Tuesday, 15 November 2011

Mereka Bidadari Kecil

Bismillah...


"Kaki kali pertama menjejak tanah Beijing
Fikiran masih penuh persoalan
Tika itu seorang bidadari tampil menghulur salam perkenalan
Mengambil berat tanpa banyak soal
Walau tidak pernah kenal
Bantuan dihulur tanpa paksa
Senyum diukir tanda menerima
Saat itu gundah di hati hilang semerta
Yang tinggal hanya kesyukuran meraja
Dia...kak Syafiqah Rahmat
Hadirnya dia bawa perubahan
Perubahan yang bukan secebis
tapi hampir keseluruhan hidupku
Kata-katanya memberi semangat
Belaiannya memberi ketenangan
Dirinya tidak kisah kesusahan
Dirinya tidak kisah kesejukan
Dirinya tidak kisah kesibukan
Yang dirinya kisah adalah adik-adiknya
Paginya dia ingat kami...petangnya jua dia ingat kami
Tidak sesaat dia melupakan kami...
Semoga Allah memberkati usaha dakwahmu
Kelembutanmu membahagiakan kami
Kebahagiaan kami adalah kebahagiaanmu
Moga akak terus aman
Moga akak terus cekal
Ingat saya ya.. ^ ^ "
--Adik zahirah,BLCU

Masya Allah subhanaAllah. 
mulut terkunci, lidah terkelu, hati terasa sebak.
layakkah aku menerima kasih sayang sesuci ini ya Allah? 
ya Rahman, jika dikumpulkan rahmatmu, ini cuma sepersepuluh,
tetapi sudah membuatkan aku benar-benar 'diisi' dengan penuh,
Allahu rabbana, 
Engkau menghantar mereka, bidadari kecil buat dakapan jiwa,
mereka bidadari kecil yang baru mengenal dunia,
mereka bidadari kecil yang mahu disirami dengan baja iman dan taqwa,

Menjalani jalan dakwah ini tidak akan putus menuliskan pelbagai kisah cinta,
kisah cinta kerana Allah.
hati yang saling mencintai bukan kerana nama, bukan kerana kepentingan dunia,
ya Rabbul Izzati, peliharalah kami semua dengan rahmat kasihMu, satukanlah hati-hati kami,
kumpulkan kami di salah satu Jannah-Mu. 
ameen ya rabbal 'alamin..

sungguh,tiada lagi ku mahukan cinta dunia,
jika cinta ini sudah bisa membuatkan aku mabuk dengan syurgaNya.
~SR~
15112011

*terharu*

7 comments:

nur fatihin said...

ini sgt menyentuh hati (':

Nia Ridzwan said...

Sangat terharu :')
Alhamdulillah atas ukhuwah yang dibina. Semoga Allah memberkati kalian.

.rai.di.sini. said...

the same feeling :')
hanya Allah dapat balas jasa akk.
uhibbuki fillah :)

qaseh ashuffi_ira said...

assalamualaikum..
kak syafiqah...=) malunya akak letak puisi sy kat blog...huhu...why?? *shame...

cahayalembut said...

Terharunya...
Mata mula berkaca.

Moga terus thabat ya semua! ~loves from malaysia

psst : kalau adik2 bidadari kecil, kakak bidadari apa? ehehe

nusrah said...

subhanaAllah..
ya, ini baru 1/10.
Allahu rabbi.

Qautsar said...

Ukhti Fin,

:') Allah..

Ukhti Nia,
Ameen Ameen ya ukhti, semoga juga Allah pertemukan kita semua dalam redhaNya.:")


Adik rai,
uhibbukifillah aidhon syg :') semoga semoga. Allahu..

Adik zahirah,
waalaikumussalam syg :) haha, akak terharu la,sebab tu akak letak kat sini,buat simpan supaya akak boleh baca dan terus muhasabah sebagai kekuatan jiwa :)

Ukhti cahaya lembut,
:') loves from akak di china! ^^ terima kasih syg :) hee.akak bukan bidadari pun :) tidak mampu lagi.

Ukhti nusrah,
kan kan ?
allah.tidak tergambar bagaimana kalau 10/10 kelak. Allahurabb.. :')