Friday, 4 February 2011

Sibuk kah kita?

Assalamualaikum warahmatullah..

renungan


semoga hari-hari anda dipenuhi barkah dari Allah. :) hari ini nak kongsi satu perkongsian(tak sampai tazkirah la) dari sebuah laman forum. Mudah-mudahan dapat menyedarkan kita dari kelesuan dunia dan terus memperjuangkan matlamat hidup kita. assif jika ada tersalah perkataan dari saya. Semua ilham adalah dari Allah, dan yang buruk tentunya dari saya . sama-sama kita ambil ibrah :)
****

Apa Yang Kita Sibukkan?Oleh : Cikgu Azmi Bahari
 
"Saya sibuk sekarang ni''. Saya tak ada masa''. Banyak kerja yang perlu saya siapkan".



Itulah jawapan yang selalu kita dengar bila kita ingin minta bantuan dari kawan-kawan. ...lebih- lebih lagi ketika kita ingin mengajak rakan kita kepada program-program yang berkaitan dengan Islam.Benarkah semua orang sibuk atau buat-buat sibuk?



Saya yakin memang semua orang sibuk, cuma persoalannya apa yang mereka sibukkan. Kata Imam al Ghazali "rugilah mereka yang sibuk tetapi segala kesibukan mereka hanya untuk dunia sahaja". Bagaimana pula dengan kita...apa yang kita sibukkan, adakah kita sibuk menyiapkan bekalan untuk hari pertemuan dengan Allah SWT atau sebaliknya sibuk dengan kenikmatan dunia hingga menyebabkan hati kita terlalu keras untuk mendengar peringatan atau nasihat? Berapa peratuskah kesibukan kita untuk Akhirat?



Mahukah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi sepertimana dimaksudkan oleh Imam Al Ghazali. Dalam satu surah Allah SWT berfirman yang maksudnya "Sesungguhnya orang-orang yang rugi itu adalah orang yang merugikan diri mereka dan ahli keluarga mereka di Hari Qiamat. Itulah 'kerugian' yang sebenarnya".


Sekiranya kita tidak fikirkan sekarang, kita akan menyesal pada hari pertemuan kita dengan Allah SWT, hari dimana akan dibentangkan kitab amalan kita....ada yang akan menerima kitabnya dari sebelah kanan, ada yang akan terima dari sebelah kirinya dan ada pula yang akan menerima kitab amalannya dari belakang...bagaiman a pula yang kita harapkan. Dalam surah al Kahfi Allah SWT berfirman yang bermaksud "Dan dibentangkan kitab (Kitab amalan kita yang selama ini dicatat dengan begitu rapioleh malaikat yang menjaga di kiri dan kanan kita), kamu akan dapati orang-orang yang berdosa itu gementar ketakutan melihat apa yang ada di dalamnya, dan mereka berkata...celakalah kami, kitab apakah ini, tidak tinggal olehnya perkara kecil atau perkara besar melainkan semuanya dihitung, dan mereka dapati apa saja yang mereka kerjakan (di dunia) hadir/nampak di hadapan mereka"



Saat-saat beginikah baru kita nak muhasabah diri dan menyesali bahawa kesibukan diri kita selama ini hampir semuanya untuk dunia semata-mata. Apakah nilainya penyesalan kita pada masa itu? Sememangnya ramai yang menyesali perbuatan mereka pada masa itu dan minta supaya dikembalikan ke dunia untuk mereka beramal soleh.....tetapi kebanyakan permintaan ini Allah jawab dengan sindiran, kerana penyesalan ketika itu tidak bermakna lagi, seperti yang Allah rakamkan dalam surah As Sajdah (ayat 12)


"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabb mereka, mereka berkata....Ya Rabb kami, Kami dah nampak dah, kami dah dengar...kembalikan lah kami (ke dunia), kami nak buat amal soleh, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang yakin"



Apakah nilainya penyesalan kita pada ketika itu...setelah jatuhnya ketetapan Allah ke atas diri kita.Sekaranglah masanya untuk kita renungkan masa-masa yang kita lalui, setakatmanakah ianya benar-benar bermanfaat untuk Akhirat kita dan berhati-hatilah dengan tipu daya dan belitan syaitan, kerana tipu dayanya terlalu halus.


