Saturday 1 January 2011

Selamat tinggal .

Bismillahirrahmanirrahim..
"Waktu tidak pernah hirau yang mati atau yang hidup. Waktu terus datang tanpa diundang, dan ia akan berlalu tanpa dihalang. Waktu adalah makhluk Tuhan yang paling ajaib."
Assalamualaikum wbt.. lagi beberapa detik tahun 2010 akan meninggalkan kita. benarlah, waktu itu makhluk Tuhan yang paling ajaib. Semalam adalah kenangan, esok adalah mimpi tetapi hari ini adalah realiti. Sebenarnya saya pun tak nak ulas banyak-banyak pasal azam tahun baru, sebab dah buat masa post entry awal muharam tu kan? hihi.:p *malas tulis lagi* and lupa, selamat ulangtahun pertama untuk blog saya. :) 
 
Tahun ini merupakan turning point saya yang paling ketara, pelbagai peristiwa yang saya kira merubah saya menjadi sampai tahap ini. Apa-apa pun semuanya adalah tarbiyah dari Allah, and sedikit pun saya tak menyesal atau bersedih atas apa yang berlaku sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya yang kerdil ini.Apa-apa pun saya ingin mohon seribu kemaafan dari anda-anda semua kalau saya ada tersalah kata atau tersinggung perasaan kalian. Maaf.Sorry. Duibuqi.Sumimasen. Maelish. Segala yang baik datang dari Allah dan buruk datang dari saya sendiri. Semoga tahun 2011 kita sambut dengan doa dan bermujahadah untuk menjadi muslimah yang lebih baik :) insyaAllah.

Bingkisan untuk post kali ini, *maaflah panjang lebar pula muqadimah tadi* =.=" kali ini saya kongsi satu entry yang sangat bermakna dari seorang ukhti, Dr Cinta . so kalau ada masalah hati masalah cinta boleh la singgah di blognya :)
Monolog seorang Daie : Perempuan itu
Okay saya cuma ambil partly saja, mesti baca original post kat entry blog asal tau :) kalau tak, tak thrill la semua copy letak sini kan?jangan malas-malas. right click je pun. 
***
Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu. Seorang perempuan yang dahulunya engkau injak-injak, seorang perempuan yang dulu, hatinya engkau permainkan, seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak engkau tepati, seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata, seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan, seorang perempuan yang pernah engkau kenyit mata, seorang perempuan yang bisa engkau buat seenaknya, seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, seorang perempuan yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang perempuan yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya, dan seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar!
Suatu masa dulu, berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, tetapi sekarang jangan pernah engkau berani lagi, kerana perempuan itu suatu masa dulu yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. Dia memasang misi tertinggi; Memburu cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin membuatkan dia mengingatkan insan berdosa seperti kamu. Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, sedangkan senyuman itu akan membawa satu bencana dalam hatinya. Tidak perlu lagi engkau hubungi dia kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu, yang ada hanya DIA. Perempuan itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu. Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan pelangi. =)


and akhir sekali kata-kata yang paling cun sekali dari Dr Cinta. 
Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa dulu dengan kini. Masa merubah segala kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga dirinya dan hatinya~
 ***
Masya Allah. hebat kan penulisan ukhti ni? ^^ beruntungnya beliau Allah ilhamkan idea yang sangat berkesan di hati-hati yang membacanya. banyak lagi penulisan dan kupasan yang menarik kat blog ini. :) jazakillah kheir ya ukhti. semoga awak terus berkarya ya? :) May Allah bless you.. :)

No comments: