Thursday, 8 September 2011

Wahai jiwa yang tenang

Dengan nama Mu ya Tuhan,
Aku kembali lagi, membawa segunung dosa juga harapan,
ingin cuba kembali mengetuk pintu, dari kejauhan,
aku terhenti, dan kaki seakan tidak mampu melangkah,
hati bertanya,
'masihkah Engkau sudi menerima tetamu seperti ku?'
dan jawapan itu masih sama seperti pertama kali dahulu,
'Yaa ayyatuhannafsul mutmainnah, irji'ii ilarabbikiraadhiyatammardhiyyah,
fad khulifii 'ibadi, wadkhuli jannati'
(Al Fajr: 27-30)

;')

Bibir melafaz cinta padaMu , tetapi diri masih memungkiri janji-janjiku itu,
bagaimana? dakwah yang dibina di atas bongkah jahiliyyah,
mampukah bertahan lama?
Dai'e ini lemah ya Allah.

Dan digagahkan diri untuk berani,
Hati menjerit sakit, bibir masih mampu tersenyum,
lalu dilepaskan ia.

Semoga,
hati ini tenang di sana.
Ikhlaslah, Allah akan menjaga.
andai tidak di dunia, mungkin di salah satu Jannah-Nya.
:')

yang membaca.dari jauh.

5 comments:

Puding Karamel said...

T_T
masih struggle mencari hati itu...
hati yang redha dan diredhai

syafiqah.rahmat said...

:') insyaAllah,semoga! kita sama2 mujahadah ye!

syafiqah.rahmat said...

:') insyaAllah,semoga! kita sama2 mujahadah ye!

Anonymous said...

Sy takut sgt. Sy rse diri berdakwah di ats bongkah jahiliah. YA Allah...tolonglah kuatkan hati saye. YA Allah...semangat jihad ku sgt rapuh. Kuatkanlah diriku.

Qautsar said...

:')

Allah.Allah..
berdoalah wahai sahabat, tiada yang lebih makbul doanya pada mereka yang betul2 ingin mendekati Allah.

semoga kuat ya sahabah,semoga.;')
saya thu perasaan itu,sangat2. kuatkan hati ye? ingatlah,Allah sangat sayangkan kamu.

dalam doa selalu,
moga dikuatkan langkah,
ukhuwwah fillah :)