Tuesday, 1 November 2011

Cinta Sampai Syurga

Bismillahirrahmanirrahim..

Berkongsi satu rasa, indah bukan? Siapa kata kita tidak boleh bercinta sesama akhawat? siapa kata cinta itu hanya untuk lelaki dan perempuan? salah salah salah. Cinta itu untuk semua,didasari atas cintanya kerana Allah. Cantik.Indah. tiada cela.

Mereka kata cinta itu menyakitkan, cinta itu akan diakhiri perpisahan, itu kerana mereka tidak tahu asyiknya percintaan kerana Allah, manisnya ukhuwwah lillahitaala..
mereka nafikan adanya cinta sejati dan kekal abadi, 'never say never' katanya, kerana mereka tidak tahu kita boleh bercinta sampai syurga.
mereka kata lagi cinta itu tidak akan kekal lama, akan bertukar menjadi perasaan biasa-biasa sahaja jika sudah terlalu lama, itu kerana mereka tidak tahu Allah berikan nikmat cinta setiap fasa itu berbeda-beda, dan masih lagi dalam bentuk cinta.

Alhamdulillah. Senyum lebar lebar.

Pernah juga rasa cemburu apabila terbaca kisah-kisah cinta pasangan yang bertaut di ruang blog, ruang maya, kerana tertarik dengan penulisan-penulisan di blog,lalu membawa ke jinjang pelamin. Tetapi tetap bersyukur, Allah datangkan pada saya dengan kisah kisah cinta yang lebih indah, iaitu apabila Dia hadirkan adik-adik yang comel dan sahabat-sahabat yang sangaat baik, mashaAllah. :') kami berkenalan di ruang ini, saling berkongsi cerita, saling berkongsi rasa cinta Dia, dan pelbagai kisah cinta lagi. Alhamdulillah lagi dan lagi. sangat untung kan? ^^  Wallahi, andai bisa diberikan seluruh jiwa raga,pasti saya leburkan untuk mereka.

Pinjam kata kata ukhti umairahshafei,
"Dulu-dulu cinta itu menerima,
 Lepas-lepas, cinta itu memberi,
 Kini-kini, cinta itu berkongsi."

ya,kita berkongsi cinta suci dari Langit :) Mashaallah..kuatkan ikatan ini keranaMu ya Allah!

Ya Rabb, izinkan kami sama-sama menjalani dakwah ini, kumpulkan kami di salah satu JannahMu.
dalam doa yang diangkat ke langit, ku harap Kau satukan kami dalam redhaMu ya Rabb,


Ya Allah,

tatkala bahang Mahsyar-Mu

menjilat tubuh

izinkan kami sama-sama berteduh

tatkala mizan-Mu teliti mengira
beratkan neracanya atas setiap jasa
naungi kami di sana
berkat kasih kerana-Mu semata
andai kulayak ke syurga
kupinta DIA bersama.

Ya Allah,
andai tabah jadi milikku
tabahkanlah juga hatinya
andai ikhlas bertakhta di hatiku
ikhlaskanlah juga dirinya
lindungi kami
sayangi kami dengan cinta-Mu yang agung
kekalkan kami dalam jalan reda-Mu.

-SR-
011111
buat adik adik tersayang dan akhawat jauh dan dekat.



special for :  Zahidah Azman, Najaa Diyana Ali,Fadhilah Husna, Ukhti Fatin Marini, Ukhti Izzati Hashim,Ukhti Nusrah,Ukhti Huurun Aini, ukhti Aliya+Illani+fatin ,Ukhti Syira,Ukhti Alyaa ali, Ukhti Deeba,Ukhti Faaein, Ukhti HizbDeen, Ukhti Hikmatul-Islam, Ukhti Nurilia, adik Khalida, Ukhti Syafa, Akak Puding karamel , akak Syafiqah, Kak Yong, Kak Wafa, Kak Rahmah, Kak Linda, Ukhti Yana,Akak Gja, akak Fathia, ukhti Alya mohsin, ukhti Khairun, ukhti aisyah, ukhti hazimah, dan lain lain lain lagi :)  walau saya tak mention di sini, kamu semua tetap di hati saya ye? ^^
semua adik adik di Beiyu,Beiwai, akhawat, usrati di China, Jepun, Korea, NewZealand,Russia,United Kingdom,Jordan dan negara-negara lain juga. ;") mashaAllah.. luasnya network Iman kita ! ^^

moga semuanya dalam lindungan Allah sentiasa :') 
moga juga ikatan ini membawa kita ke syurgaNya. 
Allahumma ameen.

