Wednesday 5 October 2011

L.O.V.E

Bismillahirrahmanirrahim..

Terima kasih bintang, kerana menemani di saat aku sendiri.
terima kasih bulan, kerana masih menerangi di saat aku kegelapan mecari-cari,
terima kasih awan, kerana sentiasa memayungi,
terima kasih hujan, kerana membasahi bumi dan menyejukkan ruhi,
terima kasih terima kasih terima kasih.
Alhamdulillah, bintang, bulan, awan, hujan semuanya adalah sahabat-sahabat seperjuangan dari dahulu hingga sekarang, yang baru mengenali mahupun yang sudah bertahun bersahabat,
tapi yang selayaknya perasaan cinta dan terima kasih ini disauhkan adalah kepada Yang Maha Tinggi lagi Maha Pengasih-- Allah swt.

Ya Allah, Engkau ciptakan rasa ini buat sekalian makhluk yang bertebaran di bumi,
Terima kasih ya Allah,
 pada setiap doa yang diangkat ke langit tertinggi,
hamba ini berdoa, ampunilah dosa sekalian sahabat-sahabat ku ini ya Allah,
lindungilah mereka di dunia dan akhirat,
tetapkanlah mereka di jalan kebenaran dan jalan juang ini,
kurniakanlah mereka hidayahMu yang maha luas,
permudahkanlah dan berikanlah mereka husnul khotimah..
mekarkanlah cinta di hati kami ini cinta keranaMu ya Allah,
SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar....

L.O.V.E
-ini kami semasa di program hari tu. sungguh kanak-kanak riang betul -.-"

p/s : Terima kasih juga pada yang jauh..sedih,tapi faham. Semoga kamu tenang di sana. may Allah bless.

5 comments:

Syafa Mohamed said...

sentiasa cinta kamu...

walaupun jarak memisahkan kita jauh seribu batu, tapi insyaAllah sentiasa dekat di hati selalu dengan berpaksikan cinta yang satu;)

Puding karamel said...

comel sungguh kanak2 riang itu...hehe
uhibbuki fillah juga, walau x kenal langsung ^^

Infiru said...

syafa~~~~ T.T

terharu.sob. sy pun sntiasa cintakan syafa :) cinta fillah insyaallah :)

<3 kerana thummuhaat yang satu pada Nya.

Infiru said...

kak puding :) (tibe rse comel plak pggil kak puding ;p )

haha.kanak2 cuba menjadi riang -.-
Alhamdulillah Allahuakhbar. sungguhlah cinta itu tidak kira distance jika keranaNya, semuanya menjadi dekat :')

Faaein Talip Roy said...

pic ni comel.. nice.. suka tengok.. semoga kecintaan kalian mekar dalam redha-Nya.. ^^,