Wednesday, 30 November 2011

Daie Sebenar Akan Bekerja Keras di Medan Amal

Bismillahirrahmanirrahim..

Masa ibarat pedang. Jika kamu tidak menguasainya, maka ia akan mencantas kamu.

Faudhol Waqti.

Allah akan menguji kita dengan masa,  masa lapang, masa sibuk.

Mahu mohon maaf terlebih dahulu kerana lama tidak membalas komen sahabat di sini. Afwan jiddan. T.T

Akhir beberapa minggu ini akan menjadi minggu paling tough sepanjang sem, daurah, usrah, aktiviti lain, studies. Allah. mungkin tidak akan sempat untuk menziarahi ke sini beberapa waktu, dan ya, aku rindu perasaan tenang semasa menulis itu.

sangat rindu.

simpan sahaja kata kata berangkai di minda.
luahkan di lembaran lembaran kertas kosong tanpa jiwa.
bicara kan pada awan dan langit di sana.
semoga medan amal ini akan membawa kita ke syurgaNya.

Banyak benda sebenarnya yang berlaku, terlalu banyak, dan ada yang menguji jiwa dan himmah di jalan ini. Berdoa dan terus berdoa, moga Allah kuatkan diri untuk menjalani dakwah sepenuh hati.

Allah maha mendengar kan? :')

Medan amal lebih luas dari medan menulis. InsyaAllah.


Islam itu bukan pada blog, vlog, fb semata-mata.
Tetapi wujud pada amal di alam realiti,
pada rumah yang diduduki,
pada rakan-rakan yang disantuni,
pada keluarga yang dikasihi,
pada seluruh kehidupan yang dihuni.
Da'ie tertipu adalah da'ie yang mengira 'counter hit' dan 'like' yang banyak,
dan merasa cukup dengan merasakan dirinya diperhati.
Hilal Asyraf(Official)



apalah sangat lelah di dunia,
sementara cuma,
sedangkan di akhirat sana,
engkau akan punya syurga seluas mana,
sabarlah sabarlah,
sekejap sahaja lagi,
dan kita akan bertemu di sana.

:')

~syafiqah~

doakan saya.

Wednesday, 23 November 2011

Rasa yang Luka

Bismillah..

Ya rabb,
aku merindui rasa itu,
rasa pertama kali dahulu,
saat Kau hulurkan tangan-Mu,
menarik aku keluar dari lumpur kotor pekat hitam,
ke tanah tinggi lapang cerah suci dan terang.

Ya Allah,
adakah aku lupa,
adakah aku masih di lumpur yang sama,
adakah aku masih tidak berubah?

Ya Malik ya Muhaimin,
tolong ya Allah,
berikan aku rasai sekali lagi,
rasa itu.

Wahai.

hati yang tercemar,

sucikanlah dirimu!


Usah bermimpi mahu ke bulan,
andai kaki masih kuat pasak di hutan.

Jika dai'e nya sahaja lemah, tahajjud tak pernah buat, baca quran sekali sekala, mathurat setakat gitu-gitu sahaja, masih buang masa main games, chatting dengan perempuan, umat ini mahu bergantung pada siapa lagi?
#Akh Khir Johari
Allah Allah,
ummah ku yang terluka.


Sunday, 20 November 2011

Di Jalan Ini Aku Bernikah

Bismillahirrahmanirrahim..

Jari manisnya tersarung sebentuk cincin. Mengelus-elus lembut batu cincin, cantik. Mata-mata lain memuji sambil mengucapkan tahniah kepadanya.

"Wah, dah 'berpunya' rupanya! awat tak habaq? "
"cantiknya cincin, diam diam ubi berisi ea? "
"Ehem, dah khitbah rupanya ukhti ."

Dia tersenyum, tidak mengangguk, tidak menggeleng. Sahabat-sahabat mula berlalu pergi,hanya tinggal dia seorang, di taman itu.Mereka baru selesai liqo'. Alhamdulillah, syukur Allah masih beri kesempatan untuknya bernafas dalam tarbiyyah. Teringat kembali peristiwa setahun lepas, tatkala sentuhan murobbi hinggap pertama kali di hatinya.

Peristiwa setahun yang lepas takkan pernah luput dari ingatannya. Kisah bagaimana perjalanan sebuah tarbiyyah bermula. Allah. Dia sendiri seakan tidak percaya dengan perubahan yang dialaminya sekarang, berjubah, bertudung labuh, hand-socks, stoking. Tiada lagi selendang warna-warni menghiasi kepala, tiada lagi jeans skinny, tiada lagi t-shirt ketat di tubuhnya. Sudah dibuangnya jauh-jauh imej lama itu. Dia malu sebenarnya, malu memikirkan diri yang lama. Tapi digagahkan diri untuk berubah, tabahkan hati bersedia menadah telinga menerima ejekan dan perlian yang bakal diterima. Sudah dia bekali dengan senyuman di hati, sudah dia tekadkan azam, dia berubah bukan kerana manusia, tetapi kerana Tuhannya.

Begitulah perjalanannya bermula, pahit manis, lelah duri, semuanya telah tertulis dengan rapi .Alhamdulillah, masih lagi bertahan berdiri. Akhawat merupakan kekuatan utama selepas dia memasuki relung dakwah dan tarbiyyah ini. Ibarat menanam benih, dia mula menyemai fikrah islamiyyah, memperteguhkan lagi iman dan aqidahnya, semoga nanti membuahkan amal dan akhlak yang manis, semuanya demi redha Allah.

Hari ini dia di sini, bersama usrati tersayang, yang sama-sama meredah hujan dan badai di dalam dakwah dan tarbiyyah. Mereka menangis bersama, tertawa bersama, Allah, dunia seperti taman syurga bila ada mereka. Mereka berkumpul berbincang mengenai masalah ummat, bersama memikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk dakwah muntij, bersatu dalam memperjuangkan tujuan yang satu-- Ustaziyatul Alam.

Dia memandang kembali cincin di jari manisnya, terletak sempurna. Ya, dia sudah bernikah. Bukan dengan mana-mana ar-rijjal, tetapi dia bernikah dengan jalan dakwah. Dia memilih untuk nikahi dakwah, kerana itu dia sudah sediakan diri sepenuhnya untuk diinfakkan di jalan ini, jalan untuk menemui Ilahi. Dia merasai bahagianya di jalan dakwah ini,bahagia yang tidak akan dirasai jika dia tidak mengenal tarbiyyah, kerana itu dia memilihnya.