Ibnu Qayyim al Jauziyah memberi beberapa gambaran tentang belitan-belitan syaitan untuk kita sentiasa awasi;



Pertamanya syaitan akan cuba membawa kita kepada syirik dan kekufuran. Syaitan akan mengajak kita kepada perkara-perkara atau keyakinan yang akan merosakkan aqidah kita kepada Allah SWT, mempercayai adanya sesuatu yang boleh menandingi kekuasaan Allah dalam bentuk individu atau sistem. Mungkin dikampung-kampung ada bomoh-bomoh yang boleh melihat nasib kita, bahkan baru-baru ni di sekolah tempat saya mengajar datang seorang MOTIVATOR yang mendakwa dapat bercakap terus dengan Allah swt, boleh berjumpa Rasulullah SAW...boleh melihat masa depan pelajar dan bermacam-macam lagi perkara yang merosakkan Aqidah dan boleh membatalkan amalan kita. Kesannya ramai pelajar-pelajar yang kebingungan. Jadi sekarang ini sudah mula timbul bomoh-bomoh, tukang tenun nasib dan Kahin-kahin zaman moden...dan dalam keadaan masyarakat yang tertekan ini masyarakat akan mudah menerima jalan penyelesaian yang mudah walau terpaksa mengorbankan Aqidah mereka.


Keduanya. Syaitan akan mengajak kita kepada perkara-perkara bid'ah, samada dalam bentuk menambah atau mengurangkan Deen Allah SWT iaitu Islam. Dibisikkan kita untuk menambah apa yang telah Allah putuskan atau mengurang atau menolak sebahagiannya. Kadang-kadang berlakunya kekeliruan dalam persoalan dimana letaknya kesalahan bid'ah. Contohnya ada masyarakat yang meletakkan bid'ahnya membina binaan di atas kuburan kerana memberatkan mayat, jadi dizaman moden ini sudah ada batu bata yang ringan seperti plastik...bahkan kebanyakan bangunan-bangunan di Singapura dan Johor dibina dari bahan seperti ini kerana lebih cepat dan mudah...jadi suatu hari nanti membuat binaan di atas kuburan tidak lagi bid'ah kerana tidak memberatkan mayat. BENARKAH BEGITU ????. Oleh itu perlu kita sedari, beratnya bid'ah itu bukan kerana memberatkan mayat atau sebagainya tetapi adalah natijah dari rosaknya aqidah kita; 1.KITA MERASAKAN BAHAWA ADANYA KEKURANGAN DALAM APA YANG TELAH ALLAH PUTUSKAN, SEOLAH-OLAHNYA ADA PERKARA YANG TIDAK TERMASUK DALAM ILMU ALLAH. 2.ATAUPUN APA YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH SAW TIDAK SEMPURNA, ADA PERKARA-PERKARA YANG RASULULLAH SAW TERLUPA UNTUK SAMPAIKAN KEPADA KITA ATAU SENGAJA TIDAK DISAMPAIKAN KERANA PERKARA-PERKARA TERTENTU...JIKA BEGINI MAKA KITA MERAGUI KERASULAN RASULULLAH SAW, BUKANKAH RASULULLAH ITU SALAH SATU SIFATNYA IALAH TABLIGH (bukan jemaah tabligh, dan memang jemaah tabligh menagmbil kalimah tabligh ini dari sifat Rasulullah SAW) IAITU RASULULLAH SAW SAMPAIKAN SEMUA YANG ALLAH SAMPAIKAN KEPADANYA. Inilah perangkap-perangkap yang kita sering tertewas...bahkan banyak lagi yang tidak dapat kita bincangkan dalam ruangan ini.



