Tuesday, 18 October 2011

Mohon Doa

Bismillahirrahmanirrahim..

Wahai Dzat yang membolak balikkan hati, tetapkan lah ia di dalam keadaan ingin terus memeluk hidayahMu,
peliharalah ia daripada bermaksiat terhadapMu,..

Hari ini masih berbicara tentang hati, hati yang tercemar dikotori,
mulia sangatkah diri jika berada di kalangan orang-orang ditarbiyyah?
sedangkan 10 muwasofat masih lagi kau termengah-mengah.

Jangan memandang mulia diri seorang hamba,
hanya kerana ilmu dan hikmah yang disampaikannya,
ketahuilah, sungguh, hari ini kamu semua memandangnya tinggi bukan kerana kemuliaan diri,
tetapi kerana Allah telah menghijabkan aibnya dari pandangan kamu semua..
Dai'e itu sering menyeru da'wah, kerana di dalam tarbiyyah disitu dia mempelajari untuk mengubah dirinya,
tetapi janganlah kamu mengharapkan dia sebaik tulisannya,
janganlah menyangka dia telah sempurna muwasofat tarbiyyahnya,
jangan juga menganggap dia seperti malaikat yang tidak lelah menyembah sujud pada Tuhannya.,

janganlah menghukumnya kerana dosa-dosa lampau yang amat dikesalinya.
dai'e itu tetap manusia,

tetap berjiwa hamba,
tetap seorang pendosa.

cuma cuma,
dia masih berusaha untuk mengubah jahiliyyahnya,
dia masih tidak lupa siapa Tuhan dan maksud penciptaannya,
dia masih mahu cuba menggapai Mardhotillah dan Al Jannah,

di sini wahai sahabat,
diri ini tidak mengharapkan melangit pujian,
cuma ku mohon untuk didoakan,
agar diri dai'e ini tidak akan lelah dalam ujian,
tidak akan mudah berputus harapan,
ku mohon juga didoakan,
moga terus berada dalam jalan juang ini, demi mendapat restu redha Ilahi.
syukran fillah,
semoga Allah merahmati kita semua di dalam rahmatNya.

:')

Tulisan bahasa jiwa, hanya mampu dibaca oleh Tuhan.
dengarkanlah rintihan ini ya Allah,
diri ini masih membutuhkan secebis kekuatan,
agar hati ini tetap tenang dalam genggaman.
~SR~
18102011
Beijing,China.


‎"Yang sujud kepada Ilahi adalah yang bicaranya menyentuh hati." 
syukran ZA, kerana sentiasa bisa menyuntik semangat.
:')

2 comments:

Aliyah Al~Istiqamah said...

Tersentuh T_T

syafa mohamed said...

pika:((

doakan kekuatan buat syafa dan sahabat disini juga.