Tuesday 24 July 2012

Hope

Bismillahirrahmanirrahim.

Untuk segala mimpi yang mungkin akan terbangkit lagi,
aku mohon, berikan barang sedikit minit.

hanya mimpi itu, bisa buat aku kembali berdiri,
di sini,
hari ini.
atau esok.

sesuatu yang selalu mengalir.
dalam pembuluh,
dalam rasa,
dalam nadinya.
'photography'

~sr 24072012.  bumbung rumah. senja ramadhan.~ 

-"eh muka awak macam pernah jumpa. Familiar."
'Yeke? Muka sampah kot. Mana-mana ada.' jawab saya sambil sengih garu kepala. (ohhh. T.T )

Alhamdulillah, ayah sudah keluar wad. Masih lagi dirawat di rumah. Jazakumullahukhairan katsira buat yang menghantar doa. :')
-moga ramadhan kali ini lebih mengajar kita semua tentang erti sabar dan suci.


Notakaki:  Saya sedang memikirkan untuk memisah antara gambar dan cerita. antara puisi dan rasa. Dua dunia berbeza. mungkin. 

6 comments:

fatinmarini said...

Salam 'alaik syafiqah.

Alhamdulillah untuk perkembangan ayah awak. I pray for his speedy recovery. :')

Interesting footnote - against the mainstream. Tapi personally, saya percaya gambar yang ada cerita dan puisi yang punya rasa lebih hidup jiwanya. :)

Infiru said...

Wa'alaikumussalam wbt ukhti fatinmarini!!

hukk. terharu :') jazakillahukhairan katsira ukhti, moga malaikat mencatatkan kebaikan yang lebih baik buat awak di sana ya ?

amin.

hee. sebab terfikir, saya kadang2 lebih byk tulis post yang merapu dari yg berunsur tarbiyyah, takut nnti mcm mencemarkan plak aih post2 yang berisi mesej dakwah. =.=

ke macam mana?

tengah fikir. mungkin blog ni fully utk tulisan dakwah, and puisi/segala bagai random rants/thoughts tu sy tulis kat tempat lain.(instagram/tumblr ke.)

tapi mcm takde masa pun nak buat byk2 kerja ni =.=

Unknown said...

Assalamualaikum syafiqah :)

Atas dasar fitrah,
Tuhan dengan hamba mana bisa dipisahkan
Seperti juga cerita, terkadang perlu gambar melengkap siri.
Dalam rasa, perlu medium menzahirkan kata.

Memang dua dunia berbeza.
Cuma perlu kefahaman dalam menyampaikan.
Kerana kewujudan Tuhan itu sendiri berada di dunia yang tiada siapa bisa ceritakan melalui gambar mahu aksara.
Asal kita tahu batas. Untuk tidak terlalu menggagungkan keduanya; gambar dan puisi.

Terkadang punya rasa yang sama.
Cumanya perlu berbalik kepada niat. Dimana semuanya bermula.
Semoga
Kita menjadi yang memahami dan mengetahui

Salam Ramadhan Kareem :)

Umairah. said...

salam'alayk adik. :)

i always have a thought that we re at the same age. :P rupanye, adik yg tersangat adik. he.

erm, ya. akak pun selalu konfius dalam bab memisahkan keduanya. tapi, akak selalu ada rasa juga yg; daie ada sisi manusiawinya.

malah kadang-kadang, bila 'manusia-nya' kita tertonjol dalam puisi, random rants, ataupun fotografi, mungkin akan lebih 'mendekatkan' kita dgn yg lain, tak lain tak bukan; sebab kita dan dia manusia.

erm, atau acaner?
ramadhan kareem, adik.

take care-
:D

nusrah said...

assalamualaikum piqa, akak bca post ni kat dlm phone semalam. pastu nak taip komen dah malas2 sebb tak puas kecik sgt tgk kat phone.. XD

gambar dan cerita. puisi dan rasa. honestly, akak pun dlu ad kecelaruan identiti lebih kurang camni. takpe, tak perlu difikirkan. :D

Antara gambar dan cerita saling berkongsi jiwa. Mana mungkin datang cerita tanpa gambar walau kadang gambar itu sekadar rakaman di minda.

Antara puisi dan rasa juga saling terkait. Mana mungkin datang puisi tanpa ada rasa kerana hanya dari rasa, puisi itu lahir. Dan kita mengalirkan rasa-rasa yang tercerna di jiwa lewat puisi juga kan?

Dan betapa Maha Hebat Allah itu bila Dia meletakkan kesemuanya di bahagian akal kanan. SubhanaAllah. Jadi, kita bisa memaksimumkan akal kanan hanya dengan 4 elemen seni ni. Hebat kan? Betapa berseni Allah itu. ^^


ps: umy, actually i always think piqa has the same age just like you and me. see dear, how matured she is.. :D

Anonymous said...

ketika saya melewati suatu laman sosial ada yang memberi pengistilahan begini tentang puisi

"Puisi adalah sebuah ikhtiar agar dunia privat bisa diungkapkan dan tak punah tertindas oleh bahasa orang ramai "
Ia dibicarakan oleh saudara Goenawan Mohamad

usaha saudari menulis puisi Islamik sangat saya sanjungi.moga nilai estetika puisinya kekal bagus selain tidak lupa menjaga batas kewajaran dalam berpuisi.

*kita sering bersua di kamar mandi;))