Bukan tidak pernah dia didatangi suara-suara yang bertanyakan pemilik hati, tetapi dia tekad, hanya senyuman sebagai ganti penolakan. Bukan dia tidak punya hati, tetapi hatinya seakan mati tatkala ummah ibarat buih-buih di gigi air, yang berpecah belah terhempas di batu peradaban sekulerisme. Imannya menangis ketika melihat saudara seakidahnya diseksa dan dianiaya. Sakit, tenat, itulah yang dirasainya. Oleh itu dia merasakan tanggungjawabnya untuk mengembalikan kegemilangan ummat, iaitu dengan menjalani dakwah sepenuh hati. Dia punya Tuhan untuk mengadu, tidak pernah kesepian kerana dia tahu, Tuhan tidak pernah meninggalkannya.

Cincin di jarinya bukan tanda ikatan istimewa, melainkan hanya mengingatkan diri bahawa dia sudah 'menikahi' jalan dakwah ini, maka semestinya dia harus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang dai'e dengan sepenuh hati. Biarlah hatinya diisi dengan cinta Ilahi, biar mantap fikrah dan aqidah di hati, mengejar keredhaan Allah, mahu jadi bidadari kesayanganNya. Mungkin nanti dia tidak peroleh cinta di dunia, tetapi dia yakin, di syurga nanti ada cinta yang lebih bahagia untuknya.

"Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu, sungguh Allah maha mengetahui."
Ali Imran : 92

di jalan ini dia bernikah,
mengharapkan keredhaan dariNya.

~SR~
20112011
The one who ends conversations quickly.
The one who looks away when guys talk to her.
The one who stays away from all physical contact.
She doesn’t talk inappropriately.
She covers properly.
She loves Allah more than anything else.
The one who knows when to let things go. 
The one who knows how to handle arguments.
The one who doesn’t lose her temper too quickly.
Loving. Passionate. Understanding. Careful. Intelligent. 
She is the one.


p/s : cerpen rekaan. refleksi hati.

Friday, 18 November 2011

Maafkan Wahai Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam semakin menginjak ke penghabisan, masa-masa yang seharusnya ku isi dengan ibadah kepada Tuhan,kini dicuri sebentar untuk menulis. Allah.

Kali ini mungkin sekadar mahu berbicara tentang diriku, diri di mana bukan sekadar 'syafiqah rahmat' yang kamu kenal di medium ini. Bagaimana harus aku mulai cerita, tidak tahu, tetapi ada sesuatu yang dari dalam menggerakkan aku untuk menulis tentang ini.Sesuatu yang perlu diperjelaskan mungkin?

Mula perasan kunjungan ke blog ini semakin bertambah, bukan aku mahu berbangga, tidak, cumanya aku sekadar aneh, kunjungan-kunjungan yang aku kira seperti di luar alam sosial yang aku alami. (pelik? abaikan.) Jika mahu disimpulkan, semenjak kewujudan blog ini, Allahurabbi, Dia menemukan aku dengan golongan golongan yang aku kira, sahabat yang di luar jangkaan. satu kata, Alhamdulillah.

Sejak kali pertama mewujudkan blog ini,aku tidak pernah terfikir mahu menjadi penulis sepenuh masa, sehingga punya pembaca seperti mana sekarang.Jika kamu membaca post-post awal yang aku wujudkan dahulu, mungkin boleh melihat diriku yang dahulu, ada juga post yang aku deletekan, atau draftkan sahaja, tapi still, itu aku. Dahulu.

Menulis untuk diikuti. (?) Bukan itu yang aku mahu. tidak, aku bukan malaikat, jauh sekali menjadi manusia sempurna amalnya. Laman ini cuma luahan rasa, menggunakan bahasa yang paling dekat dengan jiwa. Aku terkejut, kaget mungkin, tetapi kemudian tersedar bahawa inilah jalan yang aku pilih, jalan dakwah yang aku berikrar mahu jalani dengan sepenuh hati, bahawa, tulisan itu juga mampu menyentuh hati manusia.

tetapi sekali lagi, mengapa? kenapa ?

Terdiam sebentar. Bila mana ada yang datang kepadaku, atas ucapan terima kasihnya kerana kehadiran blog ini telah membuatkan jiwanya dekat, dekat sangat dengan Tuhan.Alhamdulillah, ya Allah, seharusnya aku patut menghalakan penghargaan ini hanya untuk Allah, kerana Dia juga aku menulis, kerana Dia juga aku di sini. tahap ini. landasan ini. Cumanya, ingin aku jelaskan di sini, wahai sahabat, jika ada yang baik dari blog ini, dari tulisan yang tidak seberapa ini, yang mengetuk jiwamu, yang membawa kamu dekat pada Tuhan, bersyukurlah, bukan kerana tulisan ini yang membawa kamu, tetapi Tuhan kita, Allah, saja yang mampu mengetuk pintu itu. Supaya nanti di hadapan Allah, aku bisa mengatakan, " Ya Rahman, Ya Ghaffur, hari ini hambaMu yang penuh dengan dosa ini datang mengharap, di saat tiada perlindungan selain daripada perlindunganMu, di saat tiada seorang makhluk pun yang akan terlepas daripada timbangan mizan-Mu, aku mohon ya Allah, andai tulisan aku itu dapat membelaku di hadapan Mu."

Wahai sahabat, aku bukan penulis hebat, aku bukan tukang karut yang bisa bercerita tentang kisah-kisah luar cakerawala, aku tidak seperti BroHamzah, Ukhti Insyirah, Akh Hilal Asyraf, Akh Iqbal,  atau mana-mana penulis hebat di luar sana, di mana blog mereka menjadi pilihan pembaca yang mahu mencari ilmu dan redha Allah. Aku belum mampu menjadi sehebat itu, jujur. Maafkan aku andai ada mana-mana tulisan aku yang mungkin akan membawa kamu mengenali diriku yang khilaf, lompong, cacat amalnya. Malah, perjelaskan di sini, aku masih belum menemui jawapan yang konkrit, yang membawa kepada persoalan aku tadi. Atau sahaja mungkin kita berada dalam kapal yang sama, yang memudiki arus dunia, mahu kembali ke pangkuan Tuhan di sana, jadinya kamu mudah sahaja merasai apa yang aku rasakan di saat ini, rasai jiwa aku seorang pendosa yang mahu mengubah dirinya menjadi manusia yang bukan setakat bernafas dalam jiwa hamba, tetapi mahu menunaikan tujuan penciptaannya di muka dunia.

Tentang tujuan itu. Tentang Ilah yang satu.

Aku bukan puitis. Serius,jika kamu kenali diri aku yang dahulu, pasti kamu rasakan jiwa aku jiwanya batu. Susah, dan tidak percaya jika aku menangis. SubhanAllah Allahuakhbar, tetapi di saat kali pertama sentuhan tarbiyyah hinggap di hati, aku menjadi orang yang amat mudah menangis,  menangis kerana dosa lama, menangis kerana terlalu lama sudah aku leka di dunia, menangis kerana baru tersedar betapa beratnya tanggungjawab yang aku harus galasi. Allahu Allah...

Dan di jalan ini juga, Allah hadirkan sahabat-sahabat yang tidak putus memberikan semangat, dan membuatkan aku lebih mengerti hidup bukan sekadar hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Esa. Dan sepanjang jalan itu, ada juga teman yang keluar masuk dari hidup kita, bersyukurlah, kerana setiap kehadiran yang Allah beri itu, pasti ada sebabnya, pasti ada tujuan yang Allah mahu dia sampaikan pada kita. Jangan menangisi perpisahan di dunia.Alhamdulillah.

Aku manusia yang punya masa silam. Andai sesiapa yang baru mengenali diriku, ini yang harus aku katakan terlebih dahulu. Aku masih punya karat jahiliyyah yang membelenggu, aku masih punya hati yang kadang-kala terganggu, masih lagi berusaha untuk mencintai Yang Satu. Cinta aku pada Allah masih belum cukup, masih terlalu jauh untuk mencapai syurgaNya, mungkin graviti aku terlalu kuat paksinya pada 'dunia'. Astaghfirullahala'zhim.

Sedih,rasa bersalah. Bila orang melihat kita di sisi yang baik, sedangkan hanya diri sahaja yang tahu betapa tidak sempurnanya amal aku di depan Allah. Tidak mahu berbangga diri dengan apa yang dicapai setakat ini, kerana aku tahu,perkara yang mereka di luar tidak tahu, hari ini aku diuji dengan penghormatan, adalah kerana Allah telah menutup keaiban aku di mata mereka. Seandainya hijab aib itu terbuka, maka pastilah kamu semua tidak akan memandang aku dengan pandangan seperti hari ini.

Iman itu seperti kapal terbang, lebih jauh jarak kita dengan bumi, maka lebih kecil nilai duniawi di mata kita. Ya, iman kapal terbang. Aku suka analogi sebegitu. Iman, yang merupakan parameter utama dalam pembentukan tarbiyyah dalam diri seseorang. Iman, yang adanya ia, di dalam hati manusia, dapatlah merasai kehadiran Allah dalam kehidupan kita.

Bercerita tentang diri di sini, bukan tujuan mahu membuka aib sendiri, cumanya aku mahu sahabat-sahabat jelas akan diri hamba yang tidak lebih dari seorang berdagang yang mahu kembali memeluk Tuhan. Inilah diriku, Syafiqah, yang orangnya tidak sehebat nama, orangnya tiada punya apa-apa, yang masih malu dengan jahiliyyah lamanya.

Aku masih belajar, belajar untuk menerima dan melepaskan, untuk istiqomah di atas jalan. Jalan yang pasti akan menemukan kita dengan Tuhan. Cukuplah dengan dosa lampau, cukuplah aku membazirkan separuh usia remaja, mengejar dunia yang hina.

Satu ucapan yang aku ingin katakan, 'terima kasih sekali lagi' buat sahabat-sahabat, adik-adik yang datang berkunjung di sini, yang sudi berkongsi luahan dan cerita, yang sanggup berkongsi rasa dan cinta, walau kita tidak pernah bertemu muka. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Terakhir sebagai penutup kata, maafkan jika diri hamba tidak sempurna, maafkan kerana tulisan ini tidak mampu menggambarkan empunya,maafkan andai jika bertemu di alam nyata, kamu kecewa kerana aku tidak seperti disangka. maafkan, maafkan. teruskan membaca andai ia mampu mendekat di jiwa, tetapi seharusnya terus diingat, Allah jugalah yang mengetuk pintu hati kita. Bukalah mata, bukalah jiwa, hidayah itu ibarat cahaya, ia tidak menyapa kamar yang tidak dibuka jendelanya.

aku mahu menjadi seperti hujan itu,
yang tetap memberi nikmat walau di hujung rintik.
yang tetap memberi manfaat walau kemana bumi ia basahi.

~SR~
lebih buat diri sendiri.
muhasabah.
terlalu lama diri terleka.

Tuesday, 15 November 2011

Mereka Bidadari Kecil

Bismillah...


"Kaki kali pertama menjejak tanah Beijing
Fikiran masih penuh persoalan
Tika itu seorang bidadari tampil menghulur salam perkenalan
Mengambil berat tanpa banyak soal
Walau tidak pernah kenal
Bantuan dihulur tanpa paksa
Senyum diukir tanda menerima
Saat itu gundah di hati hilang semerta
Yang tinggal hanya kesyukuran meraja
Dia...kak Syafiqah Rahmat
Hadirnya dia bawa perubahan
Perubahan yang bukan secebis
tapi hampir keseluruhan hidupku
Kata-katanya memberi semangat
Belaiannya memberi ketenangan
Dirinya tidak kisah kesusahan
Dirinya tidak kisah kesejukan
Dirinya tidak kisah kesibukan
Yang dirinya kisah adalah adik-adiknya
Paginya dia ingat kami...petangnya jua dia ingat kami
Tidak sesaat dia melupakan kami...
Semoga Allah memberkati usaha dakwahmu
Kelembutanmu membahagiakan kami
Kebahagiaan kami adalah kebahagiaanmu
Moga akak terus aman
Moga akak terus cekal
Ingat saya ya.. ^ ^ "
--Adik zahirah,BLCU