Ketiga. Sekiranya masih gagal, syaitan akan mengajak kita untuk melakukan dosa-dosa besar; berzina, berjudi, melibatkan diri dengan riba dan sebagainya. Lebih malangnya... hari ini riba diberi nama-nama yang lain yang lebih menarik dan bunyinya 'macam soleh' ada yang disebut bunga, faedah dan sebagainya. Dan sekarang ini terdapat bermacam-macam bentuk perjudian moden, kalau dulu ada loteri...kemudian loteri 'kebajikan' sekarang ini diganti dengan sijil yang dijual di bank-bank, beli dengan harga tertentu...kalau nombor siri sijil yang kita beli itu 'naik' maka kita akan jadi jutawan segera.


Keempat. Sekiranya masih gagal maka syaitan akan mengajak kita pada dosa-dosa kecil sedangkan api yang besar dimulakan dengan ranting-ranting yang kecil. Mula-mula jumpa saja, tak buat apa-apa pun, salahkah kami sekadar nak berkenalan. Lepas tu duduk dekat-dekat sikit, tempat awam bukan bersunyi-sunyian, kemudian mula pimpin tangan ...lintas jalan 'darurat' kononya..lama kelamaan menjadi kebiasaan. Lepas tu mula jumpa di tempat-tempat tak ada orang dan seterusnya hingga terlahirlah anak-anak luar nikah dan sebagainya.


Kelima, jika masih gagal lagi, maka syaitan akan sibukkan kita dengan perkara-perkara mubah atau harus, banyak tidur, banyak ketawa, banyak gurauan hingga hilang kewibawan dan keseriusan kita, masa kita terabai begitu saja.


Keenam. Jika masih gagal lagi maka syaitan akan sibukkan kita dalam perkara-perkara yang kurang utama. Hari ini kita sering mendengar kegembiraan jemaah haji hingga ada yang berkali-kali mengerjakan haji...mengeluarkan belanja puluhan ribu, kami terdengar panggilan Kaabah dan sebagainya. Hinggakan Yusuf al Qaradawi menyebutkan ramai yang ahli-ahli jemaah haji merupakan orang-orang yang sama seperti tahun sebelumnya, bahkan ada yang mengerjakan haji setiap tahun sedangkan menurut Yusuf Al Qaradawi wajib haji hanya sekali sahaja, yang lainnya adalah sunat sahaja. Kita bergembira dengan amalan sunat sedangkan Ummat Islam dibeli aqidahnya di Indonesia dan diserata dunia. Jadi bagaimana kita melihat keutamaan, berdasarkan nafsu kita atau mengikut nilaian Allah SWT. Jika kita hubungkan dengan realiti di Malaysia...terlalu banyak institusi pendidikan Islam yang memerlukan dana untuk bertahan dan berkembang, banyak kerja-kerja dakwah yang memerlukan sumbangan kita....tetapi kita hanya berikan lebihan saja yang lainnya semuanya kita belanjakan dalam urusan yang kurang utama mengikut nilaian Allah SWT.
 ****

wallahualam. sama-sama kita sampaikan peringatan kepada saudara lain :)

p/s : cuti makin singkat rasanya :(  banyak nya buku tak cover lagi. daurah da nak dekat. hukhuk. :( 活该莎妃卡!你死定了,还不快点儿读书! 整天在那儿看电视。臭丫头~ 啊,我知错了! T__T

4 comments:

VegeSalad said...

快来日本!很想念你!!!

Infiru said...

哎呀呀,是你呀,沙拉姐!哈哈,好想念你! insyaAllah,如果有缘的话,我一定会去日本看看你的! ^^

ana_liyana said...

Syukran kak ats perkongsian! hehe~ nice!! :) truskan kak! chaiyok2!

Infiru said...

ana : sama2 sayang :) moga bermanfaat utk kita semua ya? :)