Sunday, 27 March 2011

Jangan jadikan fitrah sebagai fitnah.

mari perbaharui hati kita. :)
Bismillah.. 

Hati,kuatlah!

Allah,bantu aku untuk lebih mencintai-Mu dari dunia dan seisinya.
kerana hati yang mengharapkan pertemuan dengan Khaliqnya tidak akan terpedaya dengan 'keindahan' fragile dunia.

(47:36)
 
Sabar.
sabar dengan setiap ujian yang Allah datangkan.
kerana hati yang terikat kuat dengan Allah akan sentiasa tersenyum walau berat mana dugaan yg dipikul,kerana ia tahu itu adalah tanda cinta dari Tuhannya.
sabar itu mahal harganya,dalam nikmat juga harus ada 'kesabaran'.

Tipulah kalau nak nafikan tiada dugaan cinta duniawi dalam jalan juang ini.
Saya,kamu,dia,mereka. bukan maksum.
Bukan manusia yang dilindungi awan mendung itu,yang Allah pelihara sentiasa.
tapi jangan kita jadikan itu alasan untuk melanggar perintah Allah yang satu itu.

"Jangan hampiri zina!
tetap.tiada tolak-ansur.

apa itu hampiri? dalam hati itu ada jawapannya.sama ada kita menolak untuk memahami atau buat-buat tidak faham.

Isu batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.tidak akan pernah habis diperkatakan selagi mana ada hati yang ingin melangkaui batas yang satu tadi.iaitu 'hampiri'.
Cuma satu solusi, meletakkan Allah sebagai Ilah nombor satu(wajib) dan mencintaiNya lebih dari dunia yang timbangannya lebih ringan dari sebelah sayap nyamuk.
apa ada dengan dunia ini? tiada apa.

Analogi :
"Jika diibaratkan padang pasir yang seluas-luasnya adalah Kursi Allah, dunia hanyalah sebentuk cincin di tengah-tengah padang pasir tersebut.Dan apabila sebentuk cincin itu ditukarkan sebagai Kursi Allah, maka padang pasir yang lebih berkali ganda luasnya adalah Arasy Allah. Dan di mana dunia yang kita hidup sekarang? micro."

Tetapi kenapa Allah masih mencintai kita?kenapa Allah masih tidak berhenti memberi nikmat dan hidayah kepada hambaNya di dunia ini? Manusia-manusia kufur dan selalu melupakanNya.
Kerana sifat Allah yang Ar-Rahman dan Ar-Rahim.Maka nikmat mana yang kamu dustakan?

Ikhtilat.Perempuan dan lelaki harus menjaga.Saya tidak katakan 'jangan berhubungan' langsung. Tetapi ada batasannya.Ada syarat-syaratnya.Kerana di situlah letaknya keindahan Islam itu sendiri.

Pernah sekali ketika saya dalam kelas 听力, satu petikan yang buatkan saya terkesan sampai ke hari ini. Text itu menceritakan tentang batas pergaulan lelaki dan perempuan.
(saya tahu macam pelik belajar bab ni dalam kelas mandarin.tapi semua ilmu datang dari Allah kan.bila-bila kita mungkin dapat mesej dari Allah.=)

"Antara lelaki dan perempuan, tidak pernah wujud persahabatan yang pure  tanpa dicampuri dengan perasaan lain."

Ini fakta.Saya tahu ramai akan menyanggah pendapat ini.tapi siapa kita nak melawan fitrah yang Allah tetapkan?

Dalam persahabatan antara lelaki dan perempuan,diumpamakan seperti api dan ais.Jika ada batas jarak, kedua-dua elemen ini tidak akan merosakkan satu sama lain.TETAPI bagaimana pula jika didekatkan keduanya?

Sama ada api mencairkan ais, atau ais yang memadamkan api.

Nampak kesannya?

Seperti saya katakan tadi,jika ada batas jarak,kedua-dua elemen ini tidak akan terpengaruh,malah sangat bermanfaat untuk manusia.Allah sendiri berfirman dalam Surah At-taubah,ayat 71

"Dan orang-orang yang beriman,lelaki dan perempuan,sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.Mereka menyuruh berbuat yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar,melaksanakan solat,menunaikan zakat,dan taat kepada Allah dan Rasulnya.Mereka akan diberi rahmat oleh Allah.Sungguh Allah Mahaperkasa,Mahabijaksana."

Ikhwah dan akhawat saling melengkapi dalam risalah dakwah islamiyah ini.Kerana kedua-dua golongan du'at ini menyeru kepada manusia untuk mendekatkan diri dengan Allah. Tetapi ikhwah dan akhawat juga adalah manusia biasa.Mereka juga sering teruji dengan perasaan sendiri,untuk istiqomah di jalan juang ini.Kuatkan hati,jauhi perkara-perkara mungkar,kerana itu adalah bisikan syaitan untuk melemahkan kita.Letakkan segalanya pada Allah,even hati kamu sendiri,serahkan pada Allah,dan berlapang dada menerima segala ketentuanNya.Kita jangan melanggar fitrah, tetapi jangan juga menuruti fitrah yang salah.Itu hawa(nafsu) namanya.