Masya Allah subhanaAllah. 
mulut terkunci, lidah terkelu, hati terasa sebak.
layakkah aku menerima kasih sayang sesuci ini ya Allah? 
ya Rahman, jika dikumpulkan rahmatmu, ini cuma sepersepuluh,
tetapi sudah membuatkan aku benar-benar 'diisi' dengan penuh,
Allahu rabbana, 
Engkau menghantar mereka, bidadari kecil buat dakapan jiwa,
mereka bidadari kecil yang baru mengenal dunia,
mereka bidadari kecil yang mahu disirami dengan baja iman dan taqwa,

Menjalani jalan dakwah ini tidak akan putus menuliskan pelbagai kisah cinta,
kisah cinta kerana Allah.
hati yang saling mencintai bukan kerana nama, bukan kerana kepentingan dunia,
ya Rabbul Izzati, peliharalah kami semua dengan rahmat kasihMu, satukanlah hati-hati kami,
kumpulkan kami di salah satu Jannah-Mu. 
ameen ya rabbal 'alamin..

sungguh,tiada lagi ku mahukan cinta dunia,
jika cinta ini sudah bisa membuatkan aku mabuk dengan syurgaNya.
~SR~
15112011

*terharu*

Monday, 14 November 2011

Teguran

Bismillah..

Subuh,
dalam sujud terakhir diri berdoa,
ya Allah, bantulah hambaMu ini mencintaiMu,
bantulah hamba ini mendekatkan diri kepadaMu,

lalu dalam Quran, Dia menghantarkan ayatNya,
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah (berjuang) di jalanNya, agar kamu beruntung."
 Al Maidah: 35

Istighfar berulang kali,
"Ampuni hambaMu ini ya Allah"

Teguran dari Allah.
Bersyukurlah, Dia masih mahu menegur, Dia masih mengabulkan doa, Dia masih tidak lupa untuk mengingatkan kita yang Dia sentiasa MENDENGAR.


"One of the great mysteries of the Qur’an is that no matter how often you read it, you always find something new in it."

malu pada Allah.
:'(

Sunday, 13 November 2011

Hamdan Lillah

Bismillah..

Alhamdulillah wa syukurillah,
segala pujian hanya milikNya,
dan segala nikmat tentu dariNya juga,

terima kasih,syukran jiddan, pada sahabat-sahabat yang mendoakan,post sebelumnya saya ada nyatakan 'hari penentuan', untuk satu pertandingan debat antara foreign students di universiti seluruh Beijing, kami berjaya ke peringkat separuh akhir. Hamdan lillah. Usaha selama seminggu,dengan latihan sampai lewat malam, hanya bulan yang menemani bila saya balik seorang-seorang, berjalan di tengah gelap, :') syukur, Allah masih memberikan 'peneman' di kala saya keseorangan di malam hari. Bila lihat langit gelap, saya nampak cahaya di atas sana, tersenyum seorang. indah MashaAllah.

Selepas itu,bergerak ke Beijing Language and Culture University untuk menziarahi adik-adik di sana,atas  undangan ke majlis rumah terbuka mereka. Gambar-gambar Refer : Adik Zahirah, Adik Raihana :)
terima kasih sangat-sangat sebab jemput akak, tak terucap dengan hanya kata-kata, hanya doa yang mampu dititipkan buat semua.

syukur, Alhamdulillah ya Allah,atas pertemuan ini, terima kasih adik-adik, :')

semua bertungkus lumus menyiapkan makanan :)
adik dayat :) 


ukhuwwah kita sampai ke syurgaNya :')
-adik kamilah, adik aisyah, adik hani-
adik zahirah :) 


akak balik dari pertandingan tu terus datang jamuan,maaflah baju pun tak sempat ditukar,dengan blazer hitam lagi -.-" aish. segan betul.


Friday, 11 November 2011

Semalam Kamu Ada

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam ini,
kamu tiada. aku hilang dalam gelap.
malam ini,
kamu tiada, aku mencari dalam senyap.
malam ini,
kamu tiada, kemana harus aku meratap.
malam ini,
kamu tiada, terbiar aku seorang tanpa dakap.

bulan,
semalam aku indah, kerana kamu ada,
semalam aku tertawa, melihat kamu di atas sana,
semalam aku pejam mata, mahu nikmati cahaya lembut nyata.


malam semalam,
kamu cantik sekali.

mashaAllah.
~SR~
esok hari penentu.
mohon doa.

Tuesday, 8 November 2011

Pilihan itu

Bismillahirrahmanirrahim

Petang tadi saya terima satu panggilan dari seorang senior,

“请问莎妃卡在吗?”
“哦,我是。”
“我是某某某,现在方便接电话吗?”
“可以。没问题,我没事。”
“我们学校这个星期六会参加一个校级辩论赛,现在不够人,你可以来吗?今天晚上七点在314教室有培训,我们只有五天的是时间练习,每天都得培训。”

dan terus muka saya bengang. -.-" nada suara masih dikawal. Mindset dah asyik suruh 'sabar,sabar' . "hari sabtu dah nak bertanding, baru hari ni nak beritahu, dan hari-hari kena ada latihan mula dari pukul 7 malam.Jumaat ada liqo dengan adik-adik,so macam mana ni? Mana kepentingan, mana prioriti?"

Terus mesej dengan kakak.
dan jawapannya, Alhamdulillah, jazakillah khair akak, semoga pilihan ini adalah yang terbaik.
syukran.

Lepas solat isyak, terus gerak ke kelas.

dan Alhamdulillah, sungguhlah, pilihan yang kita rasa berat untuk dibuat awal-awal tu, itulah yang Allah inginkan untuk kita sebenarnya. Berlapang dada, dan cuba mencari apa yang Allah ingin sampaikan melalui pilihan kita itu. Dan banyak sebenarnya yang dapat dipelajari sepanjang sesi latihan dengan mereka tadi, lebih-lebih lagi dapat kenal seorang muslimat dari Kazakhstan. Hebat pidatonya mashaAllah, dan juga sangat hebat dalam berhujah mengenai Islam yang dipegangnya. Saya lebih banyak diam dan perhati, kadang-kadang mencelah dengan hujah, mahu lebih cuba memahami topik yang dibentangkan. Gadis itu walaupun tidak memakai hijab, namun dia 'faham' Islam yang dipegangnya, dan bercerita banyak tentang pengalaman orang-orang muslim di Kazakhstan yang mengalami pelbagai tentangan dan ekstrimisme.
Masih tetap senyum. Mendengar.

