Friday, 18 March 2011

Ai d'Beijing - tanda cinta kami.

In the name of Allah..most merciful..

Alhamdulillah..satu kata tak terucap untuk mengungkapkan betapa besar nikmat yg Allah berikan..Nikmat Islam dan nikmat menjadi seorang Muslim..bukan pada nama sahaja,tetapi juga sibghah ke dalam hati dan jasad.maka itu ,janganlah berat untuk selalu merendahkan hati sujud kepada Allah,walaupun sedar kita tak mampu nak balas walau sekelumit jasa Allah pada kita..

Hari ini,bakal bermula 'perjalanan' baru dalam kisah pengembaraan di bumi China..bumi di mana Saad bin Abi Waqqas,antara sahabat terdekat Rasulullah saw, sanggup berjihad keluar dari tanah anbiya untuk menyebarkan risalah dakwah islamiyah yang di bawa oleh rasul Allah ke sini..sehingga 'ruh'nya dijemput Ilahi, hanya tinggal makam sebagai tanda Islam telah sampai ke bumi China ini..SubhanaAllah..sungguh besar pengorbanan seorang hamba yang betul-betul faham akan tanggungjawab terhadap Khaliqnya kerana telah bersaksi terhadap kalimah 'LAILAHAILLALLAH'.. kalimah yang timbangannya lebih berat dari dunia dan seisinya..MasyaAllah..

Kerana kalimah itulah Allah mensyariatkan jihad,hukuman mati,peperangan,perjanjian damai, al-wala' wal bara..dan di atas jalan inilah batalion-batalion jihad dikirimkan. Kerana kalimah ini pula,berbagai perkara yang mahal menjadi murah harganya. Hairan bukan? Itulah ganjaran Allah bagi sesiapa di antara hambaNya yang mencintai negeri akhirat dan mengharapkan pertemuan dengan kekasih paling agung--Allah swt.

Dengan secebis harapan mahu menjadi penyambung 'dakwah' warisan itu,para da'ie di sini bersatu hati merencanakan sebuah program umum--- Ai d'Beijing Gathering (Cinta di Beijing) yang akan diadakan di Water Great Wall. :) khas untuk para muslimah.. insyaAllah pada 18-20 Mac ini..



Ini sebagai langkah pertama kami, mungkin tidak sehebat program akhawat atau ikhwah negara lain, tetapi harapnya program ini mampu menyentuh hati-hati yang 'ketandusan' cinta Allah.hati yang mahu keluar dari lumpur hitam yang pekat, ke daerah yang diterangi cahaya terang seluas mata memandang.InsyaAllah..kami hanya mampu bertawakal dan berusaha, tidak henti berdoa dan melengkapkan mutabaah amal, semoga dengan 'ruhiyyah' yang ada ini,mampu membawa peserta program menghayati dan tersentuh dengan apa yang disampaikan dalam pengisian nanti.Jika pun mereka tidak dapat tersentuh dengan ilmu itu nanti,pasti ada kesalahan dari dalam diri para dai'e.jahiliyah yang menyelimuti hati sehingga terlindung daripada hidayah Allah. Nauzubillahiminzalik.. :(

dan dengan nama Mu yang paling mulia ya Allah..berkatilah usaha kami, redhailah ilmu-ilmu yang kami terima..kurniakanlah cahaya hidayahMu,kerana sesungguhnya petunjuk itu adalah milikMu dan kami hanya lah hamba yang tidak berupaya..bantulah kami ya Allah..untuk mencintaiMu..mencapai Mardhatillah..kerana hanya Engkau lah sebenar-benar pemilik cinta di hati ini..


Dengan Kitab itulah Allah memberi petunjuk kepada orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan(dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu dari gelap gelita kepada cahaya dengan izinNya, dan menunjukkan ke jalan yang lurus.
( Al-Maidah :16 ) 


siapakah yang sudi dikeluarkan dari gelap gelita kepada cahaya yang melembutkan jiwa itu?
:) 

doakan kami.terus tsabat di jalan ini..
may Allah bless.

***
Barangsiapa mengenal dunia,
tahulah ia barang terpedaya,
Barangsiapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia melarat.
-Puisi Gurindam 12-


p/s : Allah uji dengan masa.berjuang hingga last minute.*baru nak packing barang.(- - ,) hehe.
banyak post tergendala,assif ya. nanti insyaAllah akan cari masa untuk 'ganti' semula. :)




8 comments:

Zaza said...

akak! sorry lame giler x t'bukak blog akak..

[dashboard sye buat masaalah -.-']

:P

akak l=ingt lg saye ye
ahaaa kelakanye...

syafiqah.rahmat said...

huhu..kelakar? ade plak.^^ mstilah ingat zaza :) mna bleh lupa..akak ada je bce blog awak :)

hee.takpe2. tak kisah pn.akak mmg jrg update.(~_~)

Akmal Khalidah said...

akak :)
lame x update...nak tanya..
ape maksud sibghah ke dalam hati?^^

syafiqah.rahmat said...

ye dik :)
hee.akak bz sikit lately ni.hari ni kne siap2 pergi prgram da.

'sibghah' tu maksudnya celupan..
akak bg cnth, kita rendam baju putih ke dalam air nila kan..mesti baju tu akan jadi kbiruan kan?

mcm tu la islam..kita celup hati kita ke dalam islam..makna nya islam akan mewarnai setiap perlakuan kita seharian..islam akn menghiasi hati kita, akal kita,cara kita berfikir, tangan,kaki,badan--> berbuat amal ibadah sebagaimana dalam Islam,amar makruf nahi mungkar..

inshaAllah mcm tu.maaf kalau ada tersilap dari pnjelasan akak..

akmal mgkin boleh tnya pada ustazah2 yg lebih pakar :)

perkataan ni ada dalam surah Al Baqarah (2:138). cuba tengok tafsir nnti ye :)

Wallahualam..

Akmal Khalidah said...

ohh...nak share maksud sibghah ni eh :)

ayat Al Baqarah (2:138):'Sibghah Allah.Dan siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah?Dan hanya kepadaNyalah kami menyembah'
syukran kak :) moga Allah merahmati kita semua :D

syafiqah.rahmat said...

Alhamdulillah.. :) mudah2an kita semua sntiasa brsyukur dan mohon utk dpat hidayah dari Allah swt. :)

af'wan akmal :) amin ya rabbal a'lamin.:)

Siti Nur Hanna said...

^,^ like3~`

syafiqah.rahmat said...

thanks nana~ ^^ pka da nk gerak da ni. :) jaga diri yek :)

study2 :) hee~ awak budak pandai+rajin kan :D

may Allah bless..
Assalamualaikum.