Tuesday 18 October 2011

Bukan berpura-pura malaikat

Bila jari menuding,
dan ketawa pun sinis,

picisan,
hati semakin terguris.

Hanya kerana kesilapan dosa lalu,
kamu memandang hina diriku.

penat,
mahu menjaga hati mereka.
Sedangkan hati ini dipijak hanya.

Allah,
butakan rasa ini.

hanya mampu berdoa, dan berlapang dada.
walau ku tahu tidak semudah yang dikata.
tiada rasa.

1 comment:

Teratai Biru said...

Berurusan dengan manusia, tak akan pernah lari daripada penilaian segera, apatah lagi prasangka.

Manusia cenderung untuk menilai, dengan neraca dunia.

Sedang neraca Dia, nilaiannya saksama.


noted : Salah satu kunci kegagalan ialah memuaskan hati semua pihak.


May Allah bless~