Hanya dalam sesi 3jam itu tadi, walau kami bercerita tentang isu global, tapi masih terasa yang Allah selitkan tarbiyyahNya. Allahu rabbana. Alhamdulillah. Hati yang tadi agak tidak ikhlas(rasa macam terpaksa datang) segera bertukar, tenang dan ringan, sungguh. Rasa 'penuh' . Walau pada mulanya saya memandang perkara ini sebagai 'masalah' yang bertubi-tubi datang, tapi Allah masih mahu menunjukkan tarbiyyahNya yang datang dalam pelbagai bentuk. terpulang pada kita bagaimana untuk mengatasinya sahaja.

Macam itulah kehidupan sehari-harian kita, ada kalanya terpaksa memilih dalam 2 pilihan yang berbeza. Kadang-kadang pula waktu itu kita diuji dengan benda-benda yang mengganggu hati dan himmah, still, Allah datangkan pula dengan ujian yang lain pada masa yang sama. Bagaimana ?

"Allah akan menguji kita di titik yang paling lemah."

Tarbiyyah akan menjadikan kita matang. Sekarang ada masalah yang mengganggu jiwa. Sedang cuba alihkan perhatian pada kerja-kerja dakwah dan komitmen pada adik-adik, berserah dan tawakal pada-Nya, mungkin sebab itulah dihantarkan ujian untuk hamba ini, supaya hati tiada masa mahu menangis, hati tiada masa mahu emosi, kerana seluruh perhatian harus ditumpukan pada kerja-kerja yang lebih besar. "Ummat perlukan kita," itu sahaja kekuatan yang saya ada. Tipulah kalau kata saya tidak sedih. Air mata jatuh juga, tapi dalam keadaan memaksa diri untuk terus tersenyum menjalani dakwah ini, biarlah kemahuan hati ditolaktepi, biar biar. Semuanya harus diinfaqkan, kerana hati itu sendiri adalah milik Al Khaliq.

Saya hamba yang tiada punya apa. Saya bukan siapa-siapa.

Hanya mampu berdoa dan terus berdoa.
moga ujian ini mampu kuatkan jiwa,

Fikirkan masalah-masalah yang besar, baru kita kan rasa perkara kecil itu sungguh tiada nilai di sisi Allah.

Akhawat itu simpati bukan emosi,
Akhawat itu lembut bukan lemah.
semoga.
~SR~

dakwah ini memerlukan orang-orang yang matang.

Monday, 7 November 2011

Take Back Your Heart

Bismillahirrahmanirrahim (Source : Suhaibbweb.com)
No one likes to fall. And few people would ever choose to drown. But in struggling through the ocean of this life, sometimes it’s so hard not to let the world in. Sometimes the ocean does enter us. The dunya does seep into our hearts.
And like the water that breaks the boat, when dunya enters, it shatters our heart.  It shatters the boat. Recently, I was reminded of what a broken boat looks like, of what happens when you let everything in. I was reminded because I saw someone, just like me, fall in love too much with this life and seek to be filled by the creation. So the ocean of dunya shattered her boat, as it had shattered mine, and she fell out into the water.  But she stayed down too long, and didn’t know how to come back up or what to hold on to.
So she drowned.
If you allow dunya to own your heart, like the ocean that owns the boat, it will take over. You will sink down to the depths of the sea. You will touch the ocean floor. And you will feel as though you were at your lowest point. Entrapped by your sins and the love of this life, you will feel broken. Surrounded by darkness. That’s the amazing thing about the floor of the ocean. No light reaches it.
But, this dark place is not the end. Remember that the darkness of night precedes the dawn. And as long as your heart still beats, this is not the death of it. You don’t have to die here. Sometimes, the ocean floor is only a stop on the journey. And it is when you are at this lowest point, that you are faced with a choice. You can stay there at the bottom, until you drown. Or you can gather pearls and rise back up—stronger from the swim, and richer from the jewels.
If you seek Him, God can raise you up, and replace the darkness of the ocean, with the light of His sun. He can transform what was once your greatest weakness into your greatest strength, and a means of growth, purification and redemption. Know that transformation sometimes begins with a fall. So never curse the fall. The ground is where humility lives. Take it. Learn it. Breathe it in. And then come back stronger, humbler and more aware of your need for Him. Come back having seen your own nothingness and His greatness. Know that if you have seen that Reality, you have seen much. For the one who is truly deceived is the one who sees his own self—but not Him.  Deprived is the one who has never witnessed his own desperate need for God.  Reliant on his own means, he forgets that the means, his own soul, and everything else in existence are His creation.
Seek God to bring you back up, for when He does, He will rebuild your ship. The heart that you thought was forever damaged will be mended. What was shattered will be whole again. Know that only He can do this. Seek Him.
And when He saves you, beg forgiveness for the fall, feel remorse over it—but not despair.  As Ibn ul Qayyim (ra) has said: “Satan rejoiced when Adam (peace be upon him) came out of Paradise, but he did not know that when a diver sinks into the sea, he collects pearls and then rises again.”
There is a powerful and amazing thing about tawbah (repentance) and turning back to Allah (swt). We are told that it is apolish for the heart. What’s amazing about a polish is that it doesn’t just clean. It makes the object that is polished even shinier than it was before it got dirty. If you come back to God, seek His forgiveness, and refocus your life and heart on Him, you have the potential to be even richer than if you’d never fallen at all. Sometimes falling and coming back up gives you wisdom and humility that you may never otherwise have had. Ibn ul Qayyim (ra) writes:
“One of the Salaf (Pious Predecessors) said: “Indeed a servant commits a sin by which he enters Paradise; and another does a good deed by which he enters the Fire.” It was asked: How is that? So he replied: “The one who committed the sin, constantly thinks about it; which causes him to fear it, regret it, weep over it and feel ashamed in front of his Lord—the Most High—due to it. He stands before Allah, broken-hearted and with his head lowered in humility. So this sin is more beneficial to him than doing many acts of obedience, since it caused him to have humility and humbleness—which leads to the servant’s happiness and success—to the extent that this sin becomes the cause for him entering Paradise. As for the doer of good, then he does not consider this good a favor from his Lord upon him. Rather, he becomes arrogant and amazed with himself, saying: I have achieved such and such, and such and such. So this further increases him in self-adulation, pride and arrogance—such that this becomes the cause for his destruction.”
Allah (swt) reminds us in the Qur’an to never lose hope. He says: “Say, ‘O My servants who have transgressed against their souls [by sinning], despair not of the mercy of Allah. Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful,’” (39:53).
And so, this is a call to all those who have become enslaved by the tyranny of the self, imprisoned in the dungeon of thenafs (self) and desires.  It is a call to all those who have entered the ocean of dunya, who have sunk into its depths, and become trapped by its crushing waves. Rise up. Rise up to the air, to the Real world above the prison of the ocean. Rise up to your freedom. Rise up and come back to life. Leave the death of your soul behind you. Your heart can still live and be stronger and purer than it ever was. Does not the polish of tawbah remake the heart even more beautiful than it was? Remove the veil you have sewn with your sins. Remove the veil between you and Life, between you and Freedom, between you and Light—between you and God.  Remove the veil and rise up. Come back to yourself. Come back to where you began. Come back Home. Know that when all the other doors have shut in your face, there is One that is always open. Always. Seek it. Seek Him and He will guide you through the waves of the cruel ocean, into the mercy of the sun.
This world cannot break you—unless you give it permission. And it cannot own you unless you hand it the keys – unless you give it your heart.  And so, if you have handed those keys to dunya for a while—take them back. This isn’t the End. You don’t have to die here. Reclaim your heart and place it with its rightful owner:
God.
"Seek God to bring you back up, for when He does, He will rebuild your ship. The heart that you thought was forever damaged will be mended. What was shattered will be whole again. Know that only He can do this. Seek Him."

