Ya Allah, izinkan aku menulis sebelum 'mati' .
Assalamualaikum warahmatullah semua :) assif ya, tengah-tengah malam buta pun masih nak update blog.Quick update. gedik kan? padahal bukan best pun blog dia nih, macam lah orang berebut nak baca. (*_*)
abaikan. Okay sebenarnya sebelum nak tidur ni tadi, tiba tiba terlintas idea nak kongsi something, harap-harap bermanfaat untuk semua :) insha-Allah.
jazakallah kheir kepada seorang sahabat yang berkongsi ilmu ini masa pengisian hari tu.
Seperti yang kita tahu, adik-adik yang baru habis sekolah, tak lama lagi result SPM akan keluar kan? kat sini saya terlebih dahulu ingin mendoakan semoga, adik-adik mendapat yang result yang terbaik. tawakal dan serahkan segala nya pada Allah, segala rezeki telah ditentukan Nya, dan kita seharusnya tidak perlu risau apa-apa.
Seorang ulama pernah berkata, " Aku tahu rezeki aku tidak akan tertukar dengan orang lain, maka aku tidak perlu risau. " Ya, rezeki sudah ditetapkan sedari kita berada dalam alam rahim, kewajiban kita hanya lah USAHA dan tidak putus berharap pada Yang Berkuasa :)
er,muqadimah da abis. ok sila masuk tajuk yang utama.
Sebelum adik-adik memilih jurusan yang sesuai dengan minat atau keperluan kerjaya, akak suka untuk memberi sedikit nasihat, Islam menuntut kita menimba ilmu, ilmu yang berguna untuk menaikkan ummah, dan memberi manfaat kepada orang ramai,seperti yang disarankan dalam Fardu Kifayah. Baik, maksud akak di sini, sekali pun kita memilih bidang karier yang kita sukai, jangan pernah melupakan tanggungjawab kita diciptakan di dunia ini.
Allah sendiri berfirman dalam mukjizat paling agung,
(2:30) " Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,'Aku hendak menciptakan khalifah di bumi.'...."
(51:56) "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku."
ingat ya? dua tugas ini akan kita galas sehingga roh kita dicabut keluar dan pasti akan disoal di depan Arsy Allah kelak. bersedia atau tidak, tetap tidak akan berubah.
nasihat utk adik-adik :) |
Selain itu, tambahan sedikit nasihat untuk adik-adik, sebenarnya peringatan untuk akak sendiri. Dalam kita menuntut ilmu, Al-Quran sentiasa menjadi pendamping kita. Maka hayatilah setiap bait kalam yang ingin Allah sampaikan sebagai panduan kita di dunia ini. Al Quran jugalah yang bakal menerangi ruang kubur kita yang sempit dan gelap itu nanti. Akak harap sangat, diri sendiri, sahabat-sahabat, adik-adik, sekurang-kurangnya meluangkan masa setiap hari untuk menghafal sepatah dua ayat dari Al Quran sendiri. Bayangkan, selepas setahun, berapa banyak ayat yang bakal awak hafal? tidak kira lah awak belajar medic, engineering, account, linguistic, business, hospitality etc, tapi bila awak habis belajar nanti, bukan sahaja dapat genggam ijazah, malah insyaAllah dapat title hafiz/hafizah lagi. hah, sambil menyelam minum air bukan?
Lumrah masyarakat kita, diorang tak heran kalau pelajar usuludin/syariah,tasawuf yang belajar di Mesir, Jordan, Madinah, Yaman balik boleh hafaz satu Quran, atau setiap kata-kata mereka diselangi ayat Quran atau hadis. TETAPI , mereka PASTI akan hairan/kagum jika anda seorang pelajar medic/account , atau jurusan selain daripada yang saya sebutkan tadi, boleh menghafaz satu atau separuh daripada kitab suci itu . Masya-Allah. serius ni, tak tipu. >,<
Alangkah moleknya, jika seorang pelajar medic, bakal doktor , sambil dia menyampaikan ilmu nya, boleh dikaitkan dengan ayat-ayat Allah, malah Al Quran sendiri terkandung 1001 ilmu, tidak kira saintifik atau ilmu lain. Seharusnya itu lah tugas umat Islam, mengorek ilmu berguna yang Allah selitkan dalam Quran itu sendiri. Atau pun bakal guru sekalian, sambil kita menyampaikan ilmu dunia kepada pelajar, tidak kah bagus kalau kita juga boleh sampaikan secebis ilmu atau kaitkan dengan ayat-ayat Allah?
okay, sila renung, saya sudah tidak mampu tahan lagi nih. T_T esok perlu bangun awal. semoga ada yang bermanfaat untuk kita semua. Assif jika ada tersilap dalam penulisan atau penyampaian ilmu yang tidak seberapa ini. Yang baik datang dari Allah, yang buruk saya tentunya. Selamat malam semua :) Assalamualaikum..
"Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan dengan nama-Mu aku mati. "
8 comments:
superlike!
jazakallah kerna berkongsi... :)
^_^
husna suka yang ni ! ^_^
syukran akak :)
Subhanallah..naik smangat ana kak..
in sya'Allah..moga Allah xkan pnah jemu memandu hati ni..ameen..
syukran kak fiqa,sdarkan ana..huhu~
Husna, liyana : sama2 adik2 :) semoga kita sama2 dpt istiqomah dlm perjuangan ni ye :) doakan akak jugak kuat seperti kamu berdua. ^^
aik? delete ?
Ya, mungkin karena itu
Post a Comment