Friday, 30 September 2011

Yang Tertulis itu

Bismillahirrahmanirrahim..

Tuhan,mereka katakan aku kuat untuk berdiri seorang,
tetapi mereka tidak nampak aku melutut terduduk di depan-Mu meminta bantuan,
Tuhan, mereka katakan aku sangat hebat di depan,
tetapi mereka tidak nampak betapa kecutnya perutku dan gigilnya lidahku ketika mahu memberi pengisian,
Tuhan, mereka katakan aku berlari kencang di atas jalan dakwah ini dalam masa yang singkat,
tetapi mereka tidak tahu betapa sakitnya diriku ketika usaha mahu mencintai jalan dakwahMu,
Tuhan, tolong, katakan pada mereka,
aku tidak sekuat yang mereka tahu,
aku tidak sehebat yang mereka kata,
aku tidak sebaik itu, aku tidak seperti itu...
aku masih lagi ingin berusaha mencintaiMu,
walau aku tahu jiwa ku masih selalu merindukan dunia,
jiwa ku masih jiwa mutarobbi,yang inginkan belaian dari Murobbi ku, ya Allah..


"Aku akan terus berjuang, 
sehingga setiap gadis menyimpan impian hanya untuk mengahwini pemuda yang beriman yang hatinya mencintai Palestina,
sehingga setiap ibu yang mengandung bercita-cita untuk melahirkan para syuhada’ untuk Palestina,
sehingga setiap bapa mentarbiyyah anak-anaknya seolah-olah esok dia akan menghantar mereka ke medan jihad fisabilillah,
sehingga setiap kali ditanyakan kepada zuriat-zuriat ku ‘apakah cita-cita kalian wahai anakku?’, 
lantas tidak ada jawapan lain kecuali ‘untuk syahid, wahai ibuku’."
#laskarmentari


Aku tidak pernah menyesal berada di sini,
aku tidak akan berbalik ke belakang lagi.
Walau aku tidak pasti mungkinkah aku golongan yang akan bertahan hingga akhir nanti,

"Dakwah tak akan mati, tapi kita akan mati.
Kita akan mati sebagai pengemban Dakwah atau Mati sebagai beban bagi Dakwah?Bergerak, dan terus bergerak, untuk kebangkitan ummah."

terima kasih sahabat, :') terima kasih kerana masih merindui 'diriku' yang dahulu.
maafkan aku, 'diri' ini mungkin bertukar wajah..Tapi percayalah, ukhuwwah ini tidak pernah berubah,
hati ini masih hati yang sama,
hati yang mencintaimu kini kerana Allah.
yes,indeed.
Allah have His own plan and His plan is the Best. :)


ya Allah, pilihlah aku menjadi kekasihMu,
pilihlah aku sebagai orang yang akan memegang dakwah ini sampai akhir hayatku.

p/s: Masa cuti yang sangat pack selepas ini.Mohon Allah redhailah amal hamba yang tidak seberapa ini.
pinjam kata-kata dari seorang sahabat, 
#"ada manusia yang asyik mengingatkan kita dengan kebesaran2 Allah, siang dan malam melalui status-status, ayat2 al-quran dan hadis.. tetapi pada masa yang sama dia juga asyik dengan bergambar berdua lelaki dan perempuan, saling ber-calling dan texting sesama bukan muhrim... marilah lebih berhati2 wahai "daie" [ 62 : 2-3 ] "


Ini serius buat diri sendiri.
banyakkan beramal, jangan hanya menulis atau bercakap.
Mahukah kamu menjadi orang yang isi perutnya terburai di neraka kelak? 

Sudah kah kita all out untuk buat kerja 'gila' ini? (!)


(notakaki: sila cari hadis tentang cerita seorang hamba yang isi perutnya terburai di neraka.sedangkan di dunia dia bekerja untuk menarik orang kembali pada Allah. # homework! jangan asyik membaca ya, kita perlu bergerak juga untuk dapatkan maklumat :) 

18 comments:

Salsabila said...

Nabi bersabda, bermaksud :

"Akan diheret seorang lelaki pada hari kiamat lalu dilontarkannya ke dalam api neraka, isi perutnya terburai keluar dan dijilat api neraka, dia terus berlegar di dalam neraka seperti berlegarnya keldai di tempat kisaran, lalu penghuni neraka berkumpul melihatnya dan bertanya, "wahai saudara apakah kesalahan engkau? bukankah dulu engkau menyuruh kami melakukan yang makruf dan melarang kami dari melakukan kemungkaran." Ia menjawab: "Aku dulunya menyuruh kamu melakukan makruf tetapi aku sendiri tidak melakukannya, dan aku melarang kamu dari melakukan kemungkaran tetapi aku sendiri rang melakukannya".

tak silap husna hadith yang ni, kan akak pika?

InshaAllah, semoga kita tak menjadi dalam golongan yang omong kosong.

husna suka post ni! <3

^_^

semoga terus mujahadah dan terus istiqamah akak! ^_^

go! go! :)

syafa mohamed said...

pika;)
im speachless...doakan diri ini juga insan yang sering kali patah dalam mujahadah.

memberi tak semudah menerima kan syg tetapi semoga Allah tampungkan isi2 kekuatan dalam hati kita.

always anggap we'r always a learner.Kita memberi tetapi sebenarnya ilmu itu berbalik kepada diri kita.

moga Allah redha dgn jalan ini:)

missing you!

azzizatul.huda said...

Assalammualaikum syafiqah

sangat suka quote askar mentari itu. Semoga terus tsabat di jalan yang diredhaiNya, sahabat.

ade homework..huhu ^^

adahanz said...

assalamualaikum...kak :)
nice post... u're incredible actually... kagum!!!!
May Allah bless u...