~SR 07112011~
the heart once filled with hamasah.
seeking.and letting go.
i missed it.

may Allah bless.



Korban

Bismillahi..

Eid Mubarak. yang ketiga di perantauan.
Memaknai sebuah travelog perjalanan si pencari Tuhan.

Kali ini mahu merasai sendiri,seorangan,
lebih terasa makna sebuah pengorbanan.
semoga sejadah akan dibasahi,
mencuci debu di hati.

buat ibu , ayah, nenek, adik-adik, dan semua sahabat jauh dekat.

Harapan supaya menjadi
sehebat Ibrahim,
setabah Ismail,
secekal Siti Hajar,

Korban jahiliyyah,
itulah makna terbesar Qurban buat diri tahun ini.

anak-anak palestin, adalah jiwa-jiwa syahid.
aku juga mahu.

~SR~
salam aidiladha.

p/s : Semakin matang. sebab tukar rupa blog (eh? ) May Allah bless :)

p/ss : Komen boleh tekan simbol  "§ " di atas, bawah tajuk.

Saturday, 5 November 2011

Mereka Golongan Istimewa

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah..
atas nikmat Islam, atas nikmat Iman, atas nikmat bernafas.

Pernah tak kita rasa mengantuk sangat, mata dah tertutup, tapi masih tak boleh tidur. Otak masih lagi ligat memikirkan. Berligar-ligar. Allah Allah.. Dakwah ini tiada masa kerehatan. Ekstrimnye (?) tidak tidak, jangan salah faham, bukankah kerehatan kita adalah ketika mendekatkan diri denganNya? senyum senyum.

Itulah kerehatan sebenar bagi seorang dai'e yang mencintai perjuangan ini, menginfaqkan diri dan kehidupannya hanya untuk dakwah. Seperti kata-katanya Sheikh Jamaluddin Al-Afghani,

“Astijnu riadah, wannafyu siahah wal mautu syahadah (penjara itu riadah dan buang daerah itu makan angin dan mati itu syahid fi sabilillah)"

Ya ayyuhal Rijjal, bangunlah, bersedialah, kerana perjalanan ini masih panjang..
Ya ayyuhal Rijjal, bangkitlah dari kerehatan yang panjang,sudah cukup kita bazirkan masa berbelas tahun hidup tanpa sumbangan apa-apa di dunia ini,
Ya ayyuhal Rijjal, penuhilah bekalanmu untuk dunia dan akhirat, rancanglah kehidupan akhirat kamu sebagaimana kamu merancang kehidupan di dunia ini, kerana seorang jundi itu tidak akan menang jika hanya membawa 'bekalan'  kosong,
jangan biarkan kepalsuan dunia mengaburi pandangan dan cita mu terhadap Islam,
dunia hanya gambar gambar, dan tidak lebih dari sebuah gambaran kosong.

Tarbiyyah, menjadikan kita, akhawat yang idealisme nya penuh dengan antusias untuk menyampaikan dakwah islamiyyah,Alhamdulillah syukur atas hidayah Allah. Pernah sekali ketika suatu program daurah, Aki Gathering, saya menyampaikan tazkirah tentang 'siapa itu akhawat'. apa yang membezakan akhwat dengan wanita biasa? apa yang menjadikan mereka istimewa?

Saya pinjam dari kata-kata seorang ukhti, " Akhawat are not perfect, but almost." ekstrim lagi (?) sabar sabar. Saya katakan ini sebagai pandangan dari orang luar,means diri ini masih belum layak untuk dipanggil golongan seperti dikhabarkan ini. tapi percayalah, mereka-mereka yang 'not perfect but almost' ini wujud, sekurang-kurangnya di mata saya, itulah mereka.

Pertama, bila kita sedih, mereka akan datang dan cuba menemani dan menghiburkan hati kita dengan ayat-ayat cinta dari Allah, pujuk kita dengan hikmah-hikmah ilham dariNya, subhanaAllah, sekejap terus kita boleh tersenyum gembira hanya mendengar pujukan mereka.