Apa pun,jaga batas ikhtilat. Jika kamu sudah bersedia untuk mendirikan baitul muslim,Alhamdulillah.Itu lebih baik  jika Allah mengkehendaki. :) Melalui perkahwinan,banyak fitnah dapat dielakkan,dan kamu berdua dapat melangkah ke anak tangga seterusnya.InsyaAllah.



Matlamat dakwah tarbiyyah

Jika kamu belum bersedia(seperti saya),marilah kita menjaga hati kita.Menjaganya dari serangan 'nafsu' bisikan syaitan.Sentiasa perbaharui iman dengan banyakkan istighfar.Saya juga manusia biasa,tidak lari dari berbuat dosa,tetapi sama-sama kita kembali pada Allah dan memohon keampunanNya.Berusaha untuk meninggalkan laranganNya dan jadikan Allah sebagai CINTA agung di dalam hati kita. Allah tidak lihat pada hasil apa yang kita dapat, tetapi Dia ingin melihat sejauh mana kita berusaha. Kerana hasil itu Allah-lah yang tetapkan, tetapi usaha dan amalan kita untuk mencapai hasil itu-lah yang menentukan pahala ganjaran kita.InsyaAllah.

teringat kata-kata seorang murobbi, 'Setiap anak Adam itu berdosa,tetapi yang paling baik antara mereka adalah yang kembali memohon keampunan daripada Allah.'

Pesan saya, Jaga Ikhtilat.jangan jadikan fitrah itu sebagai fitnah kepada diri sendiri.
Apa pun,kita tak mampu berbuat semuanya jika tiada pertolongan dari Allah.Maka,mohon lah padaNya jika kamu rasakan lemah dan futur,atau tidak mampu untuk melakukannya.Allah jua-lah yang memegang hati-hati hambaNya.Saya doakan kamu semua sentiasa diberkahi Allah dan tsabat dalam proses mentarbiyah hati :) Doakan saya juga ya! ^^

p/s : Ramai tanya bila saya akan naik anak tangga seterusnya. Hanya mampu tersenyum, dan jawab "kerana hidup bukan untuk itu semata." :)

p/ss : Maafkan saya jika tiba-tiba menjauhkan diri dari semua. :(

jzkk kerana sudi membaca.Semoga ada bermanfaat untuk kita semua,insyaAllah.

12 comments:

kruN.ch said...

jgn jauh sangat pergi kalau nk jauhkan diri pun T_T hehe

syafiqah.rahmat said...

aha! krun~ bukan lah :) tak jauh pn.amik masa utk proses trbiyah dztiyah :) sy suka perhatikan gelagat orang sebenarnya :)

Nadzipah said...

oho..no wonder la upload tangga2 tu eh..ada kaitan dengan new n3 rupanya..:P

Teringat Hlovate ada tulis dalam Versus,"Once kita dah settle dari sudut solat dan ibadah,kita juga sepatutnya secara langsung dah settle juga dari sudut hidup ikut syariat.Sepatutnya kalau kita dah settle dari sudut aurat,secara langsung je kita sepatutnya akan settle jugak dari sudut ikhtilat."

Jom2 kita praktikkan domino effect dlm hal ni;Solat,ibadah + syariat + aurat + ibadah = muwasafat muslim

Insya-ALLAH..

syafiqah.rahmat said...

haha.sebenarnya tetiba terfikir nak tulis entry ni.subuh2 plak tu.;p

betul2. sangat setuju.apa pun kalau kita rasa ada kekurangan or ada masalah hati, kene tengok balik dari sudut ibadah dan solat kita. mungkin ada masalah kita dengan Allah sehingga hati kita rasa tak tenteram kerananya.

insyaAllah..aja-aja fighting! ^^ doakan ye kak! :)

deeba said...

jzkk atas prkongsiannya ^_^...
semoga hati kita sntiasa trikat pada dakwah dan tarbiyah...

syafiqah.rahmat said...

waiyyaki ^^
insyaAllah..sama2 kita doakan ye :)

Amin Ya Rabb :)

Latifah said...

perkongsian yang sangat indah.

salam ukhwah dari bumi Malaysia.

=)

syafiqah.rahmat said...

Salam ukhti latifah~ ^^

Alhamdulillah :) harapnya ada ilmu yang Allah kirimkan buat kita :)

salam ukhwah dari bumi beijing! tp sy orang malaysia~ :D hikhik.

Shaker™ said...

terima kasih tas perkongsian ini.. nice!

syafiqah.rahmat said...

sama2 ^^ may Allah bless :)

SyiraSara said...

terima kasih pika mmberi peringatan..tersentuh jiwa syira bca..alhamdulillah..sme kita cuba.

syafiqah.rahmat said...

:) Alhamdulillah..semoga Allah memberikan kita limpah cahaya iman dan hidayah insyaAllah :)