Tuesday, 21 June 2011

Buat Ukhti yang Dirindui

Bismillah..
simpan hati di dalam bekas,diisi dengan cahaya iman.

"Aku sengaja diam,tak menampakkan diri agar engkau benar2 menemukanku dalam cahaya sujud istikharah cintamu....
Aku lebih memilih ...menunduk malu,daripada menatap mata binarmu
Kerna aku takut dapat memudarkan cahayaimanku...
Aku lebih suka kau diam tak menyapa ku, karna ku takut terbuai dalam sapa manismu...
Akan ku jaga hatiku
Ku teguhkan imanku
Hingga kau jemput aku dgn lafadz ijabmu."
- Al-Insyirah

Ya ukhti,
getaran hati tatkala memandang si dia, cukuplah istighfar sebagai penawarnya,
jangan kamu biarkan rasa itu meraja di dalam jiwa,
kelak nanti syaitan kan bergelak ketawa,
jatuh lagi seorang anak adam di jalannya.

Ya ukhti yang ku sayang,
Apakah kamu lupa?Akan janji Allah pada si pencintaNya?
Biar,manis mana pun cinta dunia,
kamu harus ingat,bahawa ia cuma sementara,
yang mana jika kamu lalai di dalamnya,
akan menjadi racun yang akan menghancurkan negeri akhiratmu yang indah di sana.

Ya ukhti yang kucintai,
kamu adalah permata,yang sangat mahal nilainya,
hanya layak dibeli oleh para mujahid dan syuhada yang benar-benar perkasa,
makanya,simpan lah rasa itu,jika bukan pada yang halal bagimu.

Bukanlah kita tidak dibenarkan untuk memiliki orang yang kita cintai,
tidak,tetapi Allah...yang selalu Mengetahui apa yang tersirat dan terlintas di hati ini,
bahawa lebih wajarnya kita sebagai hamba,supaya sentiasa bertawakal padaNya,
dalam soal hidup atau pun mati.

Iya ukhti,tidak perlu kita luahkan rasa cinta itu pada si dia,
kerana dia tidak berkuasa memutuskan untuk mencintai kita,
melainkan Allah jua yang mengizinkannya.
Dia juga  makhluk Allah,yang mana hatinya dipegang rapi oleh-Nya,
jadi tidak perlu meminta cinta daripada sang makhluk,
tetapi mintalah pada Allah,
kerana hanya Allah yang bisa membalasnya.

Ukhti yang dirindui,
betapa tiada siapa pun yang faham gejolak perasaanmu di kala ini,
jika hanya itu jalannya,untuk menutup segala pintu fitnah,
maka diri ini akan berdoa,semoga segalanya terbaik untuk mu jua.

Ukhti,apabila kamu  memilih untuk masuk ke gerbang itu,
ingat lah ini bukan pengakhir segala masalah,
tetapi hidup dan perjuangan dakwahmu baru sahaja bermula,
yang mana akan lebih sukar jika kamu tidak pandai mengemudikannya.
Jangan nanti ia menjadi pelemah iman mu sebagai pemegang amanah,
berusahalah,bersama dia sebagai pembimbingmu,
supaya sebuah perkahwinan itu juga dihitung ibadah untuk kelangsungan dakwah.

Ya ukht,
jangan pernah risau akan siapa pun jodohmu di hujung nanti,
sebaliknya bertawakallah sepanjang perjalanan ini,
bahawa Allah akan memberi yang terbaik untuk yang terbaik.
jika mahukan Muhammad,berusahalah menjadi Khadijah,
jika mahukan Yusuf,berusahalah menjadi Zulaikha,
jika mahukan Sulaiman,berusahalah menjadi Balqis,
Pesan ini juga khusus buat yang bertinta ini,
kerana hamba Allah ini selalu berkhilaf,masih selalu berusaha untuk mencapai redhaNya.

Yang terakhir dariku ukhti,
jangan sampai cinta makhluk melebihi cintamu pada Sang Khaliq.
Ini juga ujian sebenarnya ukht,
jangan terlalai dan terus hanyut,
kelak apabila ia dicabut,kamu terus tidak berdaya langsung untuk berdiri sendiri.
Diri ini sentiasa mahu melihat kamu tersenyum lagi.


-Ikhlas menyayangimu kerana Allah,
semoga kamu terus kuat di sana. 



14 comments:

Salsabila said...

husna suka! sangat suka! semoga menjadi kita seorang perempuan yang amat merindui syurgaa! InsyaAllah. Ameeen!

