Thursday, 26 August 2010

Perubahan

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni dah 16 puasa ..sepanjang bulan ramadan ni , Alhamdulillah.. cuaca seakan memahami umat Islam yang sedang melakukan ibadah puasa , kadang kadang panas diselangi hujan .. syukur Ya Allah. .betapa besar kasih MU pada hamba-hamba ini.. :)

Sebenarnya ,nak cerita tentang benda lain .. haha~ menyimpang sikit.;p cerita ni pasal tudung .. okay ,bagi lagi thrill kita tunjuk gambar sikit ..

jeng jeng jeng



haa... CLEAR tak?
kalau tak clear tu korang sengaja nak zoom in besar besar kan?
*ceiss.. =.="


okay , tengok lagi satu gambar ni plak






haa... yang ni cukup jelas kan? :)

kita semua mendapat pendidikan yang sempurna
sejak kecil , diasuh dengan pendidikan agama dan akademik
dihantar belajar Al Quran
so mesti tahu mana yang baik mana yang buruk


"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
(Al Baqarah: 208-209)

ayat ini sudah cukup nyata bagi kita renungkan dan ambil iktibar..

Islam itu syumul
lengkap , sempurna
malahan setiap urusan dalam kehidupan kita telahpun Allah syariatkan
apatah lagi adab adab dalam kehidupan
adab terhadap ibu bapa
adab berpakaian
adab makan dan minum
adab pergaulan
adab berhadas

semuanya sudah lengkap
dah tersedia 'manual kehidupan' untuk kita ikuti
apa lagi yang kau mahu kan?

Islam itu Ad Deen
yang ertinya WAY OF LIFE
its not just a religion
ia merangkumi semua aspek kehidupan kita

dan wahai muslimah sekalian,
mengapa kalian masih tidak nampak semua itu?
atau kalian nampak
cuma sengaja tutup sebelah mata
lalu tidak mengendahkan suruhan Allah?

renungkan lah wahai saudara ku..


aku tahu kita semua masih berusaha memperbaiki diri
aku juga begitu.
dulu kalau terpandang wanita yang bertudung labuh
aku memuji di dalam hati
alangkah bagusnya jika aku juga mampu berpakaian seperti itu
sesuai dengan fitrah lembutnya seorang wanita

aku menginginkan sebegitu..
demi Tuhanku.

Alhamdulillah
sekarang ni
aku sudah mula membiasakan diri dengan memakai tudung sebegitu
perlahan lahan dan dengan istiqamah
aku harap imej baru ini
akan membuatkan aku lebih usaha kuat untuk memperbaiki diri
insya-Allah.
:)

*diri yang baru*




10 comments:

kid said...

alhamdulillah

:)

Infiru said...

ieraa..~~ ^^
jzkllah... :) doakan pka ye .. ^^

pakurawan said...

peh pika.

mantooooppp lah!

Infiru said...

:) haha.. eh..jap..ape yang mantap???

nurulain zakaria said...

I want t0 be like the new one.like u dear.

Infiru said...

insyaAllah ain.. kite sume boleh jdi mcm tu.. yg pnting niat kte n istiqamah.. :) sama2 kita usaha kan ? :)

kid said...

waiyyaki :)

moga istiqamah ye pika sayang

amin~
:)

Infiru said...

hmm :) insha-Allah iera syg .. :) aminn.=)

fareast said...

salam ziarah, dan salam ramadhan, artikel yang bermakna sempena ramadhan kali ini.

Infiru said...

salam ramadan jgak . jzkallah :) mudah2an dapat berkongsi ilmu akan datang :)