Monday, 27 June 2011

Sedikit dari saya

Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah binikmati iman wa islam..
Alhamdulillah binikmati tarbiyyah..
Alhamdulillah..Alhamdulillah..
 


Kadang kadang manusia terlupa untuk bersyukur kan? Ingat cuma apabila diberi anugerah yang besar, nikmat yang lazat sahaja baru kita mahu bersyukur.Astaghfirullah. Sedangkan di sekeliling kita sudah terlalu banyak nikmat kebesaran yang Allah tunjukkan untuk kita sentiasa meratibkan asmaNya.SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar.


Hari ini hari pertama imtihan, final exam bagi semester kedua tahun pertama ijazah.
Perasaan? kurang.Namun masih berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.
Kenapa? kerana ada sesuatu yang lebih besar yang lebih membutuhkan perasaan bimbang dan khuatir.


-hubungan dengan Allah
-Islam
-Ummah
-Kelangsungan dakwah
-Bagaimana untuk membuatkan orang sekeliling 'faham' dan 'terima', terutamanya keluarga dan sahabat yang kita sayang
-dan sudah tentu, adakah dosa-dosa silam mampu terampuni?


dan pelbagai lagi konflik yang selalu menyesakkan dada.Allah Allah..


Apa makna tarbiyyah bagi diriku?
Sangat besar.Seperti bom yang meletup,meranapkan jahiliyyah dan membuka ruang baru untukku berubah.
Permulaannya nampak ada banyak ruang untuk diri ini mencapai tahapan dalam tarbiyyah,tetapi lama kelamaan ruang itu seakan makin kecil dan curam, perubahan semakin sukar dan kurang nampak berbanding dari awal awal permulaan,dan komitmen yang tinggi amat sekali diperlukan untuk terus tsabat(kukuh tetap) di jalan ini.


Tarbiyyah.
hela nafas.


Episod lembaran baru dalam kitab hidup seorang pendosa seperti saya.
Astaghfirullah al azhim..


Wahai dosa kelmarin, tenggelamlah seperti mataharimu.Jangan kau kembali mencari diriku.


Tarbiyyah adalah baton.
Sekali kamu memegangnya, maka kamu perlu menyampaikannya pada yang lain,supaya perjuangan ini berlangsung tanpa berhenti.
InsyaAllah.Rabbuna yusahhil.


Selepas imtihan minggu ini,saya akan kembali pulang ke Malaysia.
InsyaAllah kepulangan ini bukannya kosong, saya membawa satu visi yang perlu dilaksanakan, berjaya atau tidak itu semua adalah keputusan Allah. Sebuah medan terbentang di hadapan menunggu para rijjal untuk berjuang bersama.

Oh ya,dan kembali untuk Program KILAT (Kursus Intensif Lingkaran Asia Timur), akan menemui para akhawat dari Jepun,Korea dan China. :)


Bermulanya perjalanan saya setahun dahulu melalui Program ini,dan hari ini saya akan kembali, dengan harapan dan diri yang baru. InsyaAllah.


Semoga ia sekali lagi membawa saya lebih berjiddiyyah dalam dakwah.


Ameen ya Rabb.




Kepada para pelajar BFSU, selamat menduduki ibadah imtihan .Pray,Do Well and Tawakkal. :)
kepada para sahabat di sini, sentiasa dilindungi Allah,dan dikuatkan semangat dalam perjuangan.Allah telah memilih kamu untuk menegakkan agamanya. :)




Percayalah.
Allah pasti akan berikan hadiahNya.

Jika kita bersabar.
Jika kita sentiasa solat dan memohon dariNya.

Dan Allah pasti akan berikan sentuhan-sentuhanNya, kekuatan-kekuatanNya, yang datang dari arah yang tak disangkakan.

