Wednesday 18 August 2010

Syabab Musafir Kasih (Fatimah Syarha)

Assalamualaikum :) pagi ini terjumpa satu bahan yang sesuai utk kita renungkan bersama.. sangat2 kagum dengan puisi ini.. dipetik dari sebuah novel..


Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanita nya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanita nya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga , melindungi
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanita nya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita
Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Fatimah diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaan nya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa pun berani menggoda
Kini,
Bila wanita di bawah jagaan nya
Lelaki tak kisah aurat nya terbuka
Wanita nya dibiar bebas , binasa

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kontak berjihad , tekun berdakwah
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan ,tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh
Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

KEMBALILAH LELAKI KU
PADA KELAKIANMU
KAMI RINDUKAN LELAKI DULU
ACUAN MADRASAH RASUL

*SUBHANALLAH,hebat kan puisi ni? aku tabik dengan penulis novel ni. *sape ade buku ni?* hehe~ mari akhwat dan ikhwah sekalian ,kita sama-sama renungkan dan amik iktibar :)

11 comments:

Unknown said...

subahanallah!

Infiru said...

sama2 kita renungkan..baik perempuan or lelaki ..:)

Fayyadh Azmi said...

same2 laa kearah pembentukan ini...

Infiru said...

iera : ;) *senyum balik* haha~ :D terima kasih iera ;)

Infiru said...

fayyadh : insyaAllah..sama2 usaha jgak. thankyou. :)

. said...

buku apa eh?

Infiru said...

Buku Syabab Musafir Kasih by Fatimah Syarha :)

emirhasnan said...

hebat.
rasa malu pun ada.

Infiru said...

cidak : hmm..kita smua perlu berubah :) sama2 usaha utk jdi Ummah yg terbaik :) llaki n wannita.

Anonymous said...

buku tu sesuai untuk dibaca.. mmg menarik karangan fatimah syarha

Anonymous said...

saya ada buku tu,, kwan bg, memang menarik.,