Wednesday, 5 October 2011

Bintang-bintang Ukhuwwah

Bismillahirrahmanirrahim..

SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar...
Masih diberi rezeki untuk tetap di jalan ini, masih diberi peluang bernafas dalam tarbiyyah ini..
Daurah yang baru selesai, menyaksikan jiwa-jiwa yang berusaha menjadi 'ibadurrahman.
Hamba Tuhan Yang Maha Pengasih.

Terkedu apabila mengetahui, bukan mudah untuk bernafas dalam jiwa seorang 'abid.
yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati,
yang menelan kemarahan walau dicaci,
yang memberi salam dan senyuman walau dibenci,
dan banyak lagi ciri ciri yang harus dilengkapi, barulah layak digelar 'ibadurrahman.

Alhamdulillah, MashaAllah..

Pengalaman bersama akhawat sekalian, tidak mungkin dilupakan.Jazakumullahukhair sayangs sekalian :')
kami sama-sama tengok matahari terbit,.
sama sama kesejukan membaca mathurat dan tazkirah di luar,
sama sama mencari ilmu dan saling menjaga mutabaah amal.
SubhanAllah.. :')

dinihari, matahari terbit .subhanaAllah!
pemandangan dari lereng bukit. :)
syukur. mari kita memetik bintang di langit dan menebarkannya di bumi.
Ukhuwwah fillah, kerana Allah.
-akhawat bumi china-

p/s : buat 'guest' di ruang chatbox yang bertanya, boleh diminta nyatakan nama ukhti? :) semoga kita dapat taaruf lebih dekat lagi. tentang soalan itu, saya jawab di sini ya ? ^^

saya tak menulis bila bercuti di malaysia satu sebab utama ialah - rumah saya tiada internet, jika mahu menulis saya kena pergi ke Cyber Cafe , agak leceh dan saya memilih untuk tinggal di rumah menghabiskan masa dengan adik adik, dan keluarga :) Alhamdulillah.. tarbiyyah Allah ada dimana mana kan? waktu ini saya peruntukkan untuk mentarbiyyah keluarga saya sedikit demi sedikit.

saya menulis kembali apabila berada di China semula,kerana di sinilah bumi saya 'membesar' dalam tarbiyyah,di snilah saya peroleh ilmu dan fikrah, di sini saya mencatat segala rasa sepanjang menjadi pelajar luar negara.bukanlah suatu keistimewaan, tetapi saya cuba untuk memanfaatkan peluang ini untuk lebih menghargai anjuran Allah dalam quran yang menyebut berjalanlah ke setiap penjuru bumi dan saksikan sunnahtullah kaum kaum yang pernah dibinasakan dahulu. 
wallahualam.insyaAllah,saya akan cuba berkongsi apa yang saya pelajari dari tamadun China di sini. :)

jzkk kerana bertanya.:) 
may Allah bless.

1 comment:

.rai.di.sini. said...

Huluran salam berhias senyuman
Pertemuan mengeratkan perhubungan
Saling bermesra kukuhkan ikatan
Persaudaraan di dalam keredhaan-Nya
:)
xiexie pd Nya.