Sunday 30 October 2011

Bidadari yang Terlupa

Bismillahirrahmanirrahim..

Dia seorang bidadari,
cantiknya bukan pada luaran,
indah dirinya kerana Islam dan iman,

tetapi bidadari ini sering terlupa,
bahawa dirinya lebih mahal dari permata,
dirinya lebih diinginkan dari segala kekayaan dunia.

lalu bidadari ini ku lihat sering bersedih,
kerana dirinya tidak sebaik sahabat yang lain,
dirinya tidak rupawan seperti bulan di langit,
dirinya tidak seteguh gunung di bumi.

dia terlupa, dirinya sangat berharga.
dia terlupa, Allah tidak memandang paras rupa tetapi hatinya.
dia terlupa, bahawa penduduk di langit cemburukan dirinya,
kerana Allah begitu menyayangi bidadari yang terlupa ini.

wahai bidadari, sedarkah dirimu, kamu sangat berharga?
wahai bidadari, pandanglah hatimu, dan engkau akan temukan jawapannya di sana.
wahai bidadari, kekuatanmu bukan terletak pada jasad,tetapi pada jiwa yang mampu menahan beban dan ujian,
wahai bidadari, engkau mampu bertahan di atas sebuah kehilangan, tabah menanggung segunung kerinduan.
dan yang paling penting sekali wahai bidadariku,
kehilanganmu adalah keruntuhan sebuah masyarakat,
kehilanganmu, hilanglah seri di dunia yang singkat,
kehilanganmu, tiadalah lagi penyambung generasi ar rijjal.

Yakinlah wahai bidadari,
jika balasan untukmu bukan di sini, pasti di syurga firdausi,
lengkapkanlah ilmu di dadamu, jadilah seorang yang solehah dan muslihah,
seorang yang bisa membawa perubahan walau di dalam relung keadaan yang bagaimana sekalipun.
Allah pasti menemani. :) Insha-Allah.

jadilah kamu bidadari yang disayangi Al-Khaliq,
sehinggakan bidadari tercantik di syurga pun cemburukanmu.
wahai ukhti, kamu sangat istimewa, tahu? :)

SR
30102011

mohon doanya,
mood imtihan.
semoga kita semua menjadi bidadari terpilih.
insha-Allah :)
Baca: Istimewanya Wanita

3 comments:

hizb addeen said...

Indah bait bicara ya ukhti..
ana suka^^..
salam imtihan dari bumi Malaysia buat enti dan sahabat2 disana.

:)

Infiru said...

ukhti hizbaddeen,
salam alayk ukhti fillah ;)

Alhamdulillah, syukran ukhti, moga doa ukhti menguatkan lagi azam kami di sini. InshaAllah :)

<3

Unknown said...

:)