Praise to Allah..
masih tetap diberi peluang untuk hidup hari ini.
walau entah berapa kali aku berpaling dan memungkiri.
Ampuni aku, redhai aku..ya Rabb..
Allah..Mencintai Mu suatu kenikmatan..
Allah..Mendampingi Mu suatu ketenangan..
aku tidak sekuat menjadi pemburu cinta setulus Rabiah..
menolak tawaran menikah..
hanya kerana dambakan kasihMu ya Allah..
"Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan.Adapun aku tidak mempunyai apa-apa pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku, dan di bawah perintah-Nya, aku tidak mempunyai apa-apa pun."
SubhanaAllah..
kuatkan hati ku, semoga cinta ini semata-mata mengharapkan keredhaan Mu..
"Ya Tuhanku, tenggelamkan aku dalam kecintaan kepada-Mu. Supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada Mu."
"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu,
maka bakarlah aku di dalamnya..
Jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu,
maka haramkanlah aku daripadanya..
akan tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku pada Mu,
maka berikan lah aku balasan yang besar, melihat wajahMu yang Maha Mulia itu. "
Allah. kuatnya wanita itu.
Gambar tiada kena mengena. saja nak cantikkan post.cantik lah sangat. =.= |
p/s: sakit+kena study. huk huk. :(
5 comments:
salam pika :)
moga cepat sembuh yaa :*
waalaikumussalam iera~ lame nyaa tak dengar cerita! ^^ hukhuk..ameen. terima kasih doakan :) <3
ameen..huhu~
ana : hee~ ameen :)
like ^-^
Post a Comment