Kedua, bila mutabaah amal kita tak terjaga, ada yang kurang ada yang tertinggal, mereka-mereka akan ingatkan kita, bila tengok mutabaah amal mereka, kita akan rasa jeles dan teringin nak tingkatkan lagi amalan kita (jeles dari segi ingin berlumba-lumba buat kebaikan ye,sila note di situ)

Ketiga, bila bersama dengan akhawat ini, kita akan rasa biah solehah yang cukup best, pagi-pagi mereka akan kejut kita qiam, qiam jamaie. Lepas solat subuh, kita duduk dalam circle baca mathurat sama-sama, dengar tazkirah dari mereka, ingatkan kita tentang kebesaran tuhan, bangunkan jiwa dan ruh kita untuk terus berhimmah dalam jalan dakwah ini, Allahu rabbana, memang sangat nikmat bila berada dalam lingkaran solehah macam tu.

Keempat, akhawat ini kehidupan mereka, sepanjang hari, rutinnya mesti akan sentiasa berkisar tentang dakwah.Sedang makan pun bincang pasal adik-adik, sedang dalam kenderaan pergi kelas, balik kelas,pun tengah fikirkan masalah dan cara mendekati hati adik-adik, sebelum tidur, bangun tidur, memang akan fikirkan untuk masalah ummat, cara mentarbiyyah masyarakat, bagaimana untuk membawa kembali jiwa-jiwa mereka untuk mengenali Tuhan. Allah Allah.. mereka sangat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan amanah yang dipegang.

Kelima, mereka ini suka tersenyum .:) betul, kalau kita rasa sedih, tengah tension pasal studies, tengok je muka mereka, insyaAllah, setidaknya akan rasa kurang sikit beban di hati itu bila tengok senyuman mereka. SubhanaAllah, mereka sangat dermawan hatinya, bukanlah bermaksud mereka banyak  mendermakan duit, tetapi mereka dermawan dari segi memberi bantuan tenaga, fizikal, dan masa. Saya petik sedikit kata-kata dari buku Bekal Dakwah Akhawat, "Kita tidak menemukan sifat lebih agung yang dapat menutup aib, selain kedermawanan.Maka, lengkapi kedermawanan dengan kesungguhan anda,nescaya kedua sifat ini dapat menutupi aib anda lalu mendekatkan anda kepada hati manusia."

Hal ini sangat ketara bila kita kesempitan duit, kadang-kadang pelajar luarnegara ini bukanlah banyak sangat simpanan duitnya, jika mahu berjaulah ke negara-negara lain, kadang-kadang sesak juga, sampaikan perlu berikat perut dan catuan makanan (terasa sendiri) , ketika inilah mereka (akhawat) berlumba-lumba mahu menghulurkan bantuan, semua orang sudi nak beri bantuan walaupun sumbangan yang sedikit, sebab apa? sebab semua orang nak kejar pahala, kerana itulah pelaburan kita yang terbaik di jalan Allah kan?
alhamdulillah alhamdulillah..

Keenam, ini adalah ciri paling istimewa, dan mungkin yang paling jelas kelihatan, pergilah kemana mana pelusuk dunia pun yang punya akhawat (aktivis wanita Islam) , perangai mereka semua sama sahaja, rela korbankan apa sahaja, first time jumpa pun dah macam kenal bertahun-tahun, bercerita tentang Tuhan, bercerita tentang perjalanan tarbiyyahnya, sanggup bermalam di tempat-tempat jauh, drive kereta berjam-jam untuk bawa adik-adik pergi daurah, macam-macam lagi, tapi semua mereka buat dengan senyuman yang tak pernah hilang di wajah, sebab mereka buat bukan sebab manusia, tapi hanya untuk Allah, untuk jalan dakwah.MashaAllah..

Mereka-mereka golongan 'not perfect but almost' ni, bila kita berjauhan dengan mereka, mesti akan rasa rindu, tak sabar nak jumpa lagi dalam daurah, walaupun ada juga yang tak pernah berjumpa jasad, hanya pernah mendengar kisah-kisahnya pun sudah cukup buatkan kita rindu nak berjumpa, Allah allah..hebatkan kisah cinta di jalan dakwah ni? benarlah ,mereka adalah salah satu hadiah paling hebat dari Allah untuk dekatkan kita denganNya.

****
kenapa saya boleh bercerita sampai panjang ni semua? padahal tadi ingatkan nak tulis pendek je,Allah. perkongsian sedikit mungkin. mengantuk sebenarnya, tapi itulah, dari tadi asyik fikirkan rasa-rasa banyak kerja belum habis lagi, buku-buku fikrah mostly, masih menunggu-nunggu untuk di'bedah'. Allahu. asyik tertangguh saja. 

Women of Islam can never be like women of the world,
the world has enough women who are tough, we need women who are tender.
there are enough women who are coarse, we need women who are kind.
there are enough women who are rude, we need women who are refined.
we have enough women of fame and fortune, we need more women of FAITH.
we have enough greed, we need more goodness,
we have enough vanity, we need more virtue.
we have enough popularity, we need more PURITY.
-MDN

mereka dari golongan istimewa.
-sr 05112011-
imtihan sudah habis, 
dakwah dan tarbiyyah masih diteruskan, 
"masa yang kita ada lebih sedikit berbanding kerja yang kita ada."

"Maka apabila engkau telah selesai dari sesuatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain, dan hanya kepada Tuhanmu-lah engkau berharap."
Asy Syarh: 7-8


Wednesday, 2 November 2011

Dakwah Kasih Sayang

Bismillahirrahmanirrahim..

Syurga yang luar biasa itu 
hanya untuk orang yang luar biasa pengorbanannya.

tanyakan pada diri,
sudah cukupkah pengorbanan yang kita lakukan selama ini,
untuk melayakkan kita ke syurga-Nya?

Jadilah seperti Musa'ab bin Umair,
yang keluar dari zon selesa dan dipulaukan oleh ibunya,
untuk mengetuk setiap pintu rumah di Madinah,
tanpa hiraukan risiko dicela dan dihina,
semata-mata untuk menyampaikan risalah cinta Tuhannya,

wahai dai'e, ketuklah setiap pintu hati mad'u-mad'u yang kamu bawa,
dengan sabar, dan ikhlas, senyumlah walau ketika itu hati kamu sedang diuji dengan sehebat-hebatnya,
yakin, jika bukan kerana nikmat Tuhanmu, tidak mungkin kamu akan berada di sini, memeluk cahaya iman,
wahai dai'e, tetapkan hati, tsabatkan langkah, 
kerana dakwah yang kita bawa ini, 
adalah dakwah kasih sayang.

