Wednesday 15 June 2011

Muhasabah Sejenak

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini,memberanikan diri,
kembali menaip tinta di contengan buruk ini.
kembali untuk mencari rasa di sebalik perkataan yang lahir dari jiwa.
senyum,
terharu,gembira,teruja,semuanya bercampur dalam satu

Pagi ini,berusrah seawal empat pagi,
nikmat yang dahulu pernah hilang seketika,
datang semula.
Alhamdulillah...
^^
pertama kali boleh senyum seindah suria di waktu dhuha.

Tersenyum sekali lagi,
melihat seorang kakak yang ku kenali ketika di Kem Birotatanegara dua tahun dahulu,
seorang yang cantik,dan mudah tersenyum.
sekarang,melihatnya kembali setelah dua tahun tidak berjumpa,
sangat berbeza.
kami bersama dalam satu jalan rupanya.;)
walaupun berpisah di bumi yang berbeza.

pada yang memberi kata-kata di post KOSONG.
sungguh,wallahi..saya sangat terharu. :')
terharu dengan setiap bait kata-bata,
setiap lontaran rasa,
setiap keikhlasan yang mahu berkongsi beban..

kenapa baik sangat? :')
huk.tak tak.gurau . ^^
saya mahu membalas, tetapi ketika itu tiada kekuatan yang hadir.
entah tidak tahu mengapa,kali ini ujian futur yang paling kuat pernah saya rasa.
mungkin kerana ia datang dari diri yang paling dalam.
jadi sepanjang masa ini,cuma memerhati,muhasabah diri,cuba untuk berlapang dada,
dan mentafsir dengan keadaan sekeliling.
Alhamdulillah..semoga ini juga suatu proses tarbiyyah.

Allah nak uji kan?
:')


Sekarang sedang belajar kelas Muntalaq,yang bermakna 'titik tolak'.Rasanya diri ini seperti kembali kepada titik tolak yang pertama,belajar untuk bertatih semula di jalan tarbiyyah..Dan ayat ini antara yang paling terkesan di hati,

"Para dai'e mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan keimanan,niat,kesungguhan, dan kesedarannya terhadap tanggungjawab. Dengan itu dia berada dalam amal salih dan azam kebaikan.Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain,menghiasi futurnya dan menghiasi cintanya kepada dunia.Menyebabkan dia berada dalam kelalaian,malas,panjang angan-angan,dan berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya.

Berulang alik di antara kedua-dua tarikan ini adalah suatu yang sudah ditentukan Allah, tidak akan berhenti, terus berlaku. Oleh kerana itulah,orang-orang yang beriman telah mewajibkan kepada diri mereka untuk menghadiri majlis-majlis tafakkur dan saling nasihat-menasihati di antara satu sama lain.Memeriksa diri daripada dihinggapi penyakit takabbur atau menolak kebenaran.Memeriksa hati daripada diselubungi penyelewengan.Memeriksa ilmu dan iman daripada tergelincir yang membawa kepada bid'aah atau kecuaian yang membawa kepada meninggalkan mana-mana perintah Allah dan petunjuk."

Muaz bin Jabbal pernah berkata kepada para sahabatnya,"Marilah kita beriman sejenak."
mungkin itulah yang sedang saya jalani sekarang, suatu tempoh seketika yang saya perlu berhenti dan kembali melihat diri, takut-takut ada riak yang membawa kepada ketidakikhlasan di dalam dakwah, atau perasaan takabbur membawa kepada futur.Nauzubillahiminzalik.kerana iman dan futur itu memang sunnahtullah bagi setiap dai'e.Di sinilah akan kita lihat sejauh mana kekuatan tarbiyyah dzatiyyah dari dalam diri yang mampu mengatasi kelemahan futur tersebut.Dan saya akui,saya hampir tewas,kerana tarbiyyah diri masih tidak cukup kuat.
Allah Allah.....


semoga kalian sentiasa berada dalam lindungan cahayaNya yang paling  indah.
sangat-sangat menghargai kalian~tidak terbalas rasanya dari diri saya yang hina ini.
bagi yang drop comment di chatbox sebelah,
juga saya ucapkan ribuan penghargaan. :')
saya akan membalas satu-satu.
insyaAllah.

May Allah bless you all with His blessing.
kalian selalu ada dalam doa saya.
biiznillah.
:')

terima kasih sahabat,tanpa kamu,
tiada kukuh berdiri di sini.
Alhamdulillah.
:')

16 comments:

isma said...

semoga tabah menghadapi segala rencah kehidupan ...
good luck~

Unknown said...

assalammualaikum wbt

"jatuh tak salah, tak bangun yang salah"

Allah sentiasa bersama kamu syafiqah. InsyaAllah dear :)

take care

kruN. said...

laike! da bgn eh? alhamdulillah ^^ jom sama2 naik keretapi dakwah balik *hulur tgn ni..* :P

Syafa Mohamed said...

