Sunday, 11 September 2011

Kanvas Dakwah

Bismilllah..


Kanvas putih terhampar di depan, pelukis memegang piring yang dipenuhi dengan warna,
di depan nya adalah sebuah 'medan', yang bakal menyaksikan 'pertarungan' sengit.
Dia tidak reti berbicara,
Dia tidak reti bermanis kata,
Dia tidak reti juga mahu menafsirkan rasa dalam bentuk lain selain warna.
itulah dia.
kalau diberi pilihan, ingin dia merantau bermusafir dengan menaiki kereta api,
dari timur ke barat,
dari utara ke selatan,
mengambil foto sepanjang perjalanan,
polaroid.lomo.
dan ditemani buku-buku kesayangannya.

Pelik, mereka memandang.
tidak peduli,dia masih dalam dunia ciptaannya sendiri.
bahagia.tanpa ganggu sesiapa.

Realitinya,
dia kini berbeza.
dia masih pelukis yang sama,tetapi kanvas nya sekarang adalah 'medan dakwah',
warna warni palet adalah hikmah dan ayat-ayat cinta dariNya,
dia belajar untuk berkata-kata,
dia belajar untuk memegang pena,
menjadi 'pedang' yang mendedahkan kebenaran,
di sini,
dia berjuang,
kerana mahu kembali ke dalam pelukan Tuhan.

Semoga.
kanvas itu menjadi saksi.
sebuah travelog perjuangan.


"dan di setiap sendu ke langit, iA, nama akak ade dilagu sekali." #Najaa. Allah! ;')
~Syafiqah, 110911
proses mencari warna.

4 comments:

syafa mohamed said...

Masya'Allah...

setiap bait pika turunkan disini sangat menyentuh hati ini juga,merindui pelukan Ilahi.

jazakumullah khairn my dear syafiqah:')

syafiqah.rahmat said...

Allah syafa!

huuu.entah,kadang kadang hati terasa nak menulis,takde kata yang keluar,ini sajalah luahan yg ada.

semoga,kta sama2 berlari ke dalam pelukan itu.
kan? ;')

waiyakum syg~ ^^

Salsabila said...

:)







rindu. lama dah tak dengar khabar :)

Qauthar said...

Husna ;)


Rindu juga,lama kan tak sembangsembang ;( may Allah bless you my dear.

:)