Thursday 17 February 2011

20 = 1

Bismillahi...



"selamat hari lahir piqah,ibu & ayah doakan yang terbaik untuk piqah. semoga panjang umur murah rezeki dan diberkati Allah hendaknya. " 

pesanan ringkas itu mengisi ruang fikiran..
kata-kata doa itu sudah cukup buatku.
yang sentiasa akan merindui ibunda dan ayahanda di sana.

Allah.. janganlah Kau ambil aku sebelum sempat aku melafazkan kata cinta buat mereka,
Allah.. berikan aku peluang melaksanakan tanggungjawab aku kepada mereka, walau mungkin sedetik cuma..
Allah..kasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi diri ku yang hina..
Allah.. jauhkan azab api neraka dari menyentuh tubuh tua mereka..
Allah.. bahagiakan mereka dengan cahaya iman hingga ke syurga..

Beranjak ke angka 2 .

apa bakti aku kepada dunia?
di hadapan mereka ku ulumkan senyuman, gembira barangkali..
tetapi apabila ku berdiri seorang,
melihat kembali bekas tapak kaki yang ku tinggalkan di belakang..
semakin terpadam tanpa meninggalkan kesan..
apa mungkin pengakhir aku juga begitu?
TIDAK! Allah...jangan biar aku 'pergi' sia-sia!
aku tidak ingin menjadi 'bahan lebihan dunia'!

Zaid bin Thabit , seawal umur 13 tahun, sudah berkobar-kobar mahu menyertai perjuangan jihad fi sabil lillah bersama para sahabat di medan Badar.. walau ketinggian pedang itu melangkaui paras diri nya.
Dan beliau juga penulis wahyu Kalamullah di usia yang muda, dengan 17 juzuk kitab suci tersemat di dada.

tetapi aku??
apa aku telah sumbangkan untuk agamaku? untuk Allah??
TIADA.
:'(

20 tahun aku 'tidur' yang lena.. baru tersedar tanggungjawab yang digalas cukup berat.
Namun, Allah masih teguhkan kaki ini untuk terus berdiri, melangkah menyempurnakan tujuan penciptaan . InsyaAllah..
"manusia itu harus mengenal dirinya, baru boleh mengenal Penciptanya."
diri ini ibarat di'lahir'kan semula.

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang 'PERTAMA', syafiqah. 

usia mu baru setahun,perjalanan ini masih jauh.
bersiap sedia lah.

Dari Abu Barazah A-Islami berkata, Rasulullah saw bersabda, "Kedua kakinya seorang hamba besok di hari kiamat tidak akan terpeleset sehingga dia ditanyai tentang empat hal:
(1) Tentang umur, untuk apa umur itu dihabiskan.
(2) Tentang ilmu, untuk apa ilmu itu difungsikan.
(3) Tentang harta benda, dari mana harta benda itu diperoleh.
(4) Tentang kondisi tubuh, untuk apa kenikmatan itu digunakan." (HR Tirmidzi dan berkata: hadis tersebut Hasan-Sahih)

"Dan Kami akan hadapkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan." Al Furqaan :23

Allah... ;'(


Nauzubillahiminzalik..Aku memohon perlindungan dariMu ya Allah..
semoga diri ini terus istiqomah memohon hidayah, memperbaiki diri, menjauhi perkara munkar..
semoga juga para sahabat terus dikurniakan cahaya taufiq dan terus tsabat di jalan ini..
bangkitlah! sedar dari 'tidur' yang lena..
agar tidak lalai lagi melihat kesengsaraan saudara di luar sana..
kuatkan kami ya Allah..
Aku ingin pergi dari dunia ini dalam keadaan Engkau meredhai ku..



p/s : terima kasih sahabat, Saadiah,Laili, Bieha,Syadini,Azrina,Najah,Hidayah,Kak Fara, Kak Syaf,Kak Nadia, Kak Liza,Kak Mag.. untuk nasi minyak, ayam masak merah, kek coklat. agar-agar, presents. Allah saja mampu balas kebaikan kalian :') terharu ni! *_*


p/s/s : Especially for my dear WAN SITI KHAIRUNNISAA...that was such a lovely wishes! pika terharu sangat baca tahu tak! siap ada gambar edit lagi. ^^ haha. comel sangat. terima kasih tak terhingga wan.. ;') sahabat dunia akhirat lillahitaala.. insyaAllah.. wan selalu di hati pika tau? :)


p/s/s/s : berapa banyak 's' da.. untuk roomate tersayang, sahabat baik ku.. Wanny Rahman. Nor Amalina.. sangat terimakasih pada korang. maaf susahkan korang kat malaysia. cepat-cepat balik tau! ^^
and pada kawan-kawan yang wish kat FB.. terima kasih tak terhingga.. :) walau mungkin tidak pernah bersua muka, tapi harapnya dengan ikatan saudara muslim. saya juga akan doakan kalian semua semoga diberkahi Allah taala. :)

12 comments:

fatinmarini said...

sanah helwah ukhti.
semoga terus gagah membentuk diri jadi srikandi ad-deen tercinta. :)
semoga Allah sentiasa merahmati.

