapan bila akan ku habis cerita ini,
kerana tiada noktah,
tiada penghujungnya,
sampai syurga.

:')

aku cuma mampu mengajak kamu, dia, dan mereka,
untuk bersama sama aku merasai 'cinta' ini,
bukan di atas lembaran kertas,
bukan hanya dengan kata-kata,
tapi dari hati.
lahirnya dari iman, menghasilkan amal.
Ikhlas, harus keranaNya.

Hanya hati mampu berbicara, jika kita dapat merasainya dalam lingkungan yang sama. :')
jom?

aku tidak pandai berbicara, tapi aku tahu kamu mahu rasa apa yang aku rasa.
~SR~
mahu menjaga himmah.
121011

Dan berikanlah peringatan (Muhammad) kepada manusia pada hari ketika azab datang kepada mereka,
maka orang yang zalim berkata,
"Ya Tuhan kami, berikanlah kami kesempatan kembali ke dunia walau sebentar, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul."
Kepada mereka dikatakan,
"Bukankah dahulu di dunia kamu telah bersumpah bahawa sekali-kali kamu tidak akan binasa?"
(Surah Ibrahim 14:44)

Rasa ini

Bismillahirrahmanirrahim..
ya Allah, berkatilah rindu ini.

serius rindu budak ni.
:(


-lepas solat isyak, tertidur di sebelah,
"akak akak.. buka la mata, jangan tidur."
"akak lelap kejap je."
"ala, bukalah mata, burung tidur pun buka mata tau."
"akak bukan burung la dik. -.-" 
-terus tak boleh tidur dah,haila budak ni punya pasal.

-masih lepas solat, atas sejadah, datang lagi budak ni,
"akak akak, akak reti main gitar tak?"
"akak tak reti main gitar dik."
"abistu akak main dalam tv tu apa?"
"itu yuna la dik. bukan akak. -.-"
-okay siapa ajar budak ni tengok iklan yuna kat tv je terus panggil 'kak pika' ?
sampaikan dengar lagu yuna pun dia boleh detect.Allah~  -.-" 

Friday, 7 October 2011

Allah dah tuliskan cerita kita sejak saat pertama kita melihat dunia.

bismillah...

SubhanAllah 
Alhamdulillah
Allahuakhbar

ya Allah, sungguh,
dakwah ini kerana cinta,
aku sayang pada mereka.
:)

dan cinta ini akan menuntut segalannya darimu,

Semoga amal ini keranaMu jua.



p/s : Laptop rosak. T___T  Alhamdulillah.

Wednesday, 5 October 2011

L.O.V.E

Bismillahirrahmanirrahim..

Terima kasih bintang, kerana menemani di saat aku sendiri.
terima kasih bulan, kerana masih menerangi di saat aku kegelapan mecari-cari,
terima kasih awan, kerana sentiasa memayungi,
terima kasih hujan, kerana membasahi bumi dan menyejukkan ruhi,
terima kasih terima kasih terima kasih.
Alhamdulillah, bintang, bulan, awan, hujan semuanya adalah sahabat-sahabat seperjuangan dari dahulu hingga sekarang, yang baru mengenali mahupun yang sudah bertahun bersahabat,
tapi yang selayaknya perasaan cinta dan terima kasih ini disauhkan adalah kepada Yang Maha Tinggi lagi Maha Pengasih-- Allah swt.

Ya Allah, Engkau ciptakan rasa ini buat sekalian makhluk yang bertebaran di bumi,
Terima kasih ya Allah,
 pada setiap doa yang diangkat ke langit tertinggi,
hamba ini berdoa, ampunilah dosa sekalian sahabat-sahabat ku ini ya Allah,
lindungilah mereka di dunia dan akhirat,
tetapkanlah mereka di jalan kebenaran dan jalan juang ini,
kurniakanlah mereka hidayahMu yang maha luas,
permudahkanlah dan berikanlah mereka husnul khotimah..
mekarkanlah cinta di hati kami ini cinta keranaMu ya Allah,
SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar....

L.O.V.E
-ini kami semasa di program hari tu. sungguh kanak-kanak riang betul -.-"

p/s : Terima kasih juga pada yang jauh..sedih,tapi faham. Semoga kamu tenang di sana. may Allah bless.

Bintang-bintang Ukhuwwah

Bismillahirrahmanirrahim..

SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar...
Masih diberi rezeki untuk tetap di jalan ini, masih diberi peluang bernafas dalam tarbiyyah ini..
Daurah yang baru selesai, menyaksikan jiwa-jiwa yang berusaha menjadi 'ibadurrahman.
Hamba Tuhan Yang Maha Pengasih.

Terkedu apabila mengetahui, bukan mudah untuk bernafas dalam jiwa seorang 'abid.
yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati,
yang menelan kemarahan walau dicaci,
yang memberi salam dan senyuman walau dibenci,
dan banyak lagi ciri ciri yang harus dilengkapi, barulah layak digelar 'ibadurrahman.

Alhamdulillah, MashaAllah..

Pengalaman bersama akhawat sekalian, tidak mungkin dilupakan.Jazakumullahukhair sayangs sekalian :')
kami sama-sama tengok matahari terbit,.
sama sama kesejukan membaca mathurat dan tazkirah di luar,
sama sama mencari ilmu dan saling menjaga mutabaah amal.
SubhanAllah.. :')

dinihari, matahari terbit .subhanaAllah!
pemandangan dari lereng bukit. :)
syukur. mari kita memetik bintang di langit dan menebarkannya di bumi.
Ukhuwwah fillah, kerana Allah.
-akhawat bumi china-

p/s : buat 'guest' di ruang chatbox yang bertanya, boleh diminta nyatakan nama ukhti? :) semoga kita dapat taaruf lebih dekat lagi. tentang soalan itu, saya jawab di sini ya ? ^^

saya tak menulis bila bercuti di malaysia satu sebab utama ialah - rumah saya tiada internet, jika mahu menulis saya kena pergi ke Cyber Cafe , agak leceh dan saya memilih untuk tinggal di rumah menghabiskan masa dengan adik adik, dan keluarga :) Alhamdulillah.. tarbiyyah Allah ada dimana mana kan? waktu ini saya peruntukkan untuk mentarbiyyah keluarga saya sedikit demi sedikit.

saya menulis kembali apabila berada di China semula,kerana di sinilah bumi saya 'membesar' dalam tarbiyyah,di snilah saya peroleh ilmu dan fikrah, di sini saya mencatat segala rasa sepanjang menjadi pelajar luar negara.bukanlah suatu keistimewaan, tetapi saya cuba untuk memanfaatkan peluang ini untuk lebih menghargai anjuran Allah dalam quran yang menyebut berjalanlah ke setiap penjuru bumi dan saksikan sunnahtullah kaum kaum yang pernah dibinasakan dahulu. 
wallahualam.insyaAllah,saya akan cuba berkongsi apa yang saya pelajari dari tamadun China di sini. :)

jzkk kerana bertanya.:) 
may Allah bless.