Friday 3 June 2011

Siapa Sangka Si Pendosa itu Kembali Pada Tuhannya?

Bismillah..

Dulu pernah jauh dari Tuhan,
dulu pernah bergelumang dengan dosa maksiat,
dulu pernah leka dengan kehidupan dunia tanpa takut dengan azab akhirat,
dulu pernah merangkak untuk membaca ayat-ayat cinta Allah..
dulu pernah bangga menayangkan auratnya..

Sampai satu hari,
terduduk termengah tidak mahu berlari lagi.
penat katanya.
sedangkan dia tidak tahu di situlah dia akan bermula.
"wamakaru wamakarallah wallahu khairulmaakirin"

Allahu waliyyul ladziina aamanu yukhrijuhum minazzulumaati ilannur (2:257)
-Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman,Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya(iman).

Dia tidak menyangka,
Allah masih melihatnya,
Allah masih mahukannya,
Allah masih tidak meninggalkannya,
betapa ketika itu dia tidak sanggup untuk mengangkat mukanya dalam doa.
malu!

Saat suatu waktu dia menerima suatu ujian hati dirobak rabik,
tapi pelik,
dia tidak menangis kerana kehilangan manusia itu,
dia tidak rasa sedih meninggalkan cinta itu,
terkilan cuma.

Dia cuma menangis selepas itu,
tapi bukan kerana hamba,
kerana Tuhannya.
kerana takutkan dosa-dosanya,
kerana mahu kembali mencari pahala,
kerana ingin mengenal Islam yang dipakainya,
di atas sejadah itu dia berteleku.
mula membuka helaian demi helaian Quran,
yang dahulu dia pernah meninggalkan,
dia mula merangkak untuk memaksa diri mengingat kembali,
mana satu dengung,mana satu ikhfa,mana satu tanwin,mana satu patut berhenti.

Malu dengan Allah,
malu dengan ibu ayah,
malu dengan adik-adik melihat kakaknya sebegini,
malu dengan guru yang  mengajarkan Al Quran,
dahulu dia memuji kelancaranku,
hari ini dia menangis melihat kegagapanku untuk menyebut kembali kalam-kalam itu.

Tapi dia gagahkan diri,
membaca walau selambat mana,
dia ingin menebus kejahilannya,
dia ingin keluar dari kepompong jahiliyyahnya,
dia ingin terus mencari hidayahNya,
kerana dia sudah dapat merasakan betapa Allah masih menyayanginya,
betapa Allah mahukan dia kembali padaNya.
Dia hargai sangat kelembutan sentuhan di hatinya,
yang sudah bertompok hitam dan kelabu,
dia tidak ingin lagi menambahkan tompok itu,
dia ingin sucikannya,
dia ingin membasuh debu bersarang,
supaya hati itu kembali bernafas dengan tenang,
dalam rahmat kasihNya.

Kemudian dia mendapat pengisian ruhi di suatu daurah yang dihadirinya,
di situlah perjalanannya bermula,
di situlah dia betul-betul yakin dengan jalan yang dipilihnya,
di situlah dia kenal sejarah dan apa tujuan penciptaannya,
Tarbiyyah.

Saat-saat sukar ditempuh,
mula berubah satu demi satu,
aurat kembali terlindung terjaga kerana ia tahu mahal nilainya,
disimpan elok-elok di dalam bekas yang tertutup.
ayat-ayat Quran mula lancar sedikit demi sedikit,
solat-solat yang dahulu sering dilengahkan kembali teratur,
dia mula untuk berlembut dalam bertutur,
mula berhikmah dalam berkata-kata,
mula merendahkan pandangan mata,
mula menjaga pergaulannya.

sedikit,dan semakin berubah.
sinis sindir dari sekeliling,
pandangan pelik dan kata-kata
sering kalinya dihadam seorang,
kerana dia diajar bahawa itu adalah resam dalam perjalanan tarbiyyah,
tidak sunyi dari tohmahan,
tidak lari dari umpatan dan kejian,
tidak kosong dari kata-kata yang kurang enak didengar.
tapi diri harus kuat.

harus menelan pahit dalam senyuman.
Tekad.


Dan kini dia yakin dia mahu menjadi seorang dai'e,
dia tekad tidak mahu kembali kepada jahiliyyahnya terdahulu.
dia bersyukur kerana berada dalam kalangan biatus solehah,
dia yakin Allah tidak mengaturkan semuanya sia-sia.
tumuhaat dari sekeliling buatkan dia terharu,
melihat sahabat-sahabat yang mahu di'bersih'kan hati
dan kembali pada Tuhan.

Melihat kembali kesan kaki yang ditinggalkan,
malu sendiri,kerana diri pernah berada dalam kegelapan itu.
tetapi kalau bukan kerana gelap itu,
dia tidak mungkin mengenal cahaya hari ini.
dia tidak mungkin mahu berada di padang rumput yang luas beserta langit membiru.
Biar dahulu halaman kertas hidupnya dipenuhi dengan tampalan dan contengan,
hari ini dia mahu mengangkat pena,
dan dengan senyuman dia mahu menulis,
Episod Satu: Tarbiyyah yang Bermula.