16 comments:

Iylia said...

suka post ni walaupun tak kenal awak. salam perkenalan :)

Izzati Hashim said...

Subhanallah ('=

Tautan ukhuwwah itu indah andai segalanya disandarkan pada Allah. Sungguh.

Biar jasad, biar mata tak pernah bertentang mata, tapi hati tetap bertaut. Subhanallah. Moga Allah terus tautkan hati-hati kita ikhlas keranaNya. ('=


p/s : Wah. Shukran jiddan ukhti, shukran ('=

Aliyah Al~Istiqamah said...

akhowat jodeng =)

Anonymous said...

jzkk ukhti.. smga Allah merahmati dn mmbrkati kita smua..

smga ada peluang kita brjumpa.. d dunia dn pling utama d syurga..

:)

Umairah. said...

salam'alayk.

subhanallah. tulisan yg sungguh menyentuh hati. sy suka sgt2! xD

syafiqah, sy hrp sgt dpt knal awk lbh rpt lg. mg lbh dalam pntrbiyahan, lbh byk korek ilmu. amin3.

hubungan ats dasar akidah itu sesungguhnya lbh indah, insyaAllah. :)

ana ukhtuki fillah,
~umairah, uiam gombak.

Syafa Mohamed said...

Assalamualaikum sayangku pika♥

Allah..Allah..terharu membaca itu.
ya sayangku segala-galanya terlalu manis sebab cinta kita perantaranya adalah Dia.

manis bukan,indah bila kita merasai yang sama;')

semoga selepas ini lebih banyak bunga-bunga yang bakal bersama kita atas jalan ini dan merasai nikmat yang sama...

salam rindu fillah,
syafa
tanah sakura

Puding karamel said...

nama akak ade, nama akak ade...
*heppi heppi*

smg ukhuwah bertaut,takkan putus
moga ukhuwah bertatut, bukan sekadar di komen blog, tapi juga di doa ukhti

sehinnga allah izinkan kita bertemu
jika tak disini, ins Allah di sana
biiznillah
amiin

nusrah said...

subhanaAllah.
lidah kelu.

Hanya satu permintaanku ya Allah, kumpulkan kami semua di syurga Mu nti.

Love for the sake of Allah, bring us to Jannah..

p/s : kita jiran di syurga nti ya..! ^^

Infiru said...

Salam alayk ya UmmuAisyah,

Alhamdulillah,Alhamdulillah,pujian untukNya jua.

Salam perkenalan dari saya ^^ <3 dah singgah ke blog awak :)

Infiru said...

Sis Izzati Hasyim, salam alayk,

afwan ukhti ^_^
semoga tautan ukhuwwah ini sampai syurga!

:')

Infiru said...

Adik aliyah! salam alayk sayang ;')

ye ye,akak dah tambah ukhti jordan di situ :p

hee.teringin nak pergi sana :)
semoga kamu sentiasa dalam redha Allah :)

Infiru said...

Ukhti deeba, salam alayk ya ukht,

insha-Allah ukhti, inshaAllah. :')

semoga Allah kumpulkan kita semua di syurga :)

Infiru said...

Ukhti Umairah,salam alayk ukhti :)

kan kan? ukhuwwah itu sangat terasa bila diikat dengan tali akidah kerana Allah. :)

salam taaruf dari saya, semoga redhaNya membawa kita ke syurga bersma sama.InshaAllah

:)

Infiru said...

Salam alayk ukhti syafa kesayangan! :D

betulbetul, indah sangat, Allahu Allah..Alhamdulillah,terima kasih kerana menghantar mereka!

:')

salam rindu fillah dari sy,
bumi panda. ;p tibe.

Infiru said...

salam alayk akak puding(suka hati je kan panggil macam tu) ;p

takpe,comel je :)

inshaAllah kak,inshaAllah, sentiasa dalam doa, ;') moga kita semua terus tsabat bukan sahaja di bumi asing, tetapi juga apbila dihantar ke mdan sebenar nanti.

biiznillah,
semoga akak dalam redhaNya selalu :')

Infiru said...

Ukhti nusrah,

salam alayk ukhti fillah ;')
lama kita tak berborak kan?Allah..moga moga kamu baik baik sahaja di sana. :)

mahu mahu! kita jiran di syurga nanti ya? ^^ biiznillah..

may Allah bless you always my dear :)