Wednesday 25 July 2012

Antara Manusia dan Hamba

Bismillahirrahmanirrahim..


-" Tapi personally, saya percaya gambar yang ada cerita dan puisi yang punya rasa lebih hidup jiwanya. :)"

--ukht Fatin


-" Atas dasar fitrah, 

Tuhan dengan hamba mana bisa dipisahkan
Seperti juga cerita, terkadang perlu gambar melengkap siri.
Dalam rasa, perlu medium menzahirkan kata.
Memang dua dunia berbeza.
Cuma perlu kefahaman dalam menyampaikan.
Kerana kewujudan Tuhan itu sendiri berada di dunia yang tiada siapa bisa ceritakan melalui gambar mahu aksara.
Asal kita tahu batas. Untuk tidak terlalu menggagungkan keduanya; gambar dan puisi.
Terkadang punya rasa yang sama.
Cumanya perlu berbalik kepada niat. Dimana semuanya bermula.
Semoga
Kita menjadi yang memahami dan mengetahui"
--Alyaa

- "erm, ya. akak pun selalu konfius dalam bab memisahkan keduanya. tapi, akak selalu ada rasa juga yg; daie ada sisi manusiawinya. malah kadang-kadang, bila 'manusia-nya' kita tertonjol dalam puisi, random rants, ataupun fotografi, mungkin akan lebih 'mendekatkan' kita dgn yg lain, tak lain tak bukan; sebab kita dan dia manusia."

-- Kak Umai


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jazakunallahukhairan katsira.
moga ini jalan yang terbaik, dari Allah, menerusi hantaran-hantaran sahabat sebaik kalian :') alhamdulillah.

Penting kan? untuk seseorang dai'e itu dilihat juga dari sisi manusiawinya. Sebab kita, dan dia manusia.-benar kak umai. Agar sosok dai'e itu tidak kelihatan terlalu 'tinggi', sepertinya malaikat. kerana dia hanya hamba, yang harusnya selalu belajar merendah.
membumi.

Moga Allah redha jalan ini untukku. Amin.

credit photo to FB.

Untuk setiap doa dari tasbih cinta,
terima kasih.

tentu lebih baik buat kalian nanti.
di 'sana'.

Allah hafeez.
:')








5 comments:

Unknown said...

assalamualaikum

boleh tak nak buat request letak butang like pada setiap post?
nak like banyak-banyak :D

mungkin terkadang dengan senyuman sahaja boleh menandakan persetujuan.
lalu dalam aksara, sekadar menekan butang like pun cukup menyatakan setuju. walau dalam diam.
dan dalam masa yang sama dapat meluaskan lagi jaringan ukhwah ^^

*erk. bukan sebab ada nama sendiri tu yang nak request butang like.
tapi bila melihatkan majoriti blog sudah punya aplikasi butang 'like', jadi suka pula menekan dan berkongsi ^^

semoga tidak berhenti menulis!
demi ummah, kerana Allah :)

p.s - tak perlu publish comment ni pun tak pe kot. macam poyo pulak. eh :D

Infiru said...

Wa'alaikumussalam alyaa. hik. kte pernah buat dulu. butang like dekat setiap posts.

tapi ehem. Diremovekan,
sebab susah nak jaga hati.

jaga Ikhlas.

:'(

sebab iman sy tak cukup kuat kot?

Allah.

takpe, senyum dalam diam dah cukup buat kte ^^ alhamdulillah. moga tidak jemu menghantar doa ye!

sama sama kita saling mendoakan :')

kerana Allah, inshaAllah.

<3

haha,mana ada poyo la! ;p

Faaein Talip Roy said...

suka kata2 ukhti fatin tu.. memang kena aje dengan kamu syafiqah.. =)

Infiru said...

:')

jazakillahkhair kak faaein.

Unknown said...

Allah. Ternyata sukar bila berkisar tentang hati dan ikhlas bilamana berkait dengan amalan kita di dunia terhadap manusia.
Erk. Ke macam mana.
Serasanya sentiasa ada masalah dengan itu :(

Baik baik.
Lebih bermakna andai sentiasa diingati dalam doa. Kan? ^^
Semoga terus laju bergerak atas jalan yang Dia redhai! :)
Rabbuna yusahhil. <3