Jika suatu hari nanti dia harus meninggalkan bumi Saad Abi Waqas ini,
pasti dia berasa sedih dan berat hati,
bukan kerana dia begitu bahagia dan menikmati segala kemudahan di tempat ia belajar ini,
tidak,tapi dia berasa sedih dan berat hati,
kerana di sini tempat dia mengenal siapa Tuhannya,
kerana di sini dia mula mencari tujuan hidupnya,
kerana di sini juga dia peroleh manisnya ukhuwwah fillah,
yang pasti akan tersimpan kemas sehingga hujung nyawa.


"Ingatlah ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun,sedang Rasul Muhammad yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu (kelompok yang lari), kerana itu Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan,agar kamu tidak bersedih hati lagi terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu,dan Allah maha teliti akan apa yang kamu kerjakan.."
(Ali Imran 3:153)

dia mahu menjadi si pendosa terbaik itu.:')

hingga kini,
sudah mahu setahun.
Summer 2010 sehingga Summer 2011.
:')
diari tarbiyyah.


17 comments:

munir said...

Teringin memerli tulisan ini,
tapi nanti Allah tak suka,
teringin memuji pula,
tapi pujian hanya layak pada Allah,
jadi ambil keputusan untuk,
senyum segaris sahaja.

Infiru said...

syukran ya akhi.

:)

May Allah bless.
*belajar nak senyum segaris juga.*

Unknown said...

Terdapat banyak persamaan antara kita :)

Tapi ada juga sedikit kelainan. Antaranya, "di atas sejadah itu dia berteleku.". Huhu.

Moga terus diizinkan untuk berjalan di atas jalan-Nya sama-sama, insya-Allah ^^

Salam ~

Infiru said...

Allah coretkan cerita yang sama dengan caturan yang berbeza barangkali.:)

erk,mungkin saya saja kot yang masih merangkak membaca alquran ketika itu.(malu dengan diri sendiri)
Alhamdulillah,Allah masih mahu mengajar.Allah masih mahu memberi tarbiyyahNya.:')

syukur.

insyaAllah..sama2 berjuang demiNya.hidup mulia atau mati syahid.

Waalaikumussalamwarahmatullah.
jazakallah kheir sahabat.
May Allah bless you.

Adik said...

:)

Adik said...

:)

cik pohon kurma said...

Mashaallah.. Tidak ada kekuatan melainkan dari Allah.. Mari kita gempur tembok jahiliyah. Kita sinari dengan cahaya. Biar terang-benderang seanteronya. Kita sama-sama berjuang ya Syafiqah Rahmat. Biar yang dahulu jadi peringatan, yang sekarang kita tidak lengahkan, yang akan datang jadi tujuan. Moga segalanya bisa jadi hujah kita di hadapan Allah Rabbulizzati. i.Allah ^-^

Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Sayang kamu Syafiqah Rahmat. May Allah always bless u. ^-^

Aien said...

Salam ukhwah juga kak..:) terima kasih..atas nasihat dan doa tu...
malu lah pulak...^__^..Hope saya jadi seperti yang akk katakan..muslimah yang hebat..Insyallah..:)

Infiru said...

Adik,

terima kasih.

:)

Infiru said...

Najah,

Syukran syg! ^^ insyaAllah,demi Allah,diberikan kekuatan untuk meninggalkan jahiliyyah yang lama,untuk terus teguh berdiri membawa risalah ini.

:)

tidak mahu menjadi manusia yang rugi.

Infiru said...

adik nur ain,

Assalamualaikum ^_^
hee,comel je adik ni.kenapa nak malu?:) takpe,insyaAllah,niatkan kerana Allah,perlahan2, perubahan yang perlahan2 lebih baik dari perubahan yang drastik.istiqomah itulah yang paling penting kan :)

semoga kamu menjadi solehah yang selalu usaha tingkatkan iman dan menjadi kesayangan Tuhannya,

:)

Anonymous said...

kebelakangan ni,
hari bagai ditarik-tarik untuk mengalunkan ayat suci al-quran...
setelah hampir sebulan tidak dialunkan dek kerana kesibukan dan kelalaian...
MasyaAllah..
tiba-tiba terimbau kembali zaman kana-kanak dulu...~

*15 tahun dulu...*

"cepat masuk rumah, mandi..kang nk smbahyg, ngaji.."
terdengar suara mak menjerit memanggil aku, arwah abg deu, abg ili, dan aman...
terkocoh-kocoh kami masuk...
sebab kalau lambat nanti kene berebut bilik air...
lagi-lagi kalau yang masuk tu aku,
alamat berasap la telinga semua orang..haha.

usai menyiapkan diri, abg ili atau arwah abg deu akan mengalunkan iqamah,
dah abah akan memulakan solat sebagai imam,
diikuti mak, dan kami sebagai makmum...
salam diberi, tangan ditadah, mohon kesejahteraan,
kebahagiaan, kejayaan, dan ketenangan dalam kehidupan...