Alhamdulillah..:)
syafa tersenyum saat baca post nie..

sygnya Allah pd syafiqah,di beri kamu ujian..kerana itu tanda kasih dan sayangNya..beruntunglah orang2 yang mendapat ujian itu^^

semoga selepas ini kita juga bakal menjadi spt khalifah Umar al-Khattab,muram bersedih saat tidak diuji oleh Allah..kerana kata Umar, risau Allah melupakan dia...sweet kn:)

uhibukkifillah awi2..

adnin said...

"Allamul yaum, haqa-iqul ghad.. mimpi hari ini adalah kenyataan hari esok."

http://elmarzouk.blogspot.com/

kita berlari ke syurga jom...

just nk share blog ni sbb byk kata2 semangat yg best. ;-) be strong..

nusrah said...

Assalamualaikum syafiqah..
even saya baru je kenal awak di blog, tapi saya rasa macam dah lama kite jumpe. This is what i feel rite now.
Maybe we are in the same path. Saya pun byk kali terjatuh awak. Dan ya, kita akan rasa indah bila kita dpt bgun balik tnpa bpaling dari redha Allah. Moga terus tenang dlm jalan tarbiyah. sayang selalu. ;) ;)

sahliza said...

assalamualaikum syafiqah..sy pon baru j dpt pasal muntallaq ni..rs sgt excited ..terima kasih di atas post awk..sy nk buat tp xade kekuatan..:)

Infiru said...

ismaryzal,

Alhamdulillah,insyaAllah.terima kasih :) saling mendoakan untuk yang terbaik dariNya.

May Allah bless.

Infiru said...

Ukhti azzizatul,

Waalaikumussalamwarahmatullah :)

"jatuh itu tidak salah,tak bangun yang salah."
betul kan,bila mana Allah beri ujian kita terduduk tersungkur,tanpa kita sedar ada tangan-tangan yang sedia menghulur untuk bantu kita bangkit kembali dari titik jatuh tadi.

subhanaAllah..

terima kasih ya ukhti.semoga kamu sentiasa dipayungi rahmat dari Allah ^^ tidak terbalas rasanya dari diri yang kerdil ni.insyaAllah,andai satu masa kita berjumpa,semoga Allah beri peluang untuk sy ucapkan terima kasih pada ukhti :)

Infiru said...

krun! ^_^

hihi.sweet sngt ler awak ni~ malu sy tau.^^ syukran bagi gambar yg sangat bermakna tu,siap ada quotes lagi :) sy akan simpan buat kenangan ! ^^ insyaAllah :) jom2 sama2 naik keretapi dakwah tu,sama2 kita menuju destinasi yang Satu :) ni bullet train ke? mesti laju kan? :D

Infiru said...

ukhti Syafa :)

Alhamdulillah,sy pn syukur sgt2..ada sahabat mcm syafa,yg tak putus bagi kata2 semangat,malu rasanya syafa tgk diri sy yg lemah ni.huuu.^^ terimakasih sgt selalu bgi semangat supaya sy bgun balik.semoga lepas ni tak mudah jatuh,dan terus bertahan ~ ^^

Allah hai..sweet2 sgt kisah Umar tu ^^
semoga kita dapat menjadi sepertinya,ujian diterima seakan risalah cinta dariNya kan? :)

semoga.

mahu jumpa awak~! T___T

Infiru said...

ukhti adnin, :)

betul tu,mimpi hari ini adalah kenyataan hari esok.cuma kadang2 diri tidak berani untuk bermimpi,takut-takut tiada hari indah esoknya.Nauzubillah..yakin dengan janji Allah kan? ^^ insyaAllah..

bagaimana mungkin angan akan berbuah tanpa sakitnya mujahadah :)

serius,jutaaan terima kasih ukhti~ sangat best blog tu! mari,jom berlari ke syurga~ ^^ sukaa sgt2 penulisan di situ.MashaAllah!

Infiru said...

Nusrah,Waalaikumussalamwarahmatullah awak~ ^^

huuuu~ terharu sy..byk sangat awak bagi sy kata2 semangat,sampai malu sy jadinya kerana diri ini tdak cukup kuat bgun sendiri.ALhamdulillah,Allah beri sy sahabt sebaik ukhti. sangat2 bersyukur ^^ betul tu,Allah beri kita ujian sedikit supye kte sntiasa ingat dan dekat padaNya kan. sy pn rasa mcm kenal lama ngn nusrah~ ^^ Allah,rasa nak jumpa je~ ^^ huuu.moga terus kuat juga ya? sama2 kita usaha utk redhaNya :) sayang awakk!!

Infiru said...

ukhti shazliza. :)

waalaikumussalamwarahmatullah awak~ ^^
kan2.? best sangat muntalaq ni..rasa mcm beri semangat balik,and terkena pada diri sndiri sebenarnya ^^ mahu jadi kuat mcm tu! jom same2! ^^ insyaAllah,awak cukup kuat utk itu :)

sama2 mujahadah~ <3

uhibukkifillah :)

Akmal Khalidah said...

alhamdulillah :)

Infiru said...

:) <3