Tapi kan akak, hadith tu..
tu hadith dhaif tu ^^
just sharing, insyaAllah :)

sebab pernah husna pernah ditegur oleh seorang ustaz dalam membahaskan sesuatu tajuk.

:)

syafiqah.rahmat said...

^__^ Alhamdulillah,sama2 kita usaha jadi wanita perindu syurga kan? :)

semoga.insyaAllah.

Hadith tu kan? :) terima kasih husna.oh prof akak bagitahu ada hadith daif tapi tak semestinya tak boleh pegang langsung.just suatu perkongsian.sama ada dikira syahid atau tak,Allah juga menentukan kan :)

Wallahualam.sama2 kita belajar hadith jom! ^^

nusrah said...

assalamualaikum syafiqah,

uhhuukk..thanks for sharing. >.<
really love this entry. rasa cam terkena kat batang hidung sdri.

jujur sy ckp, memang ujian cinta ni sgt berat sebenarnya. klu tak disalur ke jalan yg betul,memang parah.

selalu berdoa agar Allah jaga hati.

sayang awak ketat2.. ;)

Izzati Hashim said...

T.T

sangat2 menyentuh kalbu. Menusuk hati.

Ya Rabb, tuntunlah hati-hati kami, moga rasa rindu, rasa kasih itu terlakar hanya padaMu, melebihkanMu untuk segalanya.




p/s : memg masuk lah dgn muzik background ni plak =='

syafiqah.rahmat said...

Ukht Nusrah,

Waalaikumussalam warahmatullah nusrah~ ^^

Alhamdulillah,tiba tiba sy terfikir nak tulis sbb terbaca quotes tu kat FB.semoga ia mnjadi peringatan buat diri sndiri dan mnfaat utk org lain,insyaallah :)
kan kan? Allah..ujian ujian..smoga tidak dilalaikan dari Allah :(

sy punnn! doa je Allah smoga mnjaga hati ini,nak brdua je dgn Allah,jgn palitkan noda dalam hati ni. :(

sayang awak juga nusrah! ^__^ so much.insyaAllah .;')

syafiqah.rahmat said...

Ukhti izzati hashim,

Aminn ya Rab..smoga hati kita tersimpan rapi dalam genggamanNya.

Huu.music dia terlebih sentimental plak kan.;p
maaf maaf. T,T

zahidah said...

Kak pika, rindunyaaa kat akak. Allah... Nak nangis pun ada baca entri ni. Rasa macam nak dengar lagi nasihat-nasihat dari akak. Walaupun hakikatnya cuma membaca depan skrin laptop. Moga Allah permudahkan semuanya untuk akak. Ameen. :)

بنت كمال said...

salam alayk~
kak,,berkenaan hadith yg akak quote tu..cuba bukak link ni..

http://muzir.wordpress.com/2011/04/17/benarkah-mati-menyembunyikan-cinta-mati-syahid/

syafiqah.rahmat said...

Zahidah,

Rinduuuu zahidah jugak ~ ^^ hmmm:) akak rindu nak berkongsi rasa dengan zahidah,masing2 tengah sibuk kan,akak akan mula final exam minggu depan,lepas tu kemas packing nak balik malaysia~ ^^ insyaAllah..moga2 syg,Allah juga permudahkan urusan kamu dunia akhirat :) <3

love,
akak
:)

syafiqah.rahmat said...

waalaikumussalam dik,

jzkk berkongsi link tu,akak akan kaji and tengok balik hadis ni.sebab akak ambil dari buku fatimah syarha,
"pemilik cintaku setelah Allah dan rasul"

mungkin ada silap di situ.
assif jiddan.
and syukran kerana ingatkan.
may Allah bless.
:)

Wan Nur Aishah Wan Ali said...

Salam,

Menjenguk, mengirim salam, merisik khabar.

Semoga sentiasa dijaga-Nya.

Akmal Khalidah said...

Allah bersama kita :) insyaAllah.

syafiqah.rahmat said...

Ukhti Aisyah :)

Waalaikumusalam sahabat fillah,
Alhamdulillah di sini baik baik shj.sy yang rsaukan kamu di sana :( semoga segalanya baik baik juga ya?

May Allah bless you my dear :)
teringin nak jumpa! T,T

syafiqah.rahmat said...

Dik Akmal,

yup.InsyaAllah.Allah bersama kita ^^