Thursday, 20 October 2011

Bicara Luruh

Bismillah...

Seronok, bahagia,
gelak ketawa.

ku cuba. walau kadangkala pandangan mata masih kosong tidak bertepi.
termenung, kejauhan.

selamat hari lahir sahabat, Nurul Yusra,
semoga diberkati usia, dan sehebat namamu,
Allahumma Ameen.
:)

masih lagi melihat, menafsir, dan belajar.
cuba mencari kekuatan di sebalik tulisan,
cuba berselindung di sebalik senyuman pudar,
masih mencuba, dan cuba.
rapuh di dalam.

kelesuan semasa mujahadah adalah kerana rosaknya langkah bermula.
kan? :'(

sedih,rasa diri ini tiada guna.(jangan tiru,saya memang agak depressed selalunya.)
rasa dosa menggunung tinggi menghempap dada.
sesak.

berikan aku sedikit cahayaMu ya Allah,
agar iman di dalam dada ini kembali bernafas dalam hidayah.


Gembira melihat sahabat sahabat semakin hebat di depan,
biarlah kali ini aku jadi penonton sahaja ya?

buat kamu, hanya mampu melihat dari jauh.
dalam doa, sentiasa.
semoga lebih hebat juga.

dedaun kuning menunggu masa,
ditiup angin jatuh menyembah,
melihat diri adakah sama.
akan dijemput pulang ke sana.

bicara luruh
-SR-
20102011
may Allah bless.

1 comment:

Faaein Talip Roy said...

Semoga Allah sentiasa berkati hidupmu Syafiqah.. ^^