Kerana dunia realiti inilah, dunia ujian. Dunia pembuktian.
Bukan dunia ideal kita.
-Muharikah




Maaf pada komen yang belum berbalas, agak sibuk kebelakangan ini. T,T 
may Allah bless you all.tak mampu saya ucapkan betapa berterima kasihnya pada kalian.
Hanya Allah yang mampu membalas. ;')


"Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan,dan dia beriman, maka usahanya tidak akan disia-siakan, dan sungguh Kami-lah yang mencatat untuknya."Al Anbiya 21:94


10 comments:

Muhammad Elhafidz said...

Selamat menduduki imtihan. Moga cemerlang di sini dan di Sana. Moga terus tsabat di jalan Tuhan yang Maha Penyayang. ^^ ~

syafiqah.rahmat said...

Terima kasih! jzkallah kheir.

may Allah bless you.
yup,insyaAllah.semoga Allah sama2 tsabatkan hati para rijjal yang berjuang di jalanNya.


:)

..::c i x c é d o t::.. said...

Allah doesn't require u to be the BEST
He just want u to do ur BEST
and He'll take care of the rest..insyaAllah.

"manfaatkanlah segala ilmu yang diperturunkan semampu akalmu
demi memartabatkan kedudukan ummahmu,
dan bukan semata-mata untuk kepuasan diri.
Allah tidak menilai akan natijahnya
tapi yang dinilai hanyalah kesungguhanmu."

Selebihnya,
tawakallah kepada-Nya.. moga Allah memelihara hati, perasaan dan emosi untuk sentiasa berharap pada-Nya.

Salam imtihan, bittaufeeq wannajah amiin ya Rabb. ^^

nizzalsyafiq said...

salam wbt :)
maan najah fil imtihan. "konflik menyesakkan dada", recite al-insyirah then, make urself comfort, give a little smile to ur blog, the MUSIC especially :D. That may cheer up ur day but it might not enough kan, hehe, Allah says "la tahzan" or phrase yg almost hv the same meaning "rileks, sila tenang".

utk keluarga?, faham terima? , wavelength yg sama lah beb :), petua terbaik pernah jumpa, "tunjukkan sikap bukan cakap"

-好运-

syafiqah.rahmat said...

Ukhti Yana(finally tahu nama awak.;p )

Alhamdulillah, syukur sngat kan?
terima kasih sahabat :) segala lontaran nasihat sangat membantu,dan menjadi satu pegangan insyaAllah :)

semoga kamu juga sentiasa tsabat ya?be strong because Allah always there for you.

:)

Jazakillah kheir! hee.tak sabar nak abis exam ni,hati dah melayang balik ke malaysia.;p

syafiqah.rahmat said...

Waalaikumussalam wbt akh Nizzal,
Jazakallahukhairan.:) insyaAllah,rabbuna yusahhil.
sy suka Al insyirah(syarh) rasa dekat mcam nama sendiri(tiba tiba.abaikan)

blog ini kurang smile ye,mungkin macam penghuninya kot.haha.
Yup,innallahama'ana.:) sentiasa.

betul,action speaks louder than words.Qudwah hasanah kan ? :)
semoga.mudah2an mereka dapat merasa biatus solehah.

*wah pandai mandarin dah ni.^^
tapi selalunya kami cakap macam ni,
祝你好运 :)(wish you goodluck)
kalau 好运 shaja means nasib yang baik. :)

若主意欲 (InshaAllah)
:)

fatinmarini said...

bittaufiq wannajah ukhti syafiqah.

semoga Allah mempermudahkan segalanya. :)

syafiqah.rahmat said...

Ukhti fatin, ^^

InsyaAllah,rabbuna yusahhil :)
tak sabar dah nak terbang balik Malaysia jumpa adik2 semua.hihi~
3 papers to go. T.T

Ameen. :) jzkillah kheir ukhti
semoga sentiasa tsabat di sana ya? ^^
may Allah bless you :) <3

Izzati Hashim said...

Ukhti...
bittaufiq wannajah. moga Allah permudahkan segala urusan (=

syafiqah.rahmat said...

Ukhti izzati ! Alhamdulillah,sudah selesai imtihan petang tadi ~ ^^ jzkillah kheir ukhti, semoga segalanya baik baik sahaja :) <3 may Allah bless you~ ^^