#gambar diambil ketika singgah ke Kelantan cuti summer lepas. Masjid Muhammadi.

~SR~
02112011

Kemenangan yang paling agung adalah ketika kaki kita melangkah masuk ke dalam syurga-Nya.



Tuesday, 1 November 2011

Jiwa Hamba tidak Sempurna

Bismillahirrahmanirrahim..

Kisah aku bukan sempurna,
tulisan ini cuma luahan rasa,
sambil berkongsi ilmu yang ada,
ada juga contengan futur yang menggila,
apa yang baik,semua dari-Nya,
ambillah, sebarkanlah, manfaatkanlah,
Islam itu untuk semua.

tetapi ku mohon,
jika ada yang buruk,tegurlah diriku,
agar tidak terus terleka, atas kesenangan dan pujian yang melalaikan,
akhawat itu juga manusia,
akhawat itu masih lagi hamba yang berbuat dosa,
cuma cuma, mereka itu adalah orang yang berusaha,
untuk kembali bersujud menyembah Tuhannya.

tegurlah jika aku tersasar dari hala,
kerana diri ini masih lagi berusaha,
untuk bernafas dalam jiwa hamba.

Kalau ada benda yang tak elok yang kalian nampak pada saya,please... the bad is memyself. Islam sangat indah dan terlalu sempurna, tapi yang buruk serta teruk itu ialah saya. Jangan kesalahan saya atau kesilapan saya dikaitkan dengan nilai dan keindahan islam itu.
-akhi iqbalsyarie( Bayyinat )

Islam itu indah sempurna,
hanya aku yang pincang amalnya.
Allah Allah..

masih berjiwa hamba,
-sr-
01112011

Cinta Sampai Syurga

Bismillahirrahmanirrahim..

Berkongsi satu rasa, indah bukan? Siapa kata kita tidak boleh bercinta sesama akhawat? siapa kata cinta itu hanya untuk lelaki dan perempuan? salah salah salah. Cinta itu untuk semua,didasari atas cintanya kerana Allah. Cantik.Indah. tiada cela.

Mereka kata cinta itu menyakitkan, cinta itu akan diakhiri perpisahan, itu kerana mereka tidak tahu asyiknya percintaan kerana Allah, manisnya ukhuwwah lillahitaala..
mereka nafikan adanya cinta sejati dan kekal abadi, 'never say never' katanya, kerana mereka tidak tahu kita boleh bercinta sampai syurga.
mereka kata lagi cinta itu tidak akan kekal lama, akan bertukar menjadi perasaan biasa-biasa sahaja jika sudah terlalu lama, itu kerana mereka tidak tahu Allah berikan nikmat cinta setiap fasa itu berbeda-beda, dan masih lagi dalam bentuk cinta.

Alhamdulillah. Senyum lebar lebar.

Pernah juga rasa cemburu apabila terbaca kisah-kisah cinta pasangan yang bertaut di ruang blog, ruang maya, kerana tertarik dengan penulisan-penulisan di blog,lalu membawa ke jinjang pelamin. Tetapi tetap bersyukur, Allah datangkan pada saya dengan kisah kisah cinta yang lebih indah, iaitu apabila Dia hadirkan adik-adik yang comel dan sahabat-sahabat yang sangaat baik, mashaAllah. :') kami berkenalan di ruang ini, saling berkongsi cerita, saling berkongsi rasa cinta Dia, dan pelbagai kisah cinta lagi. Alhamdulillah lagi dan lagi. sangat untung kan? ^^  Wallahi, andai bisa diberikan seluruh jiwa raga,pasti saya leburkan untuk mereka.

Pinjam kata kata ukhti umairahshafei,
"Dulu-dulu cinta itu menerima,
 Lepas-lepas, cinta itu memberi,
 Kini-kini, cinta itu berkongsi."

ya,kita berkongsi cinta suci dari Langit :) Mashaallah..kuatkan ikatan ini keranaMu ya Allah!

Ya Rabb, izinkan kami sama-sama menjalani dakwah ini, kumpulkan kami di salah satu JannahMu.
dalam doa yang diangkat ke langit, ku harap Kau satukan kami dalam redhaMu ya Rabb,


Ya Allah,

tatkala bahang Mahsyar-Mu

menjilat tubuh

izinkan kami sama-sama berteduh

tatkala mizan-Mu teliti mengira
beratkan neracanya atas setiap jasa
naungi kami di sana
berkat kasih kerana-Mu semata
andai kulayak ke syurga
kupinta DIA bersama.

Ya Allah,
andai tabah jadi milikku
tabahkanlah juga hatinya
andai ikhlas bertakhta di hatiku
ikhlaskanlah juga dirinya
lindungi kami
sayangi kami dengan cinta-Mu yang agung
kekalkan kami dalam jalan reda-Mu.

-SR-
011111
buat adik adik tersayang dan akhawat jauh dan dekat.



special for :  Zahidah Azman, Najaa Diyana Ali,Fadhilah Husna, Ukhti Fatin Marini, Ukhti Izzati Hashim,Ukhti Nusrah,Ukhti Huurun Aini, ukhti Aliya+Illani+fatin ,Ukhti Syira,Ukhti Alyaa ali, Ukhti Deeba,Ukhti Faaein, Ukhti HizbDeen, Ukhti Hikmatul-Islam, Ukhti Nurilia, adik Khalida, Ukhti Syafa, Akak Puding karamel , akak Syafiqah, Kak Yong, Kak Wafa, Kak Rahmah, Kak Linda, Ukhti Yana,Akak Gja, akak Fathia, ukhti Alya mohsin, ukhti Khairun, ukhti aisyah, ukhti hazimah, dan lain lain lain lagi :)  walau saya tak mention di sini, kamu semua tetap di hati saya ye? ^^
semua adik adik di Beiyu,Beiwai, akhawat, usrati di China, Jepun, Korea, NewZealand,Russia,United Kingdom,Jordan dan negara-negara lain juga. ;") mashaAllah.. luasnya network Iman kita ! ^^

moga semuanya dalam lindungan Allah sentiasa :') 
moga juga ikatan ini membawa kita ke syurgaNya. 
Allahumma ameen.