kemudian, kami akan buat satu bulatan,
dengan al-quran di depan,
kami mula mengalunkan ayat suci al-quran,
diawasi dengan sebatang rotan,
"melahap" badan jika ada kesalahan...

bila besar sikit,
abg ili dan arwah deu telah abah masukkan ke asrama,
tinggallah aku dan aman...
dan abah pula asyik keluar negara atas urusan kerja...
kami berdua dihantar ke rumah ustazah fatimah,
untuk menyambung mengaji al-quran...
dek kelancaran dalam mengalunkan ayat suci al-quran,
aku disuruh baca al-quran tanpa menyudahkan bacaan iqra' dan muqaddam..

tamat pengajian al-quran,
mak pesan..
"tiap-tiap malam baca al-quran...
jgn lupakan...baca, amal, dan fahamkan..."

*kini...*

namun, dikedewasaan,
bila diri mula disibukkan dengan perihal keduniaan,
al-quran mula dilupakan...

hari ini, bila ayat suci al-quran itu dialunkan,
mata terasa kehangatan...
dek airmata yang lahir kerana penyesalan...

Maha Suci Allah,
yang pernah menganugerahkan kelancaran suatu ketika dulu..
namun kini, bacaan aku tidak lagi seperti itu...
kini, bacaan itu tersangkut-sangkut...
dengan keraguan hukum tajwid, makhraj...
tiada lagi lagu yang boleh dimainkan ketika ayat al-quran dialunkan...

innalillah...
suatu anugerah itu telah ditarik kembali...
dan sudah pasti,
masa lalu takkan kembali...
bukan mudah memupuk, mempelajari,
tapi untuk ditarik pergi,
satu saat sudah boleh pergi...

itulah anugerah...
itulah sinar...
yang telah ditarik pergi...

Ya Rahman, Ya Rahim...
ampuni aku...
berkatilah aku...
ilmuku...
pinjamkan aku kekuatan,
agar mampu aku bertahan...

Ya Zaljalali Wal Ikram...
Engkaulah yang menguasai kerajaan langit dan bumi,
aku pohon belas ehsanMu,
agar aku dapat memperbaiki diri...
menyelami apa yang tersembunyi...
mendalami yang makrifat,
menyempurnakan yang tersurat....

istajibillahumma du'a ana, Ya Allah..
amin, Ya Rabbal A'lamin...

sis, satu ketika dulu, saya pernah melalui, dan kini masih mencari, adakala diri, hati masih lagi xkuat, tp insyaAllah, same2 lah kie mencube..:)

love, nas..

cix cédot said...

mujahadah + hidayah + taqwa : iman.

hbgan rohani yang erat dgn pciptaNya akan lahirkan seorang yg bsedia untuk tunduk dan patuh kepada penciptaNya lalu akn mbawanya kepada menghayati sahsiah dan akhlak terpuji yang boleh dilihat melalui amalan zahir.

“barangsiapa yang bermujahadah kepada Kami maka Kami akan memberinya hidayah ke jalan Kami..”

kita sama² dlm ma'rakah..moga dpermudahkan segalanya,insyaAllah. :)

Infiru said...

Sahabat Nas,

terima kasih atas coretan saudara/saudari,terasa benar kecil diri ini jika mahu dibandingkan dengan kamu.

Allah..saya juga pernah merasai nikmat itu,tapi seakan makin kabur apabila injak alam remaja,sungguh Allah itu maha penyayang,diri yang hina dipanggil menemui cintaNya.
subhanaAllah..

Jzkk sudi berkongsi rasa, :') iya,hanya yang benar-benar melaluinya akan terasa sungguh mahal harga sebuah keimanan,dan juga cahaya suci itu.

syukur,sama2 kita bermujahadah untuk menemui redhaNya.

insyaAllah.semoga kamu sentiasa berada dalam lembayung rahmatnya.

:)

ukhwah fillah :)
salam perkenalan.
maaf sangat lambat balas. T____T
assif..
May Allah bless you :)

Infiru said...

cix cedot,
ukhti :) maaf ya hari kamu tiba di sini,saya agak segan sebenarnya mahu menyapa ^^ huhu.Alhamdulillah,dipertemukan kita di sini :)

betul,jihad yang sebenar adalah jihad ke atas diri sendiri.insyaAllah,mudah2an kita tergolong dalam golongan tersebut.

semoga.

:)

ukhwah fillah ^_^

Anonymous said...

Salam, saudari syafiqah, terima kasih kerana sudi membace.. sekadar coretan kosong yang menyampaikan isi hati.. :)

salam perkenalan.. ;)

love, Nas.

Infiru said...

Waalaikumussalam saudari Nas,

its my honour to have you as my friend insyaAllah ^_^

mohon agar persahabatan ini boleh diteruskan. :)

boleh tinggalkan jejak?