Tuesday, 8 November 2011

Pilihan itu

Bismillahirrahmanirrahim

Petang tadi saya terima satu panggilan dari seorang senior,

“请问莎妃卡在吗?”
“哦,我是。”
“我是某某某,现在方便接电话吗?”
“可以。没问题,我没事。”
“我们学校这个星期六会参加一个校级辩论赛,现在不够人,你可以来吗?今天晚上七点在314教室有培训,我们只有五天的是时间练习,每天都得培训。”

dan terus muka saya bengang. -.-" nada suara masih dikawal. Mindset dah asyik suruh 'sabar,sabar' . "hari sabtu dah nak bertanding, baru hari ni nak beritahu, dan hari-hari kena ada latihan mula dari pukul 7 malam.Jumaat ada liqo dengan adik-adik,so macam mana ni? Mana kepentingan, mana prioriti?"

Terus mesej dengan kakak.
dan jawapannya, Alhamdulillah, jazakillah khair akak, semoga pilihan ini adalah yang terbaik.
syukran.

Lepas solat isyak, terus gerak ke kelas.

dan Alhamdulillah, sungguhlah, pilihan yang kita rasa berat untuk dibuat awal-awal tu, itulah yang Allah inginkan untuk kita sebenarnya. Berlapang dada, dan cuba mencari apa yang Allah ingin sampaikan melalui pilihan kita itu. Dan banyak sebenarnya yang dapat dipelajari sepanjang sesi latihan dengan mereka tadi, lebih-lebih lagi dapat kenal seorang muslimat dari Kazakhstan. Hebat pidatonya mashaAllah, dan juga sangat hebat dalam berhujah mengenai Islam yang dipegangnya. Saya lebih banyak diam dan perhati, kadang-kadang mencelah dengan hujah, mahu lebih cuba memahami topik yang dibentangkan. Gadis itu walaupun tidak memakai hijab, namun dia 'faham' Islam yang dipegangnya, dan bercerita banyak tentang pengalaman orang-orang muslim di Kazakhstan yang mengalami pelbagai tentangan dan ekstrimisme.
Masih tetap senyum. Mendengar.

Hanya dalam sesi 3jam itu tadi, walau kami bercerita tentang isu global, tapi masih terasa yang Allah selitkan tarbiyyahNya. Allahu rabbana. Alhamdulillah. Hati yang tadi agak tidak ikhlas(rasa macam terpaksa datang) segera bertukar, tenang dan ringan, sungguh. Rasa 'penuh' . Walau pada mulanya saya memandang perkara ini sebagai 'masalah' yang bertubi-tubi datang, tapi Allah masih mahu menunjukkan tarbiyyahNya yang datang dalam pelbagai bentuk. terpulang pada kita bagaimana untuk mengatasinya sahaja.

Macam itulah kehidupan sehari-harian kita, ada kalanya terpaksa memilih dalam 2 pilihan yang berbeza. Kadang-kadang pula waktu itu kita diuji dengan benda-benda yang mengganggu hati dan himmah, still, Allah datangkan pula dengan ujian yang lain pada masa yang sama. Bagaimana ?

"Allah akan menguji kita di titik yang paling lemah."

Tarbiyyah akan menjadikan kita matang. Sekarang ada masalah yang mengganggu jiwa. Sedang cuba alihkan perhatian pada kerja-kerja dakwah dan komitmen pada adik-adik, berserah dan tawakal pada-Nya, mungkin sebab itulah dihantarkan ujian untuk hamba ini, supaya hati tiada masa mahu menangis, hati tiada masa mahu emosi, kerana seluruh perhatian harus ditumpukan pada kerja-kerja yang lebih besar. "Ummat perlukan kita," itu sahaja kekuatan yang saya ada. Tipulah kalau kata saya tidak sedih. Air mata jatuh juga, tapi dalam keadaan memaksa diri untuk terus tersenyum menjalani dakwah ini, biarlah kemahuan hati ditolaktepi, biar biar. Semuanya harus diinfaqkan, kerana hati itu sendiri adalah milik Al Khaliq.

Saya hamba yang tiada punya apa. Saya bukan siapa-siapa.

Hanya mampu berdoa dan terus berdoa.
moga ujian ini mampu kuatkan jiwa,

Fikirkan masalah-masalah yang besar, baru kita kan rasa perkara kecil itu sungguh tiada nilai di sisi Allah.

Akhawat itu simpati bukan emosi,
Akhawat itu lembut bukan lemah.
semoga.
~SR~

dakwah ini memerlukan orang-orang yang matang.

7 comments:

Izzati Hashim said...

Ujian datang sebab Allah tahu kita mampu untuk laluinya, pasti. Dia beri yang terbaik kan? ('=

Allah bagi pilihan sebab nak ajar kita erti melepaskan dan erti menerima. Tak semua mampu untuk kita ambil, tak semua mampu untuk kita gapai. Apa yang terdaya buat kita, itulah yang ada.

Moga terus kuat ukhti, insyaAllah, insyaAllah.
('=

qaseh ashuffi_ira said...

be a strong person is not good enough than be an honest person..ikhlaskan hati itu lebih baik daripada memaksa hati..

Faaein Talip Roy said...

Allah datang ujian kepada hamba-Nya bukan sesuatu sia-sia. pasti ada hikmah di sebalik-Nya.

always be strong Qautsar.. semoga sentiasa istiqmah di jalan dakwah-Nya.

rasa cemburu dengan kamu Qautsar..

* eh.. blog ni dah lain.. lagi simple dan menarik.. lagu KCB pun best.. rasa nak terai guna music player ni lah.. boleh kan.. ^^,

Qautsar said...

salam alaik ya ukhti izzati,

"Allah beri pilihan untuk kita belajar melepaskan dan menerima,"
Allahu. ;') sangat bermakna ukhti, sangat. jzakillah kheir.

itu yg sy sedang cuba sekarang,
cuba untuk 'melepaskan."

insyaAllah :') sama2 kita kuat ya?

Qautsar said...

Zahirah,

Allahu..terima kasih syg :')

mohon doakan akak ye?

Qautsar said...

Ukhti faaein,salam alaik :)

hmm,itulah, bukan senang mahu ikhlas menerima ketentuanNya, hati manusia, berbolak balik, selalu mahu yg senang2 sahaja, itulah Allah hadirkan ujian, spya kita beringat, hidup tidak selalu indah, langit tidak selalu cerah, asalkan yakin Allah itu ada, pasti kita tidak akan kcewa :')

Allahu rabbana, cmburu ? huhu.sy tiada apa apa langsung ukhti, hanya ada sekeping hati. :)
klu mcmtu, sy juga mahu cemburu pada awak juga la ^^ hihi.

boleh2,silakan ukhti ^^ hee.simple kan? nampak matang tak? ;p

zuhaili said...

Sesungguhnya awan yg mendung menurunkan air hujan yg jernih juga..

di sebalik setiap ujian psti ada hikmah..^^