Friday, 4 February 2011

Fajar kan Menyingsing

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..


Rungkaikan lah al-Hawa yang membelenggu nurani,
Corakkanlah diri agar terserlah graviti dae'i,
Namun, temboklah hari agar tak ditembus riak dan bangga diri,
bertahanlah ukhti
kerana perjuangan ini menyingkir yang manja,
Berjuanglah dengan Haq walau nyata mengundang mehnah,
Usahlah mengalah andai tangan mu patah sebelah,
Tegarlah mengibar panji andai katamu "AKU RIJAL"
Bersabarlah ukhti kerana dakwah ini fitrahnya payah,
Berbahagialah dirimu
kerana tidak bersendiri memikul beban ini,
Kuatkan lah sukmamu menghadapi kegelapan
kerana fajar itu akan menyingsing lagi.

-bint.nyi-
6 Jun 2010
Irbid

Ya Allah, andai usia tidak mengizinkan aku menatap sekilas fajar yang menyingsing itu,
maka berilah peluang untuk aku meletakkan batu asas bagi dakwah ini,
semoga ia nya akan diteruskan oleh generasi penegak Islam.
kerana sejarah bakal berulang,
dunia bakal berubah.
:')


"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."

jzkllah kheir kepada
may Allah grant you with goodness dunya wal akhirah 
insya-Allah.


p/s : maaf kepada pembaca yang tidak suka blog saya, yang selalu post sajak or puisi yang tidak straight-to-the-point. maaf ya? memang selesa saya begini. kalau ada yang cadangan lebih baik,saya sudi mendengar. yang nyata, ilham kebaikan semua nya datang dari Allah, dan buruk semuanya dari saya sendiri. assif jiddan..

IMAM AHMAD :
Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil benda dunia di atas ilmunya. 

doakan saya dan juga anda semua, sentiasa ikhlas dalam beramal dan menyampaikan ilmu/dakwah, supaya tiada secalit benda dunia (pujian,ganjaran) dalam niat amal ibadah tersebut. 
insyaAllah


No comments: