In the name of Allah,Most Gracious,Most Merciful..
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah dakwah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada  satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu  hendak keluar  seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari  itu menjadi  amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata“Ayah! Saya dah bersedia”Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”.                           
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Kalau begitu, benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya.
“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak  kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada  sesiapa pun  yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah  dan  memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. 
Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. 
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu, namun gagal.
Akhirnya  dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu  dan mula  mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja  anak itu  di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk  pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu  yang  memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar   risalah ini diserahkan.
Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Dan akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih.
“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik,  maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang  ALLAH amat  sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang  ini hanya  hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang  yang  paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah  pergi.“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu.” kata makcik itu dalam nada yang penuh lembut.
 Minggu berikutnya sebelum khutbah solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan sedikit tazkirah.                 
Sebelum selesai tazkirahnya dia bertanya “Ada sesiapa nak bertanya atau menyatakan sesuatu.”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu.
perempuan separuh umur itu.
“Saya  rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.  Saya tak  pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan  anda,  sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya   meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam   dunia ini”. Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
“Pada  Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh  diri. Jadi  saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas  tangga  menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang  atas  dan hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila  tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya  berbunyi.  Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang  menekan itu  akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi.  Kemudian saya  mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya  bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan  loceng ini  setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher  dan terus  pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.
“Makcik,  maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang  ALLAH amat  sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah  kata-kata yang  paling indah yang saya dengar”.
“Saya  melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian  menutup pintu  dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya  kerusi dan tali  yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan  semula ditempat asal  mereka…..Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH Maha Esa.
Di  belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di  sini  hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada  hari  itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam  neraka”
Semua para jemaah mengalirkan air mata. Mereka mengucap syukur pada Allah. Ramai juga yang bertakbir, ALLAHUAKBAR!
Imam lantas meluru menuju ke arah anaknya dan terus memeluk anaknya yang berada di bahagian saf hadapan dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Imam lantas meluru menuju ke arah anaknya dan terus memeluk anaknya yang berada di bahagian saf hadapan dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

2 comments:
subhanallah...Allahlah yang berhak memberi hidayah...dan hidayahNya datang dengan bermacam2 cara...
subhanAllah ..:)betul2..
Post a Comment