Faaein Talip Roy said...

Assalamualaikum ya ukhti..

amat bimbang bila jadi macam tu.. khuatir diri ini beriya-iya mengajak mengingati-Nya tapi pada masa yang sama 'melupakan-Nya'.. mohonlah dijauhkan dari jadi begitu..

entri qauthar buat sy tersedar.. diri ini masih jauh dari-Nya.. [-_-]

Qauthar said...

Assalamualaikum Husna :)

Haa.betul betul,hadis ni la :) Alhamdulillah,jzkk syg :) semoga kita antara golongan yg berbicara seiring amalnya. insyaAllah.

husna mcm mana preparation? bila mahu fly? ^^

Qauthar said...

Assalamualaikum syafa :) Allahu Allah..hmm..kan?apa yg kita ckp tu mcm sumpahan yg terkena kat diri kita sendiri nnti.Allah nak uji sama ada kita ni hanya berbicara tp tak beramal atau tidak.:( smoga mujahadah ye syg?

yosh! istiqomah :)
miss you too :(((

Qauthar said...

Waalaikumussalam wbt Ukhti Azzi :)

kan kan?sy pun sukaaa sgt2 :) semoga ia mnjadi motivasi kita membentuk generasi mencintai Palestina dan mencintai syahid.insyaAllah :)

byk homework jga! -.-"

Qauthar said...

Suhada,
waalaikumussalam wbt syg :) Allah!~ takde la suhada. T_T akak bnyk lagi yg kena perbaiki..:( mohon ditegur jika ternampak kesalahan akak ye.

Qauthar said...

Ukhti Faaein,

waalaikumussalam wbt ya sahabat :)
hmm..dalam kita beriya mengajak org ke jalan Allah,kdg2 tak sedar hati dan niat kita mungkin terselit riak dan takbur. :( moga2 Allah melindungi.insyaAllah..
sama2 kita memperbaiki diri..jgn pernah rasa cukup dengan ilmu yg ada.ekspedisi memburu syurga!

nusrah said...

Assalamualaikum my dear..
really miss u fillah.. ;'(
betul sgt.kita ni salu cakap je pandai, kadang2 kita tak perasan kita pun buat perkara yg sama

Moga terus kuat dan thabat. Ya, jln ke syurga itu memang penuh berliku tapi bg org beriman, yg berliku itu yg diburu. Sayang ketat2

siti nurwanis said...

salam sejahtera kpdmu duhai sang mujahidah dan daieyah....
smoga Allah stsa kasih dan redha...

subhanallah....sgt trkesan dgn coretan tinta ukhti...

Ya ukhti…sgh diri kita sgt tidak sempurna,,byk cacat cela, byk kurgnya pula…
Iman juga kdg turun naik…di saat diri mrasa lemah,, tp hati tidak ingn brputus asa dr rahmatNya… :'(

Semua ujian dan dugaan yg datang, i’allah smoga ia menjadi tarbiyah kpd diri…dn itulah tnda kasih dan sygNya paling agung buat kita sbg hmbanya kan ukhti..?? Juga berdoa diampunkan sgala dosa-dosa…amin

Syukran jazilan ya ukhti fillah di ats kata hikmah darimu, sungguh ku amat hargai dan trharu…

Berharap,,, ukhuwah yg trjalin antara kita meskipun tdk pernah bersua muka tetapi bertautan hati kita slg bermahabbah keranaNya…i'allah =)

Nur Dini said...

alangkah indahnya dapat bertemu kawan2 sehebat akak2 ni setiap hari... saya harap dapat bersama-sama akak jugak suatu hari..

sedih sebab rindukan sahabat2 solehah... :'(

WanNisaa said...

I miss the old Syafiqah too but I do LOVE the new Syafiqah ;)
Alhamdulillah...

Qauthar said...

Waalaikumussalam nusrah!
Allah! rindu awak juga la :( sy baru balik dari daurah,sibuk sikit minggu ni.Alhamdulillah ;')

hmm.betul kan?ilmu tanpa amal itu ibarat pokok tiada berbuah.sia-sia sahaja :(

semoga Allah tetapkan kita semua di atas jalanNya.insyaAllah.

love you fillah ~ ^^

Qauthar said...

Ukhti Siti Nurwanis,
MashaAllah subhanAllah ukhti ;')
terharu saya.jazakillah kheir ukhti,tiada mampu sy ungkapkan doa yang lebih baik dari itu.

aiwah ukhti, ujian itu tanda cintaNya, cuma hamba hambaNya sahaja yang masih lagi tidak berasa puas dengan nikmat Dia kan?:(

insyaAllah,ukhuwwah fillah abadan abada ^^ <3 terima kasih ukhti. jazakillahukhairan kathira :)

(ana add ukhti di FB ye? ^^)

Qauthar said...

Nur Dini,
Assalamualaikum ya ukhti :')

InsyaAllah dik,sama2 kita impikan itu ye ?^^ semoga kita sama2 disatukan dalam satu jemaah barisan yang perjuangkan agama ini insyaAllah :')

sungguh,akhawat dan sahabat yang baik itu sumber kekuatan yang paling dekat ;') ia akan membawa kita mengejar redha Allah.insyaAllah.

Qauthar said...

Wannisaa!!!!!!! (rasa nak jerit kuatkuat :P )

terima kasih wan ,terima kasih sangat2 :')

wan kenal pika sejak sekolah dahulu sampai sekarang, tak berubah masih lagi bersama pika.Alhamdulillah,terima kasih sahabat dunia akhirat insyaALlah ;')

i love you more ;')