Bas itu mula kosong,selepas menurunkan penumpang di stesen sebelumnya.Setelah swap kad bas, dia menapaki tangga dan mencari-cari tempat duduk yang selesa.Di situ, sebelah tingkap.
Duduk,menghempas tubuh.Penat.Sedikit keluh dilepaskan.Bas mula bergerak terus ke destinasi berikut.
Hari ini hari yang panjang.Seharian berpuasa,namun tidak terasa.Barangkali sebab itulah ramai kawan-kawannya memilih untuk berpuasa di waktu musim begini.Syita.Musim sejuk di Beijing agak luarbiasa.Sangat sejuk.Alhamdulillah,tidak lupa untuk bersyukur.
Jalan pulang.Cuaca semakin sejuk,waktu menginjak ke pukul 8 malam. Ipod terpasang di telinga, ceramah dari Ustaz Fauzi. SOS.Pandangan dilempar luas luas ke luar tingkap. Berwap. Sedikit ditarik.Angin malam yang sejuk mengelus pipi, hujung tudungnya menari-nari, segera ditarik jaket ke dada.Sejuk malam ni.
Kota Beijing mula lengang.Kereta sudah tidak sesesak petang tadi, waktu puncak ketika habis waktu pejabat.
Inilah dunianya.Dunia yang mengajar dia erti hidup. Erti yang mungkin tidak akan dirasainya di bumi kelahirannya sendiri. Pelik. Baru mengenal diri setelah hidup habis 19tahun. Masih lagi bersyukur.Alhamdulillah.setidaknya kini dia sudah mengenali dirinya.
Kota Beijing, peradaban lebih 3000tahun, menulis banyak cerita suka duka. "Masa yang diberkati" .Masih diingat lagi kata-kata kakak sewaktu program gathering musim luruh lalu. Tahun ini tahun ketiganya di bumi China, semoga masa-masa itu terus diberkati.
Da'wah. Tarbiyyah. Menggerakkan perubahan. dahulu dan kini, kian berbeza.Proses itu sentiasa berjalan,seperti roda yang berputar,tiada pernah berhenti di satu tahap. Islam itu untuk semua bukan?
Tarbiyyah, mengajar dia erti matang dan kedewasaan.Matang, memandang dunia dengan kaca mata dakwah,itu yang dipegangnya erat.Dunia perlu diubah, dengan mengubah pemikiran masyarakat melalui tarbiyyah.Islam perlu dibina, dengan membinanya di dalam diri individu,barulah Islam akan tertegak kukuh di atas bumi.Pernah seorang ukhti menegurnya dan memanggilnya 'kakak' walau ukhti itu kini bakal tamat pengajian ijazahnya.Senyum sahaja.Tidak membantah, memang dirinya suka dipanggil begitu.Pernah juga sahabat yang baru dikenali meneka umurnya,lebih tua berbanding sebenar.Masih senyum.Dia selesa begitu.Matang mungkin? err. InsyaAllah. Moga-moga. Dia menyimpan cita-cita besar untuk ummah.Dia sedang membina satu tumuhat di dalam dirinya.Mahu mengubah dunia.Serius dengan kerja dakwah.Senyum dan lembut hati ketika menjalani tarbiyyah.
Tarbiyyah mengajarnya bahawa hati itu boleh menjadi 'besar'. Kenapa? bagaimana? tidak percaya?
Hati dulu hanya boleh diisi dengan cinta untuk ibu, ayah, adik adik,saudara mara,sahabat rapat. Hati kecil hanya boleh diisi dengan kasih sayang yang sedikit.Cinta itu tidak menyeluruh. Tetapi apabila ia ditarbiyyah, ia menjadi 'besar'.Cintanya kini boleh dikongsi hatta dengan sahabat yang baru dikenali.Hatinya boleh mencintai manusia lain yang diikat dengan talian akidah dan matlamat perjuangan yang sama.Hatinya kini belajar menerima dan berlapang dada walau diuji sekuat mana. Itulah indahnya TARBIYYAH.
Tarbiyyah juga telah mencoretkan pelbagai kisah cinta yang ajaib dari seluruh dunia. Hanya dalam tarbiyyah, kita boleh merasai nikmat rindu terhadap sahabat yang tidak pernah berjumpa jasad, hanya ditemukan dalam doa, dalam maya. Hanya dalam tarbiyyah, kita boleh merasai nikmatnya cinta walau pertama kali berjumpa, bahkan rasa cinta itu dibawa berpanjangan. Pelik.memang pelik. tapi itulah, indahnya tarbiyyah.
"为公桥站到了,乘客下车请刷卡” Bas berhenti di depan stesen universiti.Sudah sampai.
Lompat ke tanah. Alhamdulillah. Selamat akhirnya.
5 comments:
semoga dia sentiasa dipelihara dan dilindungi oleh Nya. semoga juga dia dapat menjadi sumber inspirasi kepada mereka di sana yang masih tercari cari sinar hidayah dariNya... :')
semoga dia sentiasa dipelihara dan dilindungi oleh Nya. semoga juga dia dapat menjadi sumber inspirasi kepada mereka di sana yang masih tercari cari sinar hidayah dariNya... :')
macam baca cerpen aje. Best!.. Qauthar.. semoga dakwahmu itu bertebaran luas ke pelosok dunia.. rindukan dai'e sepertimu.. tebarkan segala ilmu yang ada.. moga yang menerimanya mendapat manfaat bersama.. inshaAllah..^^,
Adik raihana,
salam alayk sayang,
Allahu Allah.. semoga doa rai sampai ke langit dan dimakbulkanNya! :')
'Dia' akan terus berusaha,untuk menggapai redha Allah.
semoga cinta itu dapat disebarkan untuk dikongsi bersama :)
wallahi..
Ukhti Faaein,
salam alayk ukhti fillah :)
hee,saja saja cuba bentuk macam ni pula :)
Amin inshaallah ukhti,! akan berusaha menyampaikan risalah cintaNya, moga ukhti juga terus berjuang untuk sampaikan dakwah ya? ^^
dakwah itu tidak rigid dalam satu bentuk sahaja :)
fotografi juga boleh menjadi wasilah dakwah, gunakan logam kita untuk kebaikan islam :)
may Allah bless you always ukhti :) <3 fillah.
Post a Comment