Wednesday, 12 October 2011

Bicara Tentang Tuhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Berbicara tentang Tuhan,
kamu tanyakan padaku tentang Dia,
Dia yang baru ku kenali setahun yang lalu.

Dia, yang aku kenal,
Ar Rahman, Maha Pengasih,
Ar Rahim, Maha Penyayang,
yang Maha Menerima Taubat,
yang Maha Pemberi Rezeki,
dan berbagai lagi asma yang diberikan,
nama-nama terbaik dari segala yang terbaik.

Dia, yang baru ku kenal,
jika engkau datang kepadaNya dengan segunung dosa,
nescaya dengan rahmat Dia akan memberikan keampunan kepadamu seluas langit dan bumi.
Dia, yang baru ku kenal,
jika engkau berusaha selangkah untuk mendekatinya,
nescaya Dia tidak akan ragu untuk berlari seribu langkah untuk mendapatkanmu.
Dia, yang baru ku kenal,
jika engkau bersedih kecewa berdukacita dengan ujian dunia,
dan engkau bertawakal padaNya, nescaya Dia pasti akan mengeluarkanmu dari kesukaran dan diberikan nikmat yang tiada taranya.

Masya Allah.
SubhanAllah,
Alhamdulillah,
Allahuakhbar!

Ilmunya kalau mahu dituliskan, pasti habis selautan air menjadi tinta, pohon pohon menjadi kalam,
Rahmatnya kalau mahu dihitung, pasti tidak tertanggung oleh dunia, kerana hanya syurga sahaja tempat selayak.
Azabnya kalau mahu dikhabar, pasti tidak mampu engkau membayangkan bagaimana siksaNya bagi mereka yang kufur dan ingkar perintah larangan.

Aku suka lontarkan pertanyaan di atas pertanyaan.
Apakah kamu bahagia hidup tidak bertuhan?
apakah makna bebas jika tiada sempadan?
apakah erti sempurna jika tiada keadilan?- syurga, neraka

Bagaimana aku harus mulakan kisah cerita cinta ini? tidak akan mampu dengan hanya sebaris dua.
hatta sampai esok entah kapan bila akan ku habis cerita ini,
kerana tiada noktah,
tiada penghujungnya,
sampai syurga.

:')

aku cuma mampu mengajak kamu, dia, dan mereka,
untuk bersama sama aku merasai 'cinta' ini,
bukan di atas lembaran kertas,
bukan hanya dengan kata-kata,
tapi dari hati.
lahirnya dari iman, menghasilkan amal.
Ikhlas, harus keranaNya.

Hanya hati mampu berbicara, jika kita dapat merasainya dalam lingkungan yang sama. :')
jom?

aku tidak pandai berbicara, tapi aku tahu kamu mahu rasa apa yang aku rasa.
~SR~
mahu menjaga himmah.
121011

Dan berikanlah peringatan (Muhammad) kepada manusia pada hari ketika azab datang kepada mereka,
maka orang yang zalim berkata,
"Ya Tuhan kami, berikanlah kami kesempatan kembali ke dunia walau sebentar, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul."
Kepada mereka dikatakan,
"Bukankah dahulu di dunia kamu telah bersumpah bahawa sekali-kali kamu tidak akan binasa?"
(Surah Ibrahim 14:44)

2 comments:

adahanz said...
This comment has been removed by the author.
Habibah said...

Ya.. Takkan pernah mampu membalas cintaNya... Sejauh mna kita katakan kita cinta padaNya; takkan sama dengan keAgungan CintaNya...cinta yang tiada bertepi; cinta sampai ke syurga..

Jzkk