Sunday, 20 March 2011

Semakin susah, semakin indah.

Bismillah..

angin debu pasir.-.-" dari kiri*laili,shahirah, saya.  :)

Alhamdulillah.. selesai sudah program pertama.Allah permudahkan segala nya walau cuaca sejuk sampai ke tulang. Terima kasih banyk2 pada para peserta yang sudi beri kerjasama sepenuhnya dengan crew program.Allah-lah yang mempersatukan hati dan mengumpulkan kita bersama-sama mencari cinta dan redha-Nya dalam majlis ilmu ini. Mudah-mudahan tanah yang menyaksikan hati -hati ini berkumpul,dan tempat kita bersujud  itu akan menjadi saksi kita di hadapan Allah nanti. insyaAllah. ;') kalau ada rezeki,program akan datang kami akan cuba buat lebih baik dari kali ni. :) 
sayang kamu semua! ^^


"dan Dia(Allah)-lah yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh,Dia Mahaperkasa,Maha Bijaksana."
(Al Anfal 8:63)


doa Nabi Daud untuk mencintai Allah,
 "Ya Allah,sesungguhnya aku memohon kepadaMu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cinta-Mu. Ya Allah,jadikan cinta-Mu lebih ku cintai daripada diriku,keluargaku serta air dingin."

lagu tema : Aku Ingin Mencintaimu by Edcoustic

**Jika mahu menuntut ilmu,jadikanlah hatimu seperti gelas yang kosong, kerana gelas yang kosong dapat diisi dengan kuantiti air  baru(ilmu) yang lebih banyak berbanding gelas yang sudah terisi separuh.- terima kasih kak ayshah! ^^

la taqulu wida'n..walakin taqulu ma'ssalamah :)
jangan katakan selamat tinggal, tetapi ucaplah semoga berjumpa lagi ..
insyaAllah..



No comments: