Saturday, 1 January 2011

Kami rindu. Lelaki itu.

In the name of Allah, the Most Gracious,Most Merciful..

Lelaki yang kami rindu,
Hanya iman penggerak hidupnya,
Tiangnya agama,
Batinnya taqwa,
Ilmu teguh di dada,
Hatinya sarat cinta
Kepada Allah dan RasulNya.
Suluhan nafsu bukan semata-mata
Tapi ihsan kaya di jiwa.

Lelaki yang kami rindui,
Terhibur dengan kalamullah,
Merasa manis dengan zikrullah,
Rindukan perjuangan Rasulullah..
Cintakan sunnah kekasih Allah,
Gagah menangkis mehnah,
Di akhir zaman penuh fitnah.

Lelaki yang kami rindu,
Mengemudi bahtera rumah tangga,
Petunjuknya Al-Quran.
Petanya sunnah junjungan,
Panjinya Islam,
Sauhnya iman,
Layarnya taqwa,
Pakaiannya sabar,
Semangatnya membara,
Setiap ketika,
Menggamit ketaatan.

Lelaki yang kami rindu,
Malamnya syahdu dek tangisan,
Tidak terbuai dek lena yang panjang,
Munajatnya pilu,
Penuh keinsafan.
Sujudnya penuh kehambaan,
Gentarkan neraka jahannam,
Agar tak menyentuh anak isteri tersayang.

Lelaki yang kami rindu,
Mengenalkan kami cinta hakiki,
Cinta Ilahi itulah visi,
Agar hidup diiringi Rabbi,
Bersih dari tipuan Iblis.

Dan lelaki yang kami rindui,
Membentangkan kami permaidani muhasabah,
Kata-katanya adalah tazkirah,
Senyumannya adalah nasihah,
Dan telunjuknya adalah arah,
Agar tetaplah kami penuh haibah,
Di atas landasan Islam yang indah.
Hingga kering titisan darah..

-petikan puisi dari buku : PETUA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA
karya Fatimah Syarha Noordin,Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Hj Muhammad Zakaria. 
p/s : best buku ni :) thanks kak syikin! ^^
p/ss : hehe.tajuknya saya ubah . ikut selera saya . hakhak. tak puas hati?
Kami rindu. Lelaki itu.

4 comments:

Husna said...

husna suka yang niiiiiiii ! banyak banyaaaaaakkk ! <3

syafiqah.rahmat said...

hihi..fatimah syarha mmg hebat bab2 puisi camni.:) MasyaAllah tulisan dia sgt best. ^^ husna klu ade rezki try bce krya2 dia :)

Shukri said...

mmkin tiada lelaki seperti ini...tp perumpamaan ini sumenye ada pd rasulullah SAW,...makhluk yg paling mulia di dunia...tak lengkap syahadah klo lailaha illallah tp tiada saiyyidina muhammad rasulullah..lihat betapa hebatnya lelaki yg teramat2 mulia....sollu 'allan nabi...(selawatlah ke atas nabi)

syafiqah.rahmat said...

shukri : hmm. tu la.. semoga terus kita istiqomah mnjdi yg terbaik .mudah2an :)