Infiru said...

syukran ukhti :) insyaAllah..Ameeenn2.. mudah2an kamu jua diberkati Allah selalu.. barakillah :)

emirhasnan said...

sanah helwah ya galamey..!!

kullu 3am wa enti bikheir..

takleh nk wish dalam fb da..

huk3

Salsabila said...

akak piqa, sanah helwah ! ^_^

May Allah bless :)

Jangan nakal2 (haha)

Uhibbukifillah <3

WanNisaa said...

My pleasure dear..u r always in my heart too!! ;)
Ukhuwah Fillah Abadan Abada..InsyaAllah
*sorry pka, xde yg special sbb tgh mggu exam..hehe..(x creative pun slah 1 sbb..haha)tp, ingat tau jnji kter bler pka blek nti! hehe..miss u!

Unknown said...

sanah helwa pika! =)
semoga hari mnedatang memberi lebih banyak rahmat.
may Allah bless you =)

WanNisaa said...

I love this entry very much esp the one that u dedicated for ur parents! they'll be happy once they read this! ;)
this is completely such a touching and meaningful entry..always pray for u dear fren..take good care there ya! :)

Infiru said...

Cidak : syukran ya akhi. ! ^^
yela.orang tu da remove dari fren dia kan. :P

husna! terimaksih syg! alahai.. terharu akak.kat blog kat fb husna wish :) akak nk reply wishes kat FB. tapi internet buat hal :( ley bukak blog je. takpela :) terimakasih skali lagi ! ^^ <3 husna!

Infiru said...

alya : terimaksih bykkk222 alyaa! ^^ ameen2 insyaAllah..pka pn doakan semoga alyaa skluarga diberkati Allah, dipermudahkan urusan dunia akhirat dan terus dilimpahi cahaya iman insyaAllah :)

Wannisa: haa.budak ni! :P jeng2.haha..tak la..comel sgt gmbar tu! ^^ terharu pka baca :') miss you too! hehe.insyaAllah2.. kita jumpa nanti! ^^ makan kat johnys lagi ek? :D sedap nye mihun tomyam dia..slurrpp!!! :D

thankyou my dear :) pka tulis apa yg terlintas kat hati, kadang2 ada kata2 yg kta rasa tak berani nak luahkan depan diorang..kalau lah mereka baca apa yg pka tulis kat sini.. seikhlas nya pka tulis..insyaAllah..hmm..takpela..ape2pn, sekrang pka byk bljar dari kehdupan. family always comes first :) baru skrg terasa rugi nya pka lepaskan masa2 bersama diorg dulu camtu je.. tak penah hargai betul2 apa yg ibu ayah da korbankan..Astagfirullah.. hmm..smoga wan and keluarga sihat sentiasa and dilindungi Allah selalu ye? :) krim salam mak wan, and kakak ijot ye :)

emirhasnan said...

ta remove.

mmg da delete profile lama..

kalau ada papew,boleh add ym-ciddiq_91

WanNisaa said...

ok! insyaAllah kter jmpe tp bkn dkt johnys sbb Teettt..t wan cter! hahaaa..
ye la, kter susah nak ungkapkan ble brdpan dgn org tu kan..xpe la,,as long as pka sntiase ingat n doakan parents pka, sudah sgt memadai..yg dlu2 tu xpe, knak2 ribena lg n kter asyik fikirkn enjoy je..tp skrg dah x kan!;)
p/s ; hargai la saat2 yg best ni smntra masih blajar~~ t da hbs, msti rindu!! hehe

Infiru said...

cidak : haha.takla.gurau je. ^^

wannisa: aik ade cite baru psal johny's ke ? alahai.sedap kot kat situ :(

erm.betul2..rasa mcm byk perubahan berlaku kat diri ni.and semua tu makin mematangkan kita kan? :)
betul2..hrgai apa yg ada di skeliling kita. apa yg berlaku semuanya ada hikmah.terima dengan siqoh :)