Tuesday, 25 January 2011

Berjuang lah dengan nama Tuhanmu..

Bismillahirrahmanirrahim..  
Seuntai kurma kala berbuka,
Zinnirah,muslimat sejati,
Biar terseksa tak berhenti berjuang,
Tuhan hanyalah Allah,
kau jadikan sumber inspirasi perjuangan,
Amanah perjuangan,
Tanpa mengenal erti letih dan putus asa,
Tanpa rungutan,
Tanpa sungutan,
kau tunaikan tanpa tangguh,
Ikhlas.
Biar tanpa ganjaran,
tanpa pujian,tanpa habuan.
kau sematkan di hati.
Nekad.
Biar mehnah kunjung tak henti,
Ujian datang silih berganti,
Pancaroba selalu mendatangi,
kau tak pernah gentar,
Umurmu,fikirmu,hartamu,dirimu..
kau korbankan hanya untuk Islam.
Tinggi kembaramu ke langit,
Akhlakmu sejernih wudhu'
kau pejuang,
Tak bisa kenal erti penat dan jemu,
kau hadapi mehnah,
Dengan kesabaran,
kau terus melangkah,
Tidak kau undur walau setapak,
kerana tegasnya iman di hati.

***
hadiah dan doa buat semua daie dan daie'yah :)
kadangkala kaki tersadung, futur dengan mehnah dunia,
tapi harapan ku dengan sebuah ukhwah terbina
semoga perjuangan ini diteruskan sehingga akhir Islam mengambang semula.
insyaAllah.
ameen.. :)

3 comments:

kid said...

semoga ^^

nak jumpa dengan naqibah and murabbi pika!
nak peluk dorang n congatulate 'em.
sehebat ni dorang boleh bina insan sehebat ni?

semoga kita dapat lalui sume cabaran2 and dugaan2 yang Allah bentangkan dalam perjalanan hidup mencapai matlamat penciptaan :)

ana_liyana said...

ntah knape ana rase sebak baca entri kat atas.. best..huhu~ syukran akak..meresap ke jiwa..

Infiru said...

ukhti iera :
haha..boleh2,dtg la sini,or gi jaulah kat jepun nnti bleh jmpe diorg :)

insan hebat? astaghfirullah..takde manenye ..ni sy jmpe puisi ni kt google. :)

insyaAllah.. semoga2 :)

ukhti liyana : afwan syg :) sama2 kita usaha ya? :) <3