Wednesday, 30 November 2011

Daie Sebenar Akan Bekerja Keras di Medan Amal

Bismillahirrahmanirrahim..

Masa ibarat pedang. Jika kamu tidak menguasainya, maka ia akan mencantas kamu.

Faudhol Waqti.

Allah akan menguji kita dengan masa,  masa lapang, masa sibuk.

Mahu mohon maaf terlebih dahulu kerana lama tidak membalas komen sahabat di sini. Afwan jiddan. T.T

Akhir beberapa minggu ini akan menjadi minggu paling tough sepanjang sem, daurah, usrah, aktiviti lain, studies. Allah. mungkin tidak akan sempat untuk menziarahi ke sini beberapa waktu, dan ya, aku rindu perasaan tenang semasa menulis itu.

sangat rindu.

simpan sahaja kata kata berangkai di minda.
luahkan di lembaran lembaran kertas kosong tanpa jiwa.
bicara kan pada awan dan langit di sana.
semoga medan amal ini akan membawa kita ke syurgaNya.

Banyak benda sebenarnya yang berlaku, terlalu banyak, dan ada yang menguji jiwa dan himmah di jalan ini. Berdoa dan terus berdoa, moga Allah kuatkan diri untuk menjalani dakwah sepenuh hati.

Allah maha mendengar kan? :')

Medan amal lebih luas dari medan menulis. InsyaAllah.


Islam itu bukan pada blog, vlog, fb semata-mata.
Tetapi wujud pada amal di alam realiti,
pada rumah yang diduduki,
pada rakan-rakan yang disantuni,
pada keluarga yang dikasihi,
pada seluruh kehidupan yang dihuni.
Da'ie tertipu adalah da'ie yang mengira 'counter hit' dan 'like' yang banyak,
dan merasa cukup dengan merasakan dirinya diperhati.
Hilal Asyraf(Official)



apalah sangat lelah di dunia,
sementara cuma,
sedangkan di akhirat sana,
engkau akan punya syurga seluas mana,
sabarlah sabarlah,
sekejap sahaja lagi,
dan kita akan bertemu di sana.

:')

~syafiqah~

doakan saya.

3 comments:

Izzati Hashim said...

Salam alaik.

Ujian masa, bila Allah tarik sekejap nikmat lapang tu dah terasa kalut semacam, Allahu Allah ('=

Moga Allah kuatkan langkah kita di jalan ini, kerana sesungguhnya medan amal ini terlalu luas, dan terlalu banyak yang perlu kita lakukan.

p/s : dah x letak SR ke? hehehe. Terus tulis nama nampak gayanya =D

Uhibbuki fillah abadan abada, insyaAllah, ila jannah (=

qaseh ashuffi_zahirah said...

:')

nusrah said...

Salam my dear syafiqah,
moga Allah menguatkan setiap langkah kita dalam denai ini. Ya, jalan dakwah ini bukan dibentang dengan kapet merah. Apalah sangat lelah di dunia kan?? :)

Rehat di sini, tapi kekal bertitik peluh di sana. Rehat di ruang maya ini, tapi kekal mencari cinta Allah di alam fana.

Mampu berdoa dari jauh sahaja, moga yang di sana semuanya baik-baik saja.

Sayang kerana Allah selalu. ^^