Sunday, 25 September 2011

Cinta Buat Akhi

Bismillahirrahmanirrahim...



“Akhi,
Asif andai pendirian ini,
Memberi tamparan hebat buat akhi.
Di sini kalam ana berbunyi,
Setelah terlanjur kita memasuki,
Alam yang berduri,
Terhinggap pada hati,
Cinta yang dilarangi,
Di lubang duniawi.

Perjalanan ana ke sini,
Bukan untuk natijah ini.

Ketahuilah akhi,
Diri ini bukan lemah untuk diratapi,
Tapi pejuang seolah serikandi,
Yang harus teguh berdiri.

Beritahu ana , akhi..
Sedalam mana cinta telah bersemi,
Seolah hebat mengalahkan naluri,
Adakah sanggup akhi temani,
Andai ana dipanggil Ilahi ?

Beritahu ana , akhi..
Sekuat mana cinta telah berputik,
Seolah bisa melawan detik,
Adakah sanggup akhi memetik,
Andai iman ana sudah tercarik ?

Beritahu ana , akhi..
Setulus mana cinta kita,
Seolah takdir itu milik kita,
Padahal maksiat menang bertakhta,
Di akhirat cuma derita,
Sanggupkah akhi pergi meminta,
Dosa ana untuk dibahagi rata ?

Aduhai indahnya ana mengenangkan,
Sebuah pertemuan,
Yang diikat atas nama Tuhan,
Sebuah perkenalan,
Ketika sama-sama di medan perjuangan.

Aduhai manisnya kenangan yang terjalin,
Seolah sekeliling kita diterangi lilin,
Namun tercemar diragut malin,
Kerana hakikat terseksa batin.

Ayuh, bangkitlah wahai mujahidku,
Pergilah berdagang sampai laku,
Biar penuh iman di saku,
Jangan mengalah terduduk kaku.

Nafikan semua antara kita,
Yang berlaku hanyalah pusaka,
Sebuah harta untuk menusia leka,
Dari syaitan orang ketiga.

Cukuplah di sini kita berbicara,
Soal hati yang berduka lara,
Antara kita bukan sesiapa,
Melainkan cuma pertemuan biasa,
Dan dijadikan syaitan sebagai mangsa.”
Puisi Cinta Buat Akhi by Kak Tuan Nadhirah (Irbid, Jordan)


Penuhi hati dengan cinta dari Allah.
cintai jalan dakwah sebelum mencintai hambaNya.
~SR~



Wanita solehah bukanlah dia yang tanpa cela,Bukanlah dia yang tanpa dosa,Bukan pula dia yang tak pernah alpa.Namun dia selalu berusaha menjalankan perintah Rabbnya,Sentiasa menjauhi larangan Khaliqnya,Mencintai dan menjalankan sunnah Rasulnya.Wanita solehah ialah dia yang selalu berusaha untuk menjadi yang lebih baik.. 

#islahnafsi


23 comments:

Nadiah Azli said...

Yang.. Akak nak share jugak eh. Akak nadhirah ni punya blog apa eh?

UmmuAisya said...

wah..saya suka ni..sedikit sebanyak macam apa yang saya rasa.

Qauthar said...

Assalamualaikum Kak Nadiah,
Sihat kak? :)

Err ni sy share dari seorang kawan sy yang share benda ni dari Kak Nadhirah tu.(pendeknya saya tak kenal akak nadhirah. T__T assif jiddan~ )

Qauthar said...

Assalamualaikum Ummu Aisya :)

Kan? Allah beri rasa yang sama untuk sentuhan Tarbiyyah yang berbeza.

Masha'Allah! :')
semoga kita sama sama kuat di jalan ini.

aiEz said...

assalamualikumaie mohon share puisinya...dalam akan maknanya...:)

aiEz said...

walaupun lelaki,tp utk share kwn2 perempuan...:)

Qauthar said...

Waalaikumussalam dik,

sila sila. Semoga memberi manfaat pada yang lain.

may Allah bless.

fatinmarini said...

Islah nafsi. Itu jihad yag terutama. Itu juga yang paling tinggi tahap kepayahannya. Hati sedang diuji. Mohom doanya, ukhti.

Btw, i miss you too. :')


P/s: shall i have your email or facebook? Ingin berkenalan dengan lebih dekat dengan figura yg selama ini cuma dikenang dan dikagumi dari jauh. ;)

zahidah said...

SubhanAllah. :')
Kak pika, nak share jugak ya? <3

syafa mohamed said...

pika.....:'(

ismaryzalismail said...

ukhti~ nk mintk share jgk..menyusuk ke kalbu

Qauthar said...

Ukhti fatinmarini, :)

aiwah,betul tu.islah nafsi yang paling dituntut dalam tarbiyyah.orang yang dapat menahan nafsu dan mengawalnya.itu dikira jihad,insyaAllah. :)

boleh2,
search FB : Syafiqah Rahmat
email : narcissa_pka@yahoo.com.my

:) ukhuwwahfillah..<3 sentiasa doakan kamu di sana.

Qauthar said...

Zahidah,

:)

SubhanaAllah..sila sila dik ^^ semoga brmnfaat untuk kita sama2 menjaga hati ya? :)

Qauthar said...

Syafa :')

semoga kamu terus kuat di sana~ rindu#

Qauthar said...

Ismaryzal,

sila sila.semoga ada manfaat,

may Allah bless.

naDhi_islamiC said...

salam dik, syukran sbb like puisi ni, share2 buat kawan2 , semoga bermanfaat. kunjungi blog ana

http://nadhiislamic.blogspot.com/

Qauthar said...

Assalamualaikum warahmatullah ya ukhti Nadhirah :)

Jazakillah kheir,atas perkongsian puisi Cinta Buat Akhi,sy jumpa masa sbb kwn sy post di FB ttg puisi ukhti.MashaAllah,sgt menyentuh hati. ;') assif jiddan sy copy dan paste di blog sy,sy minta izin dgn kawan sy,tapi lupa mahu minta izin dgn tuan punya puisi ini.Allahu..Assif ya?

Salam ukhuwwah dari bumi China,
:')
may Allah bless.

Faaein Talip Roy said...

Assalamualaikum ya ukhti.. ^^,

Allah.. puisi ini lagi indah baitnya.. Moga hati tidak tercela dengan cinta mainan dunia ini lagi..


p/s: nak share boleh aje.. tapi puisi tu tak sehebat puisi di atas ni.. ^^,

Saleem Wahab said...

huh...tersentak ana membacanya...sungguh menusuk dijiwa..

Anonymous said...

sye rse nk menangis..hehe..an excellent advice..mklumlah dunia semakin menghampiri penghujungya..

Qauthar said...

Waalaikumussalam wbt ukhti faaein,

Allah..puisi ini pinjaman dari seorang sahabat yang hebat.sy yg tiada apa2 ni tak mampu nk merangka bait2 indah mcm tu,Apapun ,semuanya kerana Allah,semoga ia bermnfaat untuk kita semua :')

Qauthar said...

Saleem Wahab,

jzkk.Semoga Allah redha.

Qauthar said...

Anonymous,

:) ALhamdulillah..semoga Allah pelihara hati hati kita semua di